Mentalqin Maut (Orang Nazak)

Seseorang yang berjaya mengakhiri perkataannya sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan mengucapkan kalimah (لاَ اِلَهَ اِلاَّ ا...

A+ A-
Sokongan anda sangat diperlukan. Sila 'like' dan 'share' kami.
Seseorang yang berjaya mengakhiri perkataannya sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan mengucapkan kalimah (لاَ اِلَهَ اِلاَّ الله), maka telah dijanjikan oleh Allah Subhanahu wa-Ta'ala baginya syurga sebagai ganjaran.  

Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam telah memerintahkan orang-orang yang beriman agar mengajarkan (mentalqinkan) kalimah tauhid kepada seseorang yang hampir mati (nazak) sebagaimana sabda baginda:

لَـقِّنُوْا مَوْتَاكُمْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ فَاِنَّهُ مَنْ كَانَ آخِـرُ كَلاَمِهِ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ دَخَلَ الْجَنَّةَ يَوْمًا مِنَ الدَّهْرِ وَاِنْ اَصَـابَهُ قَبْلَ ذَلِكَ مَا اَصَابَهُ.

"Ajarkanlah (talqinkanlah) seseorang di antara kamu yang menghadapi kematian membaca (لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللَّهُ). Kerana sesiapa yang mengakhiri ucapannya dengan ucapan لاَ اِلَهَ  اِلاَّ اللَّهُ ia mendapat jaminan masuk syurga sekali pun sebelum itu pada hari-hari  disepanjang kehidupannya dipenuhi dengan banyak melakukan berbagai dosa". 

Talqin yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah "Mengajarkan" orang yang berkeadaan maut (yang sudah menghampiri kematian/nazak) dengan kalimah syahadah iaitu kalimah tauhd لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ.  

Pesanan ini telah diperintahkan malah telah dilakukan sendiri oleh Nabi Muhammad sallahu 'alaihi wa-sallam kepada seorang sahabat dari kalangan Ansar: 

اَنَّ رَسُوْلَ اللَّهِ صَـلَّىاللهُ عَلَيْهِ وَسَـلَّمَ عَادَ رَجُلاً مِنَ اْلاَنْصَـارِ فَقَالَ : يَا خَالُ قُلْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ فَـقَالَ : اَخَالٌ اَمْ عَمٌّ ؟ فَـقَـالَ : بَلْ خَالٌ فَقَالَ : فَخَيْرٌ لِيْ اَنْ اَقُـوْلَ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ ؟ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : نَعَمْ .

“Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam pada suatu ketika menjenguk (melawat) seorang sahabat dari kalangan Ansar yang sedang sakit.  Maka baginda bersabda:  Wahai bibi!  Ucapkanlah لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ.   Dia berkata:  Adakah bibi atau paman?  Maka baginda bersabda:  Tetapi bibi.  Maka sahabat Ansar tersebut berkata:  Adakah suatu kebaikan bagiku menakala mengucapkan (لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ)?  Rasulullah menjawab: Ya! Ada". 

Related

Mentalqin Maut (Orang Nazak) 6849780544562945393

Peringatan/Makluman!

Semua informasi di dalam blog ini sekadar pengetahuan bersama untuk difikirkan. Rujuklah Al-Quran & Hadis dan yang sebaiknya dengan bimbingan guru yang mursyid.

Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam." - (Ibnu Majah dan Lain-lainnya).

Ahlus Sunnah Wal- Jamaa'ah


Ikuti kami dan 'Get Notification'


Sila LIKE dan tanda 'Get Notification' fanpage ini.

Jumlah Kunjungan

Artikel Terkini

PopularTerbaruArkib

Popular

Terbaru

Umar RA mengimpikan bidadari seperti ini dan diperkenankan Allah

Selamat datang ke blog Dakwah Maya Umar RA mengimpikan bidadari seperti ini dan diperkenankan Allah Kali ini kami akan menyampaikan kisah menarik tentang bidadari syurga yang Allah ciptakan khas...

Khutbah terakhir Rasulullah, pesanan istimewa sepanjang zaman

Selamat datang ke blog Dakwah Maya  Khutbah terakhir Rasulullah, pesanan istimewa sepanjang zaman Kesedihan yang tidak terkata. Amanat terakhir Rasulullah SAW, tanda perpisahan dunia dengan ...

Dakwah Maya Re-Active

Selamat datang ke blog Dakwah Maya Assalamuallaikum warahmatullahi wabarakatuhDakwah Maya Team mengucapkan jutaan terima kasih kepada para sahabat subscriber dan penonton yang dihormati sekalian k...

Hafalan QS Yaasin Ayat per Ayat (83 Ayat)

Projek Hafalan Al-Quran ; Surah Yaasin (QS : 36) Makkiyah Juz 22 & 23 83 (Ayat) 733 (Kata) 3,067 (Huruf) Video Literasi dan Terjemahaan (English dan Melayu) oleh Dakwah Maya Team 2017 No Copy...

Keutamaan Dan Fadhilat Membaca Surah Yassin

Ramai yang sudah mengetahui kelebihan Surah Yassin yang terkandung di dalam al-Quran merupakan sebuah surah yang selalu dibaca oleh umat Islam terutama pada malam Jumaat. Tetapi tahukah kita bahaw...

Arkib

Langganan Kemaskini Terkini!

Nama Penuh

Alamat Email

Bersama Kami

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)." - Surah Ali `Imran: 110




item