Tilawah al-Quran: 10 peserta perdengar bacaan pada malam kedua

2014/05/14 - 23:41:41 PM KUANTAN: Seramai 10 peserta memperdengarkan bacaan pada malam kedua Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Keba...

A+ A-
Sokongan anda sangat diperlukan. Sila 'like' dan 'share' kami.

2014/05/14 - 23:41:41 PM

KUANTAN: Seramai 10 peserta memperdengarkan bacaan pada malam kedua Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-57 di Dewan Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah di sini, malam ini. 

Lima qari yang memperdengarkan bacaan masing-masing ialah peserta tuan rumah Ahmad Naeim Mohd @Mat Isa; Mohd Mawardi Jamaludin (Perlis); Abdullah Fahmi Che Nor @ Shukri (Kelantan); Anuar Hasin (Johan Menunggu), dan Amirahman Abas (Negeri Sembilan).

Manakala lima qariah yang memperdengarkan bacaan ialah Nor' Afifah Abd Rahman (Kedah); Munirah Kasim (Kelantan); Normalina Alias (Wilayah Persekutuan); Sarina Che Yahaya (Perlis) dan Nor Hidayah Abd Rahman (Terengganu). 

Seramai 30 qari dan qariah termasuk johan menunggu akan menyertai majlis tilawah bertemakan "Wassatiyah Tonggak Kesatuan Ummah" yang bermula sejak semalam sehingga Sabtu ini. 

Majlis perasmian dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan majlis penutupannya dan penyampaian hadiah dijangka disempurnakan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah pada malam terakhir tilawah. 

Johan qari dan qariah masing-masing akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM30,000, sebuah kereta Proton Preve 1.6 CVT Executive sumbangan Tabung Haji (TH), piala pusingan dan iringan, sijil penyertaan serta pakej ibadat haji. 

Manakala, naib johan serta tempat ketiga pula masing-masing akan menerima RM20,000 dan RM10,000 bersama piala iringan cenderamata serta sijil penyertaan. 
Sementara itu, lebih 1,000 tetamu mendengar tazkirah oleh Ustaz Badlishah Alauddin. 

- BERNAMA

Related

Tilawah Al-Quran 5986665360275067826

Peringatan/Makluman!

Semua informasi di dalam blog ini sekadar pengetahuan bersama untuk difikirkan. Rujuklah Al-Quran & Hadis dan yang sebaiknya dengan bimbingan guru yang mursyid.

Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam." - (Ibnu Majah dan Lain-lainnya).

Ahlus Sunnah Wal- Jamaa'ah


Ikuti kami dan 'Get Notification'


Sila LIKE dan tanda 'Get Notification' fanpage ini.

Jumlah Kunjungan

Artikel Terkini

Popular

Terbaru

Arkib

Langganan Kemaskini Terkini!

Nama Penuh

Alamat Email

Bersama Kami

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)." - Surah Ali `Imran: 110




item