Penjual & Pembeli Fitnah

SABTU, 1:48 WAKTU ZOHOR. 11-05-2014, 11 REJAB 1435. DI KUALA LUMPUR. BASMALAH WALHAMDALAH AKHIR ZAMAN PENUH DENGAN FITNAH. Kacau ...

A+ A-
Sokongan anda sangat diperlukan. Sila 'like' dan 'share' kami.
SABTU, 1:48 WAKTU ZOHOR. 11-05-2014, 11 REJAB 1435.
DI KUALA LUMPUR.

BASMALAH WALHAMDALAH

AKHIR ZAMAN PENUH DENGAN FITNAH. Kacau di sana, kacau di sini. Gaduh di sana, gaduh di sini. Perang di sana, perang di sini. 

Kegelisahan memuncak bagaikan letusan gunung berapi. 

Ketenangan, keamanan tidak ada sama sekali. 

Hanya Junudu Al Mahdi sahaja yang di dalam ketenangan kerana arah tujuan hidup dan jihadnya jelas, sejelas cahaya matahari waktu pagi di mana pada malamnya hujan turun dengan lebat. 

Alam segar, udara bersih. Sampah sarap disapu bersih oleh air hujan.

Kederhakaan anak terhadap kedua ibu bapa adalah lumrah. 

Penentangan rakyat terhadap pemimpin terjadi di mana-mana. 

Antara kelompok terjadi perselisihan. 

Pasaran yang paling laris ialah perdagangan fitnah memfitnah. Dari sana insan dapat makan, minum dan menjana kehidupan.

Syaitan menerajui manusia untuk menderhaka di semua jalur hidup dan jurusan. 

Hari ini Syaitan berpesta kerana disebabkan terlalu ramai masuk ke perangkap yang dipasang di seluruh dunia.

Syaitan dan jin, manusia tidak nampak. 

Tetapi Syaitan manusia yang bersama manusia. 

Maka orang jahil tidak menyangka itu Syaitan, bahkan mereka bersahabat dengan rasa akrab dengan Syaitan manusia. 

Syaitan manusia menipu sepuas-puasnya. 

Mereka menerajui semua kemungkaran yang nyata dan menghalang setiap usaha menghapus kemungkaran.

Mungkar terbesar ialah SYIRIK. 

Mereka para Syaitan manusia memperjuangkan mungkar syirik ini dengan merosakkan Aqidah kaum juhala’ sehingga golongan yang beribadat dengan ibadat Islami pun syirik dibuatnya. 

Inilah kejayaan mereka yang luar biasa. 

Mereka mencampurkan yang benar dengan yang batil untuk menegelirukan. Isme dengan Aqidah dicampur baur.

وَلَا تَلْبِسُوا الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُوا الْحَقَّ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya. (Al Baqarah: 42)

Isme adalah ciptaan Syaitan-Syaitan manusia. 

Aqidah dari Allah. 

Rasul bangkit membawa Aqidah At Tauhid. 

Isme dicipta oleh Syaitan-Syaitan manusia untuk menundukkan manusia kepada mereka seperti yang dilakukan oleh Firaun.

Firaun yang dari suku Qibti sudah berakhir tetapi muncul Firaun baru dalam sejarah yang bernama Karl Marx, Stalin, Mussolini, Hitler. 

Di Barat dikumandangkan tokoh-tokoh Demokrasi dari George Washington sampai kepada Obama. 

Di Eropah muncul ratusan nama tokoh Demokrasi.

Komunis dan Demokrasi adalah isme yang kedua-duanya bertentangan dengan Aqidah.

SELESAI DITULIS JAM 2:19 TENGAHARI.

Sumber

Related

Ustaz Abdul Halim Abas 582969675380794329

Peringatan/Makluman!

Semua informasi di dalam blog ini sekadar pengetahuan bersama untuk difikirkan. Rujuklah Al-Quran & Hadis dan yang sebaiknya dengan bimbingan guru yang mursyid.

Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam." - (Ibnu Majah dan Lain-lainnya).

Ahlus Sunnah Wal- Jamaa'ah


Ikuti kami dan 'Get Notification'


Sila LIKE dan tanda 'Get Notification' fanpage ini.

Jumlah Kunjungan

Artikel Terkini

Popular

Terbaru

Arkib

Langganan Kemaskini Terkini!

Nama Penuh

Alamat Email

Bersama Kami

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)." - Surah Ali `Imran: 110




item