Persiapan Super Grand

RABU 2:38 PAGI. 22-06-2005, 14 JAMADIL AWWAL 1426. KAMAR 1410, CITY VILLA HOTEL, KUALA LUMPUR. BASMALAH WALHAMDALAH PADA MALAM SE...

A+ A-
Sokongan anda sangat diperlukan. Sila 'like' dan 'share' kami.
RABU 2:38 PAGI. 22-06-2005, 14 JAMADIL AWWAL 1426.
KAMAR 1410, CITY VILLA HOTEL, KUALA LUMPUR.

BASMALAH WALHAMDALAH

PADA MALAM SEPERTI INI, AHLILLAH DI BUMI PARA ANBIYA’ bermunajat kepada Allah memohon agar bumi yang pernah dijejaki oleh para sahabat r.a diselamatkan oleh Allah daripada kemusnahan. 

Mereka bertaubat, mereka beristighfar, bertahlil, bertahajjud, qiyamulail dengan sepenuh hati di mana pada saat ini tidak ada siapa-siapa lagi yang dapat diharapkan buat menabur rahmat kepada umat yang sedang dilanda huru-hara yang paling dahsyat di dalam sejarah, melainkan datang zuriat Rasul s.a.w yang baginda janjikan.

Hanya zuriat atau itrah yang dijanjikan itu sajalah yang mampu mempersatukan umat yang telah bercerai-berai ini. 

Hanya zuriat Fatimah r.a yang dijanjikan itu sajalah yang mampu menabur harta kekayaan yang bertumpuk-tumpuk di tangan orang tertentu, kepada yang mustahik seperti yang dilakukan oleh Khulafaur Rasyidin.

Dia adalah Khulafaur Rasyidin yang ke-5. Kalau ada yang baik setelah Khalifah Ali Karamallahu Wajhah mereka adalah Khulafaus Solihin. 

Dia adalah Khalifah penutup, dia adalah PENUTUP RAHMAT.

Antum jangan terlepas daripada mengikuti perkembangan peristiwa yang berlaku di bumi para Anbiya’ atau dalam bahasa orang barat disebut Timur Tengah. 

Kerana perubahan di Syria, Lubnan, Iraq, Kan’an dan negerinya Siti Hajar dan Darul Ansar akan menentukan perubahan peta kekuasaan di muka bumi ini.

إِن يَمسَسكُم قَرحٌ فَقَد مَسَّ القَومَ قَرحٌ مِثلُهُ ۚ وَتِلكَ الأَيّامُ نُداوِلُها بَينَ النّاسِ وَلِيَعلَمَ اللَّهُ الَّذينَ ءامَنوا وَيَتَّخِذَ مِنكُم شُهَداءَ ۗ وَاللَّهُ لا يُحِبُّ الظّٰلِمينَ

Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendaapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). 

Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim. (Ali Imran: 140)

Kaum Nasara sedang buat persiapan super grand menanti kedatangan Isa Al Masih di Baitul Lahm kerana mereka sedar tidak ada mana satu pun daripada kekuatan kaum Nasara dapat mengalahkan Yahudi pengkhianat itu. 

Dan tidak ada mana Patriarch dan Pope yang dapat mempersatukan kaum Nasara yang berpecah kepada 72 golongan.

قُلِ اللَّهُمَّ مٰلِكَ المُلكِ تُؤتِى المُلكَ مَن تَشاءُ وَتَنزِعُ المُلكَ مِمَّن تَشاءُ وَتُعِزُّ مَن تَشاءُ وَتُذِلُّ مَن تَشاءُ ۖ بِيَدِكَ الخَيرُ ۖ إِنَّكَ عَلىٰ كُلِّ شَيءٍ قَديرٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Ali Imran: 26)

Related

Ustaz Abdul Halim Abas 5681981199476905355

Peringatan/Makluman!

Semua informasi di dalam blog ini sekadar pengetahuan bersama untuk difikirkan. Rujuklah Al-Quran & Hadis dan yang sebaiknya dengan bimbingan guru yang mursyid.

Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam." - (Ibnu Majah dan Lain-lainnya).

Ahlus Sunnah Wal- Jamaa'ah


Ikuti kami dan 'Get Notification'


Sila LIKE dan tanda 'Get Notification' fanpage ini.

Jumlah Kunjungan

Artikel Terkini

Popular

Terbaru

Arkib

Langganan Kemaskini Terkini!

Nama Penuh

Alamat Email

Bersama Kami

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)." - Surah Ali `Imran: 110




item