Anak saya sakit - Jasimin

Seseorang yang saya kenali sebagai Jasimin (sengaja tidak ditulis nama penuh) menghubungi saya semalam.  Jasmin - suaramualaf.com K...

A+ A-
Sokongan anda sangat diperlukan. Sila 'like' dan 'share' kami.
Seseorang yang saya kenali sebagai Jasimin (sengaja tidak ditulis nama penuh) menghubungi saya semalam. 

Jasmin - suaramualaf.com
Katanya, jika dapat, beliau perlu bantuan segera kerana anaknya sedang sakit dan berada di hospital Ranau. Tambahnya lagi, esok(hari ini) akan dihantar ke Queen Elizabeth Kota Kinabalu. 

Saya terdiam seketika, melayani luahan yang meniti ke telinga saya. Bukan kerana saya tidak faham situasi mereka tetapi berfikir tentang sumber bantuan. 

Beberapa hari lalu pun, satu keluarga turut meminta bantuan. Yang itu, isterinya melahirkan anak. 

Inilah situasi yang saya hadapi saban minggu. Ada-ada saja, bahkan kadangkala saya agak lucu hingga ada yang minta khidmat mencari calon isteri.

Saya kongsikan hal-hal sebegini bukan kerana mahu mempamerkan aib sesiapa tetapi untuk sama-sama kita fikirkan bentuk bantuan segera untuk orang-orang berkesulitan seperti mereka. 

Selain individu-individu yang punya kelebihan ekonomi, institusi-institusi berkaitan seperti masjid dan baitulmal berperanan penting dalam membantu menyelesaikan situasi seperti ini. 

Untuk itu, amat perlu difikirkan tentang bagaimana supaya interaksi institusi-institusi berkaitan ini menjadi lebih efektif dan mesra umat agar pihak-pihak yang berhak, mendapat bantuan sewajarnya. 

Alhamdulillah, untuk saudara Jasimin, sahabat daripada Grup FB Titian Kasih menyalurkan bantuan segera sejurus khabar sampai kepada mereka. 

Persoalannya, sampai bila? Inilah antara hal yang sering memintas fikiran saya. Sebagai umat Islam, kita perlu ada alternatif menangani masalah ini. 

Bukankah setiap masalah yang Allah sediakan itu perlu diurus dan diselesaikan sebaiknya? Di pihak RTMS, selain menggunakan sumbangan masyarakat Islam untuk pembangunan RTMS, kita turut gunakan ia sebagai bantuan segera untuk mereka yang benar-benar memerlukan. 

Seketika, saya melihat masjid sebagai tempat paling praktikal yang boleh membantu segera. In syaa Allah, penulisan berkaitannya akan saya sambung.

Related

Suara Mualaf 1137533280951426583

Peringatan/Makluman!

Semua informasi di dalam blog ini sekadar pengetahuan bersama untuk difikirkan. Rujuklah Al-Quran & Hadis dan yang sebaiknya dengan bimbingan guru yang mursyid.

Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam." - (Ibnu Majah dan Lain-lainnya).

Ahlus Sunnah Wal- Jamaa'ah


Ikuti kami dan 'Get Notification'


Sila LIKE dan tanda 'Get Notification' fanpage ini.

Jumlah Kunjungan

Artikel Terkini

Popular

Terbaru

Arkib

Langganan Kemaskini Terkini!

Nama Penuh

Alamat Email

Bersama Kami

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)." - Surah Ali `Imran: 110




item