Syarat Keenam: BERSERAH

Berserah diri kepada kalimah tauhid sama juga seperti berserah diri kepada Allah Subhanahu wa-Ta'ala, kerana ia bermaksud tunduk kepada...

A+ A-
Sokongan anda sangat diperlukan. Sila 'like' dan 'share' kami.
Berserah diri kepada kalimah tauhid sama juga seperti berserah diri kepada Allah Subhanahu wa-Ta'ala, kerana ia bermaksud tunduk kepada Allah lahir batin, merendah diri serta taat melakukan segala suruhanNya dengan ikhlas dan meninggalkan segala laranganNya, yang mana ini semua dilakukan berdasarkan firman Allah:

وَمَنْ يُّسْلِمْ وَجْهَهُ اِلَى اللهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بَالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى وَاِلَى اللهِ عَاقِبَةُ اْلاُمُوْرِ.

"Dan barangsiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang kukuh.  Dan hanya kepada Allahlah kesudahan segala urusan". Luqman, 31:22.

Apa yang dimaksudkan dengan kalimah (بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى) "Buhul Tali Allah" di dalam ayat ini ialah "Kalimah tauhid" iaitu:(لاَاِلَهَ اِلاَّ اللهُ)  "Tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Allah".

وَاَنِيْبُوْا اِلَى رَبِّكُمْ وَاَسْلِمُوْا لَهُ مِنْ قَبْلِ اَنْ يَاْتِيَكُمُ الْعَذَابُ ثُمَّ لاَ تُنْصَرُوْنَ.
"Dan kembalilah kamu kepada Tuhammu dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi)". Az-Zumar, 39:54.

Lawan dari  berserah adalah penolakan.  Iaitu meninggalkan apa yang dibawa dan disampaikan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam. Allah berfirman:

فَلْيَحْذَرِ الَّذِيْنَ يُخَالِفُوْنَ عَنْ اَمْرِهِ اَنْ تُصِيْبَهُمْ فِتْنَةٌ اَوْ يُصِيْبَهُمْ عَذَابٌ اَلِيْمٌ.

"Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa cobaan atau ditimpa azab yang pedih". An-Nur, 24:63.

Related

Syarat Keenam: BERSERAH 139898741749157874

Peringatan/Makluman!

Semua informasi di dalam blog ini sekadar pengetahuan bersama untuk difikirkan. Rujuklah Al-Quran & Hadis dan yang sebaiknya dengan bimbingan guru yang mursyid.

Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam." - (Ibnu Majah dan Lain-lainnya).

Ahlus Sunnah Wal- Jamaa'ah


Ikuti kami dan 'Get Notification'


Sila LIKE dan tanda 'Get Notification' fanpage ini.

Jumlah Kunjungan

Artikel Terkini

Popular

Terbaru

Arkib

Langganan Kemaskini Terkini!

Nama Penuh

Alamat Email

Bersama Kami

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)." - Surah Ali `Imran: 110




item