Syarat Ketujuh: CINTA

Pengertian cinta yang dapat diambil dan difahami dalam kalimah tauhid ialah cinta yang telah ditetapkan dan diarahkan oleh kalimah tersebu...

A+ A-
Sokongan anda sangat diperlukan. Sila 'like' dan 'share' kami.
Pengertian cinta yang dapat diambil dan difahami dalam kalimah tauhid ialah cinta yang telah ditetapkan dan diarahkan oleh kalimah tersebut, iaitu agar menyerahkan pengibadatan, penyembahan serta jiwa dan raga dengan pengakuan: "Tiada ilah yang berhak diibadahi/disembah melainkan Allah". 

Tambahan pula antara pengertian Islam ialah "Menyerah" (الاستسلام), maka menyerah, menyembah dan mengibadahi hanya satu ilah iaitu Allah Subhanahu wa-Ta'ala dengan menyerahkan diri dan menyerah sepenuh cintanya kepadaNya adalah pokok segala ibadah.  

Kerana pembuktian cinta ialah dengan menyerah dan mendahulukan cintanya kepada yang paling berhak dicintai.  

Pastinya yang paling layak dan berhak dicintai hanyalah Allah Azza wa-Jalla, kemudian mencintai para nabi, para rasul dan seterusnya mencintai para ahli tauhid.  

Termasuk juga tanda cinta ialah dengan mentaati, memenuhi segala tuntutan dan syarat-syarat kalimah ini serta membenci orang yang meninggalkan dan yang membenci akan kalimah tauhid ini.  

Para ahli ilmu pula telah menjelaskan bahawa cinta yang sebenar tidak dapat diketahui kecuali dengan adanya pembuktian tanda-tandanya dan melaksanakan syarat-syaratnya.  

Antara tanda-tanda dan syarat-syarat cinta ialah:  

Mendahulukan cintanya kepada Allah Subhanahu wa-Ta'la walaupun disangka ia bertentangan dengan akal fikiran dan keinginan hawa nafsunya.  Nabi bersabda:

ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ وَجَدَبِهِنَّ حَـلاَوَةَ اْلاِيْمَان : اَنْ يَكُوْنَ اللهُ وَرَسُوْلُهُ اَحَبَّ اِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَاَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ اِلاَّ ِللهِ وَاَنْ يَكْرَهَ اَنْ يَعُوْدَ فِى الْكُفْرِ بَعْدَ اَنْ اَنْقَذَهُ اللهُ مَنْهُ كَمَا يَكْرَهُ اَنْ يُقْذَفَ فِى النَّارِ.

"Tiga perkara yang mana sesiapa yang memperolehi ketiga-tiganya akan memperolehi kemanisan iman: Menjadikan Allah dan RasulNya lebih dicintainya (tiada lain yang lebih dicintai selain dari Allah dan RasulNya).  Mencintai seseorang (yang seagama) dan tidak mencintainya kecuali kerana Allah.  Membenci kembali kepada kekufuran setelah diselamatkan oleh Allah darinya sebagaimana bencinya dari dicampakkan ke dalam neraka". 

Membenci segala apa dan siapa sahaja yang dibenci oleh Allah Subhanahu wa-Ta'ala sekalipun ianya sangat dicintai dan menggoda kehendak hawa nafsunya.  

Sebagaimana firman Allah:

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَتَّخِذُ مِنْ دُوْنِ اللهِ اَنْدَادًا يُحِبُّوْنَهُمْ كَحُبِّ اللهِ وَالَّذِيْنَ ءَامَنُوْا اَشَدُّ حُبًّا ِللهِ.
"Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah". Al-Baqarah, 2:165.

اَرَاَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ اِلَهَهُ هَوَاهُ اَفَاَنْتَ تَكُوْنُ عَلَيْهِ وَكِيْلاً.
"Terangkanlah kepadaku tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya.  Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya?". Al-Furqan, 25:43.

Ittiba', iaitu berittiba' kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam dengan cara menerima wahyu yang disampaikannya, mempelajarinya, memahami segala isinya sebagaimana yang difahami oleh para Salaf as-Soleh, mentaatinya, mengimani semua hidayahnya dan mencontohi segala athar darinya.  

Syarat ini telah ditetapkan oleh Allah di dalam firmanNya:

قُلْ اِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّوْنَ اللهَ فَاتَّبِعُوْنِيْ يُحْبِبْكُمُ اللهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوْبَكُمْ وَاللهُ غَفُوْرٌ رَّحِيْمٌ.

"Katakanlah!  Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.  Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". Ali Imran, 3:31.
Mentaati pemimpin Islam dan orang-orang yang menyeru supaya mentaati Allah.  Memusuhi sesiapa sahaja yang memusuhi Allah Subhanahu wa-Ta'ala, memusuhi RasulNya dan orang-orang yang beriman. 

Firman Allah:

لاَ تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُوْنَ بِاللهِ وَالْيَوْمِ اْلاَخِرِ يُوَآدُوْنَ مَنْ حَـآدَّ اللهَ وَرَسُوْلَهُ وَلَوْ كَانُوْا ءَابَآءَهُمْ اَوْ اَبْنَآءَهُمْ اَوْ اِخْوَانَهُمْ اَوْ عَشِيْرَتَهُمْ.

"Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang itu bapa-bapa, atau anak-anak, atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka". Al-Mujadalah, 58:22.

يَااّيُّهَا الَّذِيْنَ ءَامَنُوْا لاَ تَتَّخِذُوْا عَدُوِّى وَعَدُوَّكُمْ اَوْلِيَاءَ تُلْقُوْنَ اِلَيْهِمْ بِالْمَوَدَّةِ وَقَدْ كَفَرُوْا بِمَا جَآءَكُمْ مِنَ الْحَقِّ يُخْرِجُوْنَ الرَّسُوْلَ وَاِيَّاكُمْ اَنْ تُؤْمِنُوْا بِاللهِ رَبِّكُمْ اِنْ كُنْتُمْ خَرَجْتُمْ جِهَادًا فِى سَبِيْلِى وَابْتِغَآءَ مَرْضَاتِى تُسِرُّوْنَ اِلَيْهِمْ بِالْمَوَدَّةِ وَاَنَا اَعْلَمُ بِمَا اَخْفَيْتُمْ وَمَآاَعْلَنْتُمْ وَمَنْ يَفْعَلْهُ مِنْكُمْ فَقَدْ ضَلَّ سَوَآءَ السَّبِيْلِ.
"Hai orang-orang yang beriman!  Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuhmu menjadi teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad), kerana rasa kasih sayang, padahal sesungguhnya mereka telah ingkar kepada kebenaran yang datang kepadamu, mereka mengusir Rasul dan (mengusir) kamu kerana kamu beriman kepada Allah, Tuhanmu.  Jika kamu benar-benar keluar untuk berjihad pada jalanKu dan mencari keredhaanKu (janganlah kamu berbuat demikian).  Kamu memberitahukan secara rahsia (berita-berita Muhammad) kepada mereka, kerana rasa kasih sayang.  Aku lebih mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan.  Dan barangsiapa di antara kamu yang melakukannya, maka sesungguhnya dia telah tersesat dari jalan yang lurus". Al-Mumtahanah,60:1.

Related

Syarat Ketujuh: CINTA 9111349515581996879

Peringatan/Makluman!

Semua informasi di dalam blog ini sekadar pengetahuan bersama untuk difikirkan. Rujuklah Al-Quran & Hadis dan yang sebaiknya dengan bimbingan guru yang mursyid.

Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam." - (Ibnu Majah dan Lain-lainnya).

Ahlus Sunnah Wal- Jamaa'ah


Ikuti kami dan 'Get Notification'


Sila LIKE dan tanda 'Get Notification' fanpage ini.

Jumlah Kunjungan

Artikel Terkini

Popular

Terbaru

Arkib

Langganan Kemaskini Terkini!

Nama Penuh

Alamat Email

Bersama Kami

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)." - Surah Ali `Imran: 110




item