Beriman Kepada Kitab-Kitab Allah SWT
Setiap umat telah diutus rasul sebagai pembimbing ke jalan yang benar. Rasul dilantik oleh Allah SWT sebagai penyampai kebenaran. Seti...
https://dakwahsecaramaya.blogspot.com/2014/05/beriman-kepada-kitab-kitab-allah-swt.html
Setiap umat telah diutus rasul sebagai pembimbing ke jalan yang benar. Rasul dilantik oleh Allah SWT sebagai penyampai kebenaran.
Setiap rasul dilengkapi dengan panduan masing-masing bersesuaian dengan keadaan kaum.
Panduan tersebut disampaikan oleh malaikat kepada rasul dan dikumpulkan menjadi kitab-kitab dan suhuf-suhuf.
Kitab suci mengandungi segala perintah Allah SWT, khabar buruk dan khabar gembira yang disampaikan oleh nabi-nabi dan rasul-rasul kepada umatnya.
Muslim wajib beriman kepada wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan rasul-rasul sebelumnya.
Wahyu tersebut dikumpulkan dalam bentuk suhuf dan kitab-kitab. Ajaran dalam kitab-kitab tersebut sesuai dengan keadaan kaum pada masa tersebut sahaja.
Selepas Oleh itu apabila rasul-rasul tersebut telah meninggalkan meraka tiada, ajaran yang dibawa oleh rasul-rasusl tersebut telah dipesongkan dan Allah SWT akan menghantar rasul-rasul lain untuk memperbaiki ajaran-ajaran rasul sebelumnya yang telah dipesongkan oleh kaumnya.
Allah SWT berfirman dalam ayat di bawah ini yang bermaksud,
“Pada mulanya manusia adalah umat yang satu mengikut agama Allah SWT yang satu tetapi akhirnya mereka keliru. Maka Allah SWT telah mengutuskan nabi-nabi sebagai pembawa khabar gembira dan pemberi amaran kepada yang ingkar dengan azab neraka. Allah SWT menurunkan bersama nabi-nabi dengan kitab suci yang mempunyai keterangan-keterangan yang benar untuk melaksanakan undang-undang di antara manusia mengenai pertikaian mereka.”
(Surah al-Baqarah, ayat: 213)
Ayat di atas menjelaskan tentang utusan Allah SWT yang dihantar kepada setiap kaum supaya menyampaikan berita kebenaran dan memperjelaskan salah faham di antara mereka.
Orang-orang yang beriman akan menerima risalah yang dibawa oleh rasul dengan lapang dada manakala orang-orang yang ingkar akan menolak risalah tersebut dengan pelbagai alasan walaupun telah diterangkan dalam kitab-kitab sebelumnya. Penolakan tersebut disebabkan perasaan hasad dan dengki.
Firman Allah SWT,
“Ingatlah ketika Kami turunkan Taurat kepada Musa dan keterangan yang terdapat di dalamnya, pembeza antara yang benar dengan salah, supaya kamu mendapat petunjuk.”
(Surah al-Baqarah, ayat: 53)
Umat-umat sebelumnya juga telah diberikan petunjuk dengan diutus nabi dan kitab masing-masing. Firman Allah SWT,
“Sesungguhnya kami telah memberikan kitab dan hikmah kepada keluarga Ibrahim dan Kami telah memberikan kerajaan yang besar.”
(Surah an-Nisa', ayat: 54)
Allah SWT menghantar Nabi Muhammad SAW sebagai nabi terakhir dengan membawa al-Quran sebagai petunjuk kepada seluruh alam. Firman Allah SWT,
“Tidak ada sebarang keraguan dalam kitab al-Quran yang datang daripada Allah SWT melainkan menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa.”
(Surat al-Baqarah, ayat: 2)
Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai panduan hidup untuk mencapai keredaan Allah SWT. Namun demikian, orang-orang kafir tetap menolak kebenaran al-Quran dengan mencari pelbagai alasan.
Hubungan manusia dengan kitab Allah SWT
Allah SWT akan menghisab setiap amalan manusia yang telah diseru untuk menyembah-Nya. Allah SWT menghantar utusan kepada setiap bangsa yang dilengkapi dengan ajaran masing-masing.
Setiap utusan dilengkapi dengan suhuf atau kitab masing-masing, Muslim diwajibkan untuk beriman kepada kitab-kitab terdahulu seperti Zabur, Taurat dan Injil.
Allah SWT berfirman dalam ayat di bawah ini yang bermaksud,
“Dan mereka yang beriman kepada al-Quran yang diturunkan kepadamu dan kitab-kitab yang diturunkan sebelummu, serta mereka yakin kewujudan kehidupan akhirat.”
(Surat Al-Baqarah, ayat: 4)
Muslim diwajibkan beriman kepada kitab-kitab tersebut tetapi tidak diwajibkan untuk mengamalkan ajaran-ajaran yang terkandung di dalamnya kerana ajaran tersebut dikhaskan kepada umat pada masa tersebut sahaja.
Jika Selagi ajaran yang terkandung dalam kitab-kitab tersebut tidak bercanggah dengan kandungan al-Quran, maka ia diterima dan diamalkan oleh Muslim.
Jika ajaran tersebut bercanggah dengan al-Quran, ia mesti ditolak dan diabaikan.
Setiap nabi dilengkapi dengan kitab suci
Setiap nabi dilengkapi dengan kitab suci sebagai panduan kepada kaumnya.
1. Taurat
Taurat dalam bahasa Ibrani disebut juga sebagai Torah. Torah merupakan wahyu yang diturunkan kepada Nabi Musa yang mengajar ketauhidan dan undang-undang daripada Allah SWT. Kitab Taurat juga menceritakan tentang kedatangan Nabi Muhammad SAW sebagai rasul terakhir.
Firman Allah SWT,
“Sesungguhnya kami telah menurunkan Taurat yang mengandungi petunjuk kebenaran dan cahaya yang terang. Dengan itu, nabi-nabi yang patuh kepada Allah SWT menetapkan hukum bagi orang Yahudi dan ulama-ulama mereka dan pendeta-pendeta menjalankan hukum Allah SWT kerana mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Taurat dan mereka menjadi penjaga dan pengawal daripada perubahan.”
(Surah Al-Maidah, ayat: 44)
Muslim wajib beriman kepada kewujudan kitab Taurat pada zaman Nabi Musa. Namun begitu, Muslim tidak wajib beriman dan mengamalkan hukum-hukum yang terdapat dalam kitab Taurat tersebut kerana,
a. Ajaran dalam Taurat dikhaskan kepada Bani Israel sahaja.
b. Al-Kitab yang didakwa oleh penganut Kristian sebagai Taurah bukanlah Taurat yang diturunkan kepada
Nabi Musa berdasarkan ayat-ayat yang terkandung di dalam al-Kitab sendiri. Antara ayat yang menafikan al-Kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa adalah,
“...Musa bercakap-cakap dengan Tuhan...”
Ayat di atas diragui kesahihannya kerana ayat tersebut bukan ditulis oleh Nabi Musa kerana Nabi Musa dalam ayat di atas Nabi Musa merupakan pelaku ketiga.
Sepatutnya, jika ayat di atas ditulis oleh Musa maka beliau bertindak sebagai pelaku pertama iaitu “Aku bercakap-cakap dengan Tuhan”.
Dalam ayat di bawah ini lain, Musa ada menceritakan kematiannya seperti berikut,
Jadi, ayat tersebut bukan ditulis oleh Nabi Musa kerana tidak mungkin Nabi Musa dapat menceritakan kematian beliau.
2. Zabur
Kitab Zabur diturunkan kepada Nabi Daud. Ia mengandungi fatwa-fatwa, zikir dan peringatan yang perlu dilaksanakan oleh Nabi Daud.
Kitab Nabi Daud tidak mengandungi hukum-hukum seperti Taurat dan al-Quran.
Kitab Nabi Daud tidak mengandungi hukum-hukum seperti Taurat dan al-Quran.
Firman Allah SWT,
“Kami telah memberikan kitab Zabur kepada Nabi Daud.”
(Surah al-Isra, ayat: 55)
Muslim wajib beriman bahawa Allah SWT pernah menghantar kitab Zabur kepada Nabi Daud.
Namun begitu, muslim tidak diwajibkan untuk mengamalkan kandungan kitab tersebut nya kerana Allah SWT telah menghantar al-Quran kepada nabi Muhammad sebagai pelengkap kitab tersebut.
3. Injil
Injil adalah kitab yang diturunkan kepada Nabi Isa yang mengandungi wahyu-wahyu Allah SWT.
Kewujudan injil dan Torah disahkan oleh Allah dalam ayat di bawah ini yang bermaksud,
Firman Allah SWT,
“Tidak ada Tuhan yang layak disembah melainkan Dia yang hidup kekal dan mentadbir semua ciptaan-Nya. Ia menurunkan al-Quran kepada Muhammad yang mengandungi kebenaran dan mengesahkan kandungan Taurat dan Injil.”
(Surah al-Imran, ayat 2 hingga 3)
Ayat di atas menerangkan bahawa Allah SWT telah menurunkan al-Quran yang mengesahkan ajaran yang terkandung dalam Taurat dan Injil.
Taurat dan Injil juga menerangkan tentang kedatangan Nabi Muhammad SAW sebagai nabi terakhir.
Sungguhpun demikian, Injil yang dimaksudkan dalam al-Quran bukan al-Kitab yang mengandungi Injil Matius, Injil Markus, Injil Lukas dan Injil Johanes yang digunakan oleh penganut Kristian sekarang.
Kitab-kitab tersebut juga bukan Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa kerana ia ditulis oleh pendeta-pendeta Kristian dan penulis yang tidak dikenal pasti.
Selain itu, Injil yang diimani oleh penganut kristian masih terdapat sebahagian wahyu Allah yang tidak berjaya diubah suai.
Al-Quran menjelaskan tentang sifat-sifat kaum Nasrani yang menyembunyikan sebahagian kandungan asal Injil seperti dilaporkan dalam ayat di bawah ini yang bermaksud,.
Firman Allah SWT,
“Dan di antara orang-orang yang berkata bahawa kami adalah orang Nasara. Kami telah mengambil sumpah setia mereka. Mereka meninggalkan sebahagian yang diperingatkan kepada-Nya. Lalu Kami tanamkan permusuhan dan kebencian di antara mereka sampai pada hari kiamat dan Allah SWT akan memberitahu mereka setiap amalan mereka.”
(Surah al-Maidah, ayat: 14)
Isi kandungan Injil mempunyai lebih paling banyak persamaan dengan al-Quran berbanding kitab-kitab yang lain.
Namun, orang Islam tidak diwajibkan untuk mengamalkan ajaran yang terdapat dalam kitab Injil kerana Injil diturunkan khas kepada Bangsa israil seperti diterangkan dalam ayat di bawah ini yang bermaksud,
Jika ajaran tersebut sama dengan kandungan al-Quran dan hadis maka umat Islam wajib menerimanya. Jika bercanggah dengan al-Quran dan hadis, maka umat Islam wajib menolaknya.
4. Al-Quran
Nabi Muhammad SAW dilengkapi dengan al-Quran seperti mana yang diterangkan dalam ayat di bawah ini.
“Dan Kami telah turunkan kepadamu al-Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan setiap yang diturunkan sebelumnya, iaitu kitab-kitab dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain. Maka putuskanlah perkara mereka mengikut panduan yang diturunkan oleh Allah SWT dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. SeUntuk tiap-tiap umat di antara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang.”
(Surah al-Maidah, ayat: 48)
Al-Quran merupakan salah satu mukjizat yang diberikan kepada Nabi Muhammad SAW untuk membuktikan kebenaran beliau sebagai Rasul.
Al-Quran dilengkapi dengan pelbagai mukjizat. Antara mukjizat al-Quran ialah:
1. Al-Quran menggunakan bahasa Arab tinggi, struktur ayat yang indah, mempunyai makna yang dalam dan nilai kesusasteraan yang hebat sehingga dapat mengalahkan syair-syair yang pernah diciptakan sebelumnya.
Bahasa Arab merupakan bahasa dunia yang ketiga selepas bahasa Inggeris dan bahasa Cina.
Allah berfirman dalam ayat ini yang bermaksud,
2. Al-Quran bersifat universal iaitu sesuai untuk semua bangsa dan sepanjang masa. Allah berfirman dalam ayat ini yang bermaksud,
3. Al-Quran mempunyai bukti sejarah yang jelas dilengkapi dengan peristiwa yang lengkap. Tarikh, masa dan tempat ayat al-Quran diturunkan dapat dibuktikan melalui catatan sejarah yang sahih.
4. Al-Quran merupakan penyempurnaan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya. Allah berfirman dalam ayat ini yang bermaksud,
“Pada hari ini, telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmat-nikmat-Ku dan telah Aku redai Islam menjadi agama baginya.”
(Surah al-Maidah, ayat: 3)
5. Allah men-Quran dijamin keaslian al-Quran seperti diterangkan dalam ayat di bawah ini yang bermaksud, akan terpelihara keasliannya.
Firman Allah SWT,
“Sesungguhnya kamilah yang akan menurunkan al-Quran dan Kami benar-benar menjaganya.”
(Surah Al-Hijr, ayat: 9)
Sehingga kini, tidak ada satu ayat pun dalam al-Quran yang dapat diubah. Walaupun terdapat segelintir manusia yang cuba mengubah al-Quran dengan menambahkan ayat-ayat palsu, namun pemalsuan tersebut dapat dikesan dalam masa yang cukup pantas.
6. Kandungan al-Quran tidak dipengaruhi oleh ajaran manusia termasuk Nabi Muhammad SAW.
Firman Allah SWT,
“Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang nyata, orang-orang yang tidak mengharapkan pertemuan dengan Kami berkata, ‘Gantilah al-Quran yang lain daripada ini.’ Katakanlah, ‘Tidaklah patut bagiku menggantikannya daripada diriku sendiri. Aku tidak mengikuti kecuali apa yang diwahyukan kepadaku...”
(Surah Yunus, ayat: 15)
7. Al-Quran hanya mengajar kebaikan dan merupakan panduan untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Firman Allah SWT,
“Sesungguhnya orang-orang yang ingkar kepada al-Quran ketika al-Quran diturunkan kepada mereka, mereka pasti akan celaka. Sesungguhnya al-Quran adalah kitab yang mulia. Tidak ada kebatilan dalam al-Quran baik daripada depan mahupun belakang. Al-Quran diturunkan daripada Rabb yang Maha bijaksana lagi Maha terpuji.”
(Surah Fushilat, ayat: 41 dan 42)
8. Al-Quran mengandungi kebenaran yang mutlak.
Firman Allah SWT,
“Dan sesungguhnya al-Quran benar-benar kebenaran yang diyakini.”
(Surah al-Haqqah, ayat: 51)
9. Ayat-ayat al-Quran sangat agung sehingga tidak ada yang dapat menciptakan ayat seumpama al-Quran.
Allah SWT berfirman dalam ayat di bawah ini,
“Katakanlah, ‘Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat kitab yang serupa al-Quran ini, nescaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengan ia, sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain.’ ”
(Surah al-Isra’, ayat: 88)
10. Mengandungi berita ghaib yang telah berlaku dan akan berlaku, salah satu berita yang akan berlaku yang terdapat dalam al-Quran adalah kejadian manusia.
Pada masa al-Quran diturunkan, sains belum dapat menerangkan tentang tahap-tahap perkembangan secara detail seperti diterangkan alam al-Quran. Tahap perkembangan bayi seperti dilaporkan dalam ayat di bawah ini.
“Kisah Nabi Nuh adalah berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (Muhammad), kamu dan kaum kamu tidak mengetahuinya sebelum ini. Sesungguhnya kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.”
(Surah Hud, ayat: 49)
11. Memberi kesan yang mendalam kepada manusia apabila membacanya.
“Allah SWT telah menurunkan perkataan yang paling baik iaitu al-Quran yang bersamaan kandungannya antara satu dengan yang lain. Kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya akan gementar kerananya. Kemudian kulit dan hati mereka menjadi tenang apabila mengingati Allah SWT. Itulah petunjuk Allah SWT. Melalui kitab tersebut, Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan barang siapa yang disesatkan Allah SWT, maka tidak ada seorang pun dapat memberi petunjuk baginya.”
(Surah az-Zumar, ayat: 23)
12. Al-Quran memberikan panduan terbaik sehingga melahirkan umat yang gemilang.
Allah SWT berfirman dalam ayat di bawah ini,
“Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar serta beriman kepada Allah SWT. Sekiranya ahli kitab beriman, tentu lebih baik bagi mereka kerana di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.”
(Surah Ali-‘Imran, ayat: 110)
13. Mengandungi pengetahuan dan fakta yang dibuktikan oleh sains moden.
Allah SWT berfirman dalam ayat di bawah ini,
“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa al Quran adalah benar…”
(Surah Fussilat, ayat: 53)
14. Isi kandungannya meliputi pelbagai bidang, sedangkan al-Quran ianya dibawa oleh Rasulullah SAW yang bersifat ummi (buta huruf) seperti mana yang dilaporkan dalam ayat di bawah ini.
“Dan kamu tidak pernah membaca sesuatu Kitab pun sebelum al-Quran dan kamu tidak pernah menulis suatu kitab dengan tangan kananmu. Jika kamu pernah membaca dan menulis, maka ragulah orang yang mengingkari kamu.
(Surah al-Ankabut, ayat: 48)
SOALAN LAZIM
1. Bolehkah non muslim menyentuh al-Quran?
Sebahagian ulama melarang bukan muslim menyentuh al-Quran kerana mereka menganggap bukan muslim tidak suci sedangkan al-Quran hanya boleh disentuh oleh orang-orang yang suci seperti dilaporkan dalam maksud ayat di bawah.
“Sesungguhnya al-Quran ini adalah bacaan yang sangat mulia, kitab yang terpelihara (Luh mahfuz), tidak ada yang menyentuhnya kecuali hamba-hamba yang disucikan.”
(Surah al-Waqiah, ayat: 77 hingga 79)
Mengikut sebahagian ulama tafsir, larangan dalam ayat tersebut merujuk kepada mashaf al-Quran asal yang terdapat di Luh Mahfuz.
Mashaf tersebut hanya boleh disentuh oleh orang-orang yang suci iaitu malaikat sahaja.
Manakala sebahagian Jadi, ulama lain berpendapat menyimpulkan bahawa bukan muslim boleh menyentuh al-Quran kerana al-Quran diturunkan sebagai petunjuk untuk manusia seperti yang diterangkan dalam maksud ayat di bawah ini.
“Maha Suci Allah SWT yang telah menurunkan al-Quran kepada hamba-Nya sebagai pemberi peringatan kepada seluruh alam.”
(Surah al-Furqaan, ayat: 1)
Nabi Muhammad SAW menghantar surat kepada kerajaan bukan muslim dan mengajak mereka untuk memeluk Islam.
Setiap surat tersebut, ditulis dengan ‘bismillah’ dan diteruskan dengan isi kandungan perkara yang dimaksudkan.
Setiap surat tersebut, ditulis dengan ‘bismillah’ dan diteruskan dengan isi kandungan perkara yang dimaksudkan.
Ia diterangkan sebagaimana dalam ayat di bawah ini.
“Katakanlah, ‘Hai ahli kitab. Marilah berpegang kepada satu kalimat yang tidak ada perselisihan di antara kami dan kamu bahawa kita tidak menyembah kecuali Allah SWT dan kita tidak mempersekutukan Dia dengan sesuatu pun. Dan tidak pula sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai tuhan selain Allah SWT. Jika mereka berpaling, maka katakanlah kepada mereka, ‘Saksikanlah, bahawa kami adalah orang-orang yang berserah diri kepada Allah SWT (muslim).’ "
(Surah Ali-Imran, ayat: 64)
Rasulullah SAW menghantar surat tersebut kepada raja Heraclius (Byzantin), Negus (Eithiopia), Muqawqas (Mesir), Kisra (Persia atau Iran). Sekiranya bukan muslim tidak boleh menyentuh al-Quran, maka Rasulullah SAW tidak akan menulis ayat-ayat al-Quran dalam surat utusan beliau kepada raja bukan non muslim.
Jika non muslim tidak boleh menyentuh al-Quran, bagaimana mesej daripada al-Quran akan sampai kepada mereka?
Sedangkan sebahagian besar muslim tidak menyampaikan Islam kepada non muslim.
Sedangkan sebahagian besar muslim tidak menyampaikan Islam kepada non muslim.
2. Kenapa Islam tidak mengiktiraf al-Kitab sebagai Injil?
Beriman kepada kitab-kitab suci yang diturunkan oleh Allah SWT kepada semua rasul merupakan salah satu daripada rukun iman.
1. Walaupun muslim diwajibkan beriman bahawa Allah SWT pernah menurunkan Injil kepada Nabi Isa tetapi umat Islam tidak diwajibkan untuk mengamalkan ajaran yang terdapat di dalam kitab Injil tersebut.
Jika al-Kitab merupakan Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa sekalipun umat Islam tetap tidak diwajibkan untuk mengamalkannya.
Tambahan lagi, kesahihan al-Kitab sebagai Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa adalah diragui.
Jika al-Kitab merupakan Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa sekalipun umat Islam tetap tidak diwajibkan untuk mengamalkannya.
Tambahan lagi, kesahihan al-Kitab sebagai Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa adalah diragui.
2. Al-Kitab bukan Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa
Al-Kitab juga bukan Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa. Ini kerana Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa merupakan panduan hidup yang diberikan khas kepada Nabi Musa seperti bagaimana yang dilaporkan dalam maksud ayat di bawah ini.
“...Katakanlah, ‘Siapakah yang menurunkan kitab Taurat yang dibawa oleh Musa sebagai cahaya dan petunjuk bagi manusia. Kamu jadikan kitab itu sebagai lembaran kertas yang bercerai-berai, kamu memperlihatkan sebahagian dan kamu menyembunyikan sebahagian besarnya. Padahal telah diajarkan kepadamu apa yang kamu dan bapa-bapa kamu tidak mengetahuinya?’ Katakanlah, ‘Allah SWT yang menurunkannya.’ Kemudian, sesudah kamu menyampaikan al-Quran kepada mereka, biarkanlah mereka bermain-main dalam kesesatannya.”
(Surah al-An’am, ayat: 91)
Ayat di atas menerangkan bahawa Taurah adalah kitab panduan yang diturunkan kepada nabi Musa dan kaumnya sedangkan Taurah yang terdapat dalam al-Kitab bukan Taurat yang dimaksudkan oleh al-Quran.
3. Al-Kitab bukan kitab suci
Injil dan Taurat merupakan kitab suci yang diturunkan kepada Nabi Isa dan Musa sedangkan al-Kitab merupakan kumpulan buku-buku yang ditulis oleh pendeta, sejarawan, pakar-pakar agama Kristian dan penulis yang tidak diketahui.
Sebuah kitab suci perlu mengandungi seratus peratus kandungan yang bersumberkan daripada Allah SWT dan bukannya campuran ayat-ayat daripada Allah SWT dan ciptaan-Nya; manusia. Dalam al-Kitab, terdapat sebahagian ayat daripada Allah SWT dan sebahagian besar ayat lagi adalah ciptaan manusia. Antara nas yang membuktikan al-Kitab bukan kitab suci ialah:
Percanggahan fakta dalam al-Kitab
Kitab suci yang diturunkan oleh Allah SWT tidak mungkin mempunyai percanggahan antara ayat-ayatnya sedangkan al-Kitab mempunyai banyak percanggahan.
a. Manusia tidak pernah melihat Allah SWT
Al-Kitab mengatakan dalam ayat di bawah ini bahawa tidak ada manusia yang dapat melihat Allah SWT seperti dilaporkan dalam ayat di bawah ini yang bermaksud,.
“Tidak ada seorang pun pernah melihat Allah, anak tunggal Allah yang berada di pangkuan Bapa yang menyatakan-Nya.”
(Buku Johanes, Bab 1, ayat: 18)
Sedangkan dalam ayat yang lain menyatakan bahawa manusia dapat melihat Allah SWT seperti mana yang dilaporkan dalam maksud ayat di bawah ini.
“Kemudian Tuhan menampakkan diri-Nya kepada Abraham di pokok Terbatin di Mamre, sedangkan ia duduk di hadapan khemah semasa matahari panas.”
(Buku Kejadian, Bab 32, ayat: 23)
Kalimah ‘Tidak ada seorangpun pernah melihat Allah’ dan ‘Kemudian Tuhan menampakkan diri-Nya’ Kedua-dua maksud ayat di atas saling bercanggah.
Pembaca tidak dapat membezakan ayat yang betul dan salah. dan tidak diketahui mana ayat yang betul dan ayat yang salah.
Tidak mungkin kitab suci daripada Allah memberikan dua ayat yang bercanggah sehingga menimbulkan kekeliruan kepada umatnya sehingga perlu memilih ayat yang betul atau yang salah.
b. Bilangan musuh yang dibunuh
Al-Kitab melaporkan tentang Jumlah musuh yang dibunuh oleh Daud dalam ayat di bawah ini seperti berikut.
Perkara ini dilaporkan dalam ayat di bawah ini yang bermaksud,
“Tetapi orang Aram lari daripada orang Israel dan Daud membunuh 700 ekor kuda orang Aram dan 40 000 orang berpasukan kuda. Sobakh, panglima tentera mereka dilukai sedemikian sehingga ia mati di sana.”
(Buku II Samuel, Bab 10, ayat: 18)
Ayat di atas menyatakan bahawa jumlah kuda yang dibunuh adalah 700 ekor manakala dalam ayat yang lain, jumlah kuda yang dibunuh adalah 700 000 ekor seperti mana yang dilaporkan dalam maksud ayat di bawah ini.
“Tetapi orang Aram lari daripada orang Israel dan Daud membunuh 700 000 ekor kuda orang Aram dan 40 000 orang berpasukan jalan kaki. Juga Sofakh, panglima tentera mereka dibunuhnya.”
(Buku I Tawarikh, Bab 19, ayat: 18)
Kedua-dua maksud ayat di atas merekodkan mpunyai tiga percanggahan yang ketara iaitu bilangan jumlah kuda musuh yang dibunuh oleh Daud adalah bercanggah iaitu 700 ekor dan 700 000 ekor, perlengkapan pasukan dan nama panglima tentera tersebut, Percanggahan tersebut sangat ketara sedangkan kedua-dua ayat ini menceritakan tentang kejadian yang sama.
c. Umur Raja Ahab semasa menjadi raja
“Pada tahun ke-12 zaman Yoram, anak raja Israel iaitu Ahab, Ahazia anak Yoram raja Yehuda menjadi raja. Pada waktu dia menjadi raja, dia berumur 22 tahun dan setahun kemudian dia memerintah Yerusalem.”
(Buku II King, Bab 8, ayat: 25 hingga 26)
Dalam ayat yang lain, al-Kitab menceritakan tentang kejadian yang sama dengan fakta yang berbeza seperti yang ditunjukkan dalam maksud ayat di bawah ini.
“...Dengan demikian Ahazia anak Yoram raja Yehuda menjadi raja. Ahazia berumur 42 tahun pada waktu dia menjadi raja dan setahun kemudian ia memerintah Yerusalem.
(Buku II Tawarikh, Bab 22, ayat 1 hingga 2)
d. Al-Kitab mengandungi ayat-ayat lucah
Al-Kitam mengandungi Terdapat banyak ayat-ayat dalam al-Kitab yang menceritakan tentang perkara lucah seperti yang dinyatakan dalam maksud ayat di bawah ini.
“Semakin lama, semakin sering dia melacur. Dia berperangai seperti masa mudanya di Mesir. Dia penuh berahi terhadap lelaki yang bernafsu kuat seperti keldai atau kuda jantan.
Hai Oholiba, engkau ingin mengulangi kecabulanmu pada masa mudamu di Mesir. Di sana, lelaki meraba-raba buah dadamu dan engkau hilang daramu.”
(Buku Yehezkial, Bab 23, ayat: 19 hingga 21)
Kitab suci yang diwahyukan oleh Allah tidak akan mengandungi perkara lucah, sungguhpun perkara tersebut untuk mengajarkan umatnya dan mengambil iktibar daripada perkara tersebut.
Sebahagian manusia lebih suka untuk meniru perkara buruk berbanding mengambil iktibar daripada perkara tersebut.
Ayat-ayat lucah dapat menggalakkan manusia yang tidak mempunyai iman yang kuat untuk melakukan zina.
Ayat-ayat lucah dapat menggalakkan manusia yang tidak mempunyai iman yang kuat untuk melakukan zina.
4. Kandungan al-Kitab bercanggah dengan kandungan al-Quran.
Injil dan Taurat merupakan kitab yang mengajar konsep ketuhanan yang sama dengan ajaran agama Islam sebagaimana yang terdapat dalam al-Quran, sedangkan ajaran yang terdapat dalam al-Kitab bercanggah dengan ajaran agama Islam.
Al-Quran diturunkan oleh Allah SWT untuk melengkapkan kitab-kitab sebelumnya, seperti yang diterangkan dalam maksud ayat di bawah ini.
Al-Quran diturunkan oleh Allah SWT untuk melengkapkan kitab-kitab sebelumnya, seperti yang diterangkan dalam maksud ayat di bawah ini.
“Dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu iaitu al-Quran yang membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya...”
(Surah Fathir, ayat: 31)
Kemunculan kitab yang diturunkan sebelum kedatangan al-Quran diterangkan dalam maksud ayat di bawah ini.
“Dia menurunkan al-Quran kepadamu dengan membenarkan kitab yang telah diturunkan sebelumnya dan menurunkan Taurat dan Injil.”
(Surah Ali-Imran, ayat: 3)
Ayat-ayat di atas membuktikan bahawa al-Quran menjadi pelengkap kepada ajaran yang terdapat dalam Taurat dan Injil.
Namun, ajaran yang terdapat dalan al-Kitab pula bercanggah dengan kandungan al-Quran.
Ketulenan al-Quran daripada Allah SWT telah dibuktikan dengan nas-nas yang sahih, sedangkan al-Kitab diragui kandungannya dan oleh sebab itu al-Kitab ditolak oleh Islam.
5. Al-Kitab bukan Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa
Al-Kitab juga bukan Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa. Ini kerana Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa merupakan panduan hidup yang diberikan khas kepada Nabi Musa seperti bagaimana yang dilaporkan dalam maksud ayat di bawah ini.
“...Katakanlah, ‘Siapakah yang menurunkan kitab Taurat yang dibawa oleh Musa sebagai cahaya dan petunjuk bagi manusia.
Kamu jadikan kitab itu sebagai lembaran kertas yang bercerai-berai, kamu memperlihatkan sebahagian dan kamu menyembunyikan sebahagian besarnya.
Padahal telah diajarkan kepadamu apa yang kamu dan bapa-bapa kamu tidak mengetahuinya?’ Katakanlah, ‘Allah SWT yang menurunkannya.’
Kemudian, sesudah kamu menyampaikan al-Quran kepada mereka, biarkanlah mereka bermain-main dalam kesesatannya.”
(Surah al-An’am, ayat: 91)
Islam menolak al-Kitab sebagai Injil berdasarkan beberapa bukti.
Antaranya ialah:
Antaranya ialah:
Al-Kitab merupakan kitab yang ditulis oleh manusia seperti bagaimana yang dilaporkan dalam maksud ayat di bawah ini.
“Maka kecelakaan yang besar bagi orang-orang yang menulis al-Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakan, ‘Ini daripada Allah SWT, dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan yang sedikit daripada amalan itu.’ Maka kecelakaan besar bagi mereka atas setiap yang ditulis oleh tangan mereka sendiri dan kecelakaan besar bagi mereka atas setiap yang mereka kerjakan.”
(Surah al-Baqarah, ayat: 79)
Al-Kitab bukan Injil dan Taurat yang diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Musa dan Isa seperti yang dilaporkan dalam maksud ayat di bawah ini.
“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah SWT atau yang berkata, ‘Telah diwahyukan kepada saya’, padahal tidak ada diwahyukan sesuatu pun kepadanya, dan orang yang berkata, ‘Saya akan menurunkan seperti apa yang diturunkan Allah SWT…’ ”
(Surah al-An’am, ayat: 93)
Penyusun lis al-Kitab telah menyembunyikan sebahagian ayat-ayat yang diturunkan oleh Allah SWT seperti mana yang dilaporkan dalam maksud ayat di bawah ini.
“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan setiap yang diturunkan oleh Allah SWT, iaitu Injil dan menjual dengan harga yang sedikit, maka mereka sebenarnya tidak menelan ke dalam perutnya melainkan api, dan Allah SWT tidak akan bercakap kepada mereka pada hari kiamat dan tidak akan menyucikan mereka dan memberikan mereka seksa yang amat pedih.”
(Surah al-Baqarah, ayat: 174)
Kitab Taurat dan Injil yang diturunkan kepada Nabi Musa dan Isa telah diubahsuai oleh pengikut mereka seperti yang dinyatakan dalam maksud ayat di bawah ini.
“Apakah kamu masih mengharapkan mereka akan percaya kepadamu, padahal sebahagian daripada mereka mendengar firman Allah SWT, lalu mereka mengubahnya setelah mereka memahaminya, sedangkan mereka mengetahui?”
(Surah al-Baqarah, ayat: 75)
Tidak ada manuskrip asal yang dapat membuktikan kesahihan al-Kitab sebagai Zabur, Taurat dan Injil yang diwahyukan kepada Nabi Mus dan kaumnya. Taurat telah diubah suai oleh pengikutnya seperti dinyatakan dalam ayat di bawah ini yang bermaksud, tulis oleh pengikut-pengikut Nabi Isa, pendeta dan penulis yang tidak dikenali.
Firman Allah SWT,
“Ada di antara orang-orang Yahudi yang mengubah Taurat daripada maksud yang sebenar.”
(Surah An-Nisa', ayat: 46)
Kitab-kitab terdahulu diturunkan khas kepada umat tersebut pada tempat dan masa yang terhad.
Selepas beberapa kurun Allah akan menghantar nabi yang lain untuk menyedarkan manusia yang semakin terpesong.
Nab-nabi tersebut dilengkapkan dengan kedatangan nabi Muhammad yang membawa al-Quran. Maka ajaran nabi-nabi sebelumnya telah ditamatkan tempoh penggunaannya.
Kesimpulan
Umat Islam wajib beriman kepada al-Quran dan kitab Allah SWT yang diturunkan oleh Allah SWT kepada nabi dan rasul sebelumnya.
Allah SWT telah menurunkan Suhuf-suhuf dan kitab-kitab tersebut untuk dijadikan sebagai panduan oleh manusia supaya sentiasa berada dalam kebenaran.
Al-Quran diturunkan oleh Allah SWT sebagai kitab terakhir sekaligus penutup dan melengkapi kitab-kitab sebelumnya.