Rahsia Selawat yang diceritakan dalam Mukasyafatul Qulub
Ada satu kisah di dalam Mukasyafatul Qulub karya Imam Al Ghazali yang menceritakan tentang selawat. Pada suatu hari ada seorang hamba ...
https://dakwahsecaramaya.blogspot.com/2014/06/rahsia-selawat-yang-diceritakan-dalam.html
Ada satu kisah di dalam Mukasyafatul Qulub karya Imam Al Ghazali yang menceritakan tentang selawat.
Pada suatu hari ada seorang hamba Allah bernama Sufian Suri, beliau pada ketika itu, sedang tawaf mengelilingi Ka'bah. Ditepinya ada seorang pemuda. Dilihatnya (Sufian Suri) pemuda tersebut, setiap langkah yang dilalui oleh pemuda tersebut diiringi selawat kepada Rasulullah SAW.
Allahumasalia'la syaidina muhammad 3x. Lalu, Sufian Suri bertanya kepada anak muda tersebut.
Sufian Suri: Hi anak muda, kenapa saya dengar dari tadi lagi sampai sekarang kamu hanya berselawat kepada Rasulullah SAW sahaja sedangkan Rasulullah sudah meninggalkan doa-doa semasa tawaf.
Setiap kali tawaf berbeza bacaan. 7 kali tawaf, ada 7 doa yang berbeza. Jadi, saya dengar, kamu hanya berselawat ke atas Rasulullah SAW sahaja.
Lalu pemuda tersebut melihat kepada Sufian Suri.
Pemuda tersebut bertanya kepada Sufian Suri, "tuan ini siapa?"
Sufian Suri menjawab, "Sayalah Sufian Suri ".
Pemuda itu lalu memohon maaf, saya dengar nama Sufian Suri yang memang masyhur namanya, mempunyai beribu orang yang berguru denganya. Ini kali pertama saya dapat melihat wajah tuan. Jika tuan yang tanya, saya akan menceritakan kepda tuan.
Setahun lalu, saya datang melaksanakan kerja haji bersama ayah saya. Jadi, apabila sampai ke sini, ayah saya sakit lalu saya [angku kepala beliau di atas paha saya sambil berdoa supaya cepat sembuh agar dapat menyambung kerja haji.
Tetapi, semakin lama ayah saya semakin tenat dan nazak lalu, meninggal dunia.
Apabila terlepas roh dari jasad, wajah ayah saya tadi terus berubah menjadi hitam legam. Saya menangis melihat keadaan ini sambil tertanya-tanya kenapa ayah sampai jadi macamni. Apakah dosa yang ayah buat dulu lalu saya mengambil kain dan menutup jasad ayah saya. Saya beristigfar untuk memohon kepada Allah keampunan kepada ayah saya sambil menangis sehingga saya tertidur.
Dalam tidur saya itu, saya nampak seorang pemuda yang cantik dan rupawan berseri-seri datang ke arah saya lalu duduk.
Pemuda itu membuka kain penutup jasad ayah saya lalu menyapu muka ayahnya sebanyak 3 kali. Tiba-tiba, muka ayah saya tadi yang hitam legam berubah menjadi berseri-seri. Cerah, bersinar-sinar.
Pemuda itu menutup kembali kain tadi. Setelah itu, saya memeluk kaki pemuda yang tampan itu tadi dan bertanya, "Tuan ini siapa"?
Pemuda tampan itu menjawab, saya la Rasulullah. Jika kamu ingin tahu kenapa wajah ayah kamu menjadi begini, suatu ketika dahulu ayah kamu merupakan seorang yang fasik.
Segala jenis kejahatan dia buat kecuali satu dia tidak tinggal iaitu lidahnya sentiasa basah berselawat kepadaku. Bila dia meninggal, saya memberinya syafaat.
Saya tersedar dari tidur lalu membuka kain yang menutup wajah ayah saya. Saya melihat wajah ayah saya berseri-seri seperti dalam mimpi dia tadi.
Semenjak itu, saya tidak meninggalkan selawat ke atas Rasulullah SAW.
Sufian Suri pun berkata, kamu sudah mendapat ijazah besar dari Rasulullah sendiri dan mulai hari ini, saya tidak akan menegur kamu lagi untuk berselawat.
Dengar sendiri cerita ini seperti yang diceritakan oleh Tok Ayah Tuan Guru Haji Musa