Indonesia

PERANCANGAN & STRATEGI ASEAN AHAD, 1 PAGI. 13-05-1990, 17 SYAWAL 1410. SUNGAI BURUNG, BALIK PULAU, PULAU PINANG.  BASMALAH WA...

A+ A-
Sokongan anda sangat diperlukan. Sila 'like' dan 'share' kami.
PERANCANGAN & STRATEGI ASEAN

AHAD, 1 PAGI. 13-05-1990, 17 SYAWAL 1410.
SUNGAI BURUNG, BALIK PULAU, PULAU PINANG. 

BASMALAH WALHAMDALAH
PERANCANGAN & STRATEGI DI INDONESIA

MASIH LAGI MEMBICARAKAN ASIA TENGGARA. 

Kali ini perancangan setempat sesuai dengan strategi yang telah diatur. 

Kelengkapan material dan sokongan moral tersangat mustahak dalam melaksanakan projek raksasa kita supaya senang kita bertindak. 

Di sini diperturunkan perancangan rapi dan terperinci setiap negara yang menjadi sasaran dakwah dan base kita.

---

INDONESIA

HAMPIRI PEMIMPIN POLITIK yang masih mencintai dan menyanjung tinggi perjuangan Bung Karno, M. Nasir dan Muhammad Hatta. 

Bung Karno menjadi inspirasi pejuang-pejuang yang ingin melihat Melayu di Nusantara ini bersatu. 

Idea dan gagasan Bung Karno melahirkan Melayu-Raya merangkumi empayar Nusantara sangat mengkagumkan dan mengecutkan perut gergasi besar dunia. 

Sayang dia terkandas di jalanan justeru kelemahan yang biasa bagi pemimpin besar sepertinya. Kelemahan ini jangan kalian dalam jamaah AM ini ulangi. 

Wanita dan kuasa. 

Jauhilah dua benda ini seperti kalian lari dari singa. 

M. Nasir punya karisma tersendiri sehingga mampu menjatuhkan lawan Nasionalis dan Komunis. 

Bacalah riwayat hidup dan perjuangannya serta gembar-gemburkan kepada pencintanya di kalangan politikus Indonesia agar terbangun semangat dan daya juang mereka untuk mencontohi perjuangan Muhammad Nasir. 

Muhammad Hatta menjadi sumber inspirasi pejuang-pejuang yang duduk di tengah-tengah, tidak condong kepada Nasionalis pun tidak mahu kepada Komunis. 

Mereka dari segi keislamannya terlalu liberal, namun mereka boleh dijadikan kawan dalam perjuangan. 

Kalian menghadapi tugas berat bertembung dengan perancangan dan misi dakwah Kristian.Indonesia sasaran utama Kristianisasi. 

Bumi ini anak emas Vatican. 

Tersilap langkah akan ada yang kecundang. 

Mereka tidak segan dan takut, mahu pun bimbang untuk berkeras dan bermain senjata. 

Senjata di tangan mereka. 

Kita perlu berhati-hati memainkan peranan bertembung dengan Nasrani akhir zaman. 

Politik Jaafar Bin Abi Talib r.a kenalah dijadikan model dan contoh untuk kalian bertndak berhadapan dengan rakyat yang jahil.

Indonesia negara miskin. Sebarang projek biarpun kecil, yang boleh menguntunkan negara akan dipandang besar. 

Kalau di Malaysia, kita mendirikan ekonomi untuk sara diri. 

Di Indonesia, buka industri untuk kebajikan. 

Jangan ambil untung walau sesen pun. 

Kristian mengajar umat Islam Indonesia bermalas-malasan, terngadah menunggu dan menerima bantuan. 

Kita datang bawa formula baru. 

Kebajikan atas dasar bekerja. 

Asuh umat Islam Indonesia membanting tulang mencari rezeki sebagaimana yang telah dilakukan oleh Belanda. 

Kalau Belanda kuat dengan rakus hasil keringat pribumi, kita kembalikan semula hasil tulang empat kerat rakyat untuk memakmurkan negara. 

Sekali lagi diingatkan dan ini sangat mustahak, JANGAN MENGAMBIL UNTUNG WALAU SESEN PUN! 

Kalau perlu rugi, biarkan. Carilah pelabur-pelabur yang ingin melabur dalam Bank Allah! 

Bertemu dengan ahli politik dan hidupkan kembali dan suburkan kembali ingatan-ingatan, detik-detik kejatuhan Belanda. 

Pelopor kemerdekaan adalah ulama-ulama tareqat yang bergabung dengan pemimpin-pemimpin yang berjiwa Islam. 

Nah! Sekarang jika ingin sejarah Indonesia berulang, tradisi ini perlu dihidupkan. 

Berkenaan pesantren, buat hubungan seperti biasa. 

Mereka menjadi wadah untuk melahirkan ilmuwan-ilmuwan dan ulama-ulama yang boleh diketengahkan. 

Sistem ilmu mereka teratur, cuma kita aturkan tarbiah ke dalam agar subur jiwa perjuangan mereka. 

Akhirnya, kasihani yang miskin. 

Hubungi dan bersilaturahim-lah dengan ulama-ulama tempatan. 

Doa mereka mustahak. 

Bagi yang kaya, ajak mereka sama-sama berjuang dan jemput mereka ke Malaysia melihat dan meninjau peluang-peluang pelaburan untuk memajukan lagi agama yang tercinta.

Sumber

Related

Ustaz Abdul Halim Abas 3687367533691506212

Peringatan/Makluman!

Semua informasi di dalam blog ini sekadar pengetahuan bersama untuk difikirkan. Rujuklah Al-Quran & Hadis dan yang sebaiknya dengan bimbingan guru yang mursyid.

Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam." - (Ibnu Majah dan Lain-lainnya).

Ahlus Sunnah Wal- Jamaa'ah


Ikuti kami dan 'Get Notification'


Sila LIKE dan tanda 'Get Notification' fanpage ini.

Jumlah Kunjungan

Artikel Terkini

Popular

Terbaru

Arkib

Langganan Kemaskini Terkini!

Nama Penuh

Alamat Email

Bersama Kami

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)." - Surah Ali `Imran: 110




item