Muslim : Say No!!! Valentine’s Day

Jom kita mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sambutan “Valentine’s Day” atau “Hari Kekasih”  ini untuk pengetahuan dan panduan diri kit...

A+ A-
Sokongan anda sangat diperlukan. Sila 'like' dan 'share' kami.
Jom kita mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sambutan “Valentine’s Day” atau “Hari Kekasih”  ini untuk pengetahuan dan panduan diri kita sendiri, keluarga, anak-anak dan umat Islam seluruhnya, InsyaAllah.

Hukum dan Fatwa mengenainya

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke 71 yang bersidang pada 22-24 November 2005 memutuskan :

“Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. 

Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam”

Kenapa ianya DiHARAMkan???
  • Mengenang dan mengagungkan tokoh Barat yang bernama Saint. Valentino, dia dibunuh pada 14 Februari 270 M.
  • Ianya disambut untuk memperingati hari kejatuhan kerajaan Islam Cordova pada 14 Februari 270M.
  • Mendekati ke arah penZINAan.
Firman Allah s.w.t :

“Dan janganlah kamu dekati ZINA, sesungguhnya itu adalah perbuatan yang keji dan suatu  jalan yang buruk” {Surah Al-Isra’ 17:32}.
  • Ianya adalah bukan daripada Budaya Hidup Islam.
Sabda Rasulullah s.a.w :

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan daripada amalan kami maka ia akan ditolak”
[Riwayat Bukhari dan Muslim]
  • Islam menegah umatnya meniru atau mengikut budaya Barat.
Sabda Rasulullah s.a.w :

“Barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dalam golongan mereka”
[Hadis Riwayat Abu Daud]
  • Kasih sayang dan keCINTAan yang UTAMA adalah untuk Allah s.w.t  dan RasulNYA.
Islam menggalakkan umatnya agar sentiasa berkasih sayang sesama Islam tetapi hendaklah mengikut batas syariat yang telah ditetapkan dan berkasih sayang dengan yang halal bagi kita, cthnya : Keluarga, Suami Isteri, Anak-anak dll., bukan untuk yang tiada pertalian halal (lelaki/perempuan) bagi kita.

Ilustrasi oleh iluvislam.com
Tambahan, penulis juga ingin berkongsi artikel soal jawab yang dibaca dari penulisan Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman yang bertajuk “Hukum Rai Valentine & Jual Bunga”. 

Antara petikan penulisan beliau ialah, hari tersebut menjadi semakin terkeji apabila ia menjurus kepada perlakuan maksiat, mengadaikan ‘dara’ kepada kekasih yang bernafsu ‘syaitan’ dan dengan perlakuan seks bebas yang kononnya bagi membuktikan ‘ketulenan’ cinta seseorang kepada kekasihnya.

Semoga sedikit sebanyak huraian dan penjelasan mengenai sambutan ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat Muslim kita agar kita lebih berhati-hati dan menyelidik sesuatu perkara dengan lebih jelas dan tidak terikut-ikut dengan budaya dan ajaran dari agama selain daripada Islam, InsyaAllah.

~Wallahua’lam~

Related

Valentine’s Day 1385110771535786322

Peringatan/Makluman!

Semua informasi di dalam blog ini sekadar pengetahuan bersama untuk difikirkan. Rujuklah Al-Quran & Hadis dan yang sebaiknya dengan bimbingan guru yang mursyid.

Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam." - (Ibnu Majah dan Lain-lainnya).

Ahlus Sunnah Wal- Jamaa'ah


Ikuti kami dan 'Get Notification'


Sila LIKE dan tanda 'Get Notification' fanpage ini.

Jumlah Kunjungan

459,672

Artikel Terkini

PopularTerbaruArkib

Popular

Terbaru

Umar RA mengimpikan bidadari seperti ini dan diperkenankan Allah

Selamat datang ke blog Dakwah Maya Umar RA mengimpikan bidadari seperti ini dan diperkenankan Allah Kali ini kami akan menyampaikan kisah menarik tentang bidadari syurga yang Allah ciptakan khas...

Khutbah terakhir Rasulullah, pesanan istimewa sepanjang zaman

Selamat datang ke blog Dakwah Maya  Khutbah terakhir Rasulullah, pesanan istimewa sepanjang zaman Kesedihan yang tidak terkata. Amanat terakhir Rasulullah SAW, tanda perpisahan dunia dengan ...

Dakwah Maya Re-Active

Selamat datang ke blog Dakwah Maya Assalamuallaikum warahmatullahi wabarakatuhDakwah Maya Team mengucapkan jutaan terima kasih kepada para sahabat subscriber dan penonton yang dihormati sekalian k...

Hafalan QS Yaasin Ayat per Ayat (83 Ayat)

Projek Hafalan Al-Quran ; Surah Yaasin (QS : 36) Makkiyah Juz 22 & 23 83 (Ayat) 733 (Kata) 3,067 (Huruf) Video Literasi dan Terjemahaan (English dan Melayu) oleh Dakwah Maya Team 2017 No Copy...

Keutamaan Dan Fadhilat Membaca Surah Yassin

Ramai yang sudah mengetahui kelebihan Surah Yassin yang terkandung di dalam al-Quran merupakan sebuah surah yang selalu dibaca oleh umat Islam terutama pada malam Jumaat. Tetapi tahukah kita bahaw...

Arkib

Langganan Kemaskini Terkini!

Nama Penuh

Alamat Email

Bersama Kami

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)." - Surah Ali `Imran: 110




item