Panduan Mengenal Kalimah Tauhid

Para ulama Salaf as-Soleh juga telah menggariskan beberapa panduan atau jalan untuk mengetahui dan mengenali kalimah ikhlas (لاَ اِلَهَ اِل...

Para ulama Salaf as-Soleh juga telah menggariskan beberapa panduan atau jalan untuk mengetahui dan mengenali kalimah ikhlas (لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ)  antaranya ialah: 

Dengan memberi perhatian tentang nama-nama, sifat-sifat dan af'al (perbuatan) Allah Subhanahu wa-Ta'ala yang dikhabarkan di dalam al-Quran dan dijelaskan oleh hadith-hadith sahih yang menunjukkan tentang kesempurnaan Allah, keBesaranNya dan keAgunganNya.  

Seterusnya kalimah tersebut perlu dipelajari dan difahami sebagaimana yang difahami oleh para ulama Salaf as-Soleh dengan kecekalan, kesungguhan dan kesabaran.  

Semua yang diusahakan akan memberi kebaikan dan membawa kepada penyembahan serta pangabdian (penghambaan) diri yang sempurnaa kepada Tuhan Yang Maha Esa yang bagiNya segala puji, kemuliaan, kebesaran dan keindahan.

Berilmu (iaitu ilmu yang dipelajari dan difahami dari al-Quran dan al-Hadith yang sahih yang dengannya dapat menyedarkan) bahawa hanya Dia (Allah) sahaja Pencipta dan Pengurus sekalian alam dengan segala isi-isinya serta segala kejadian yang berlaku. 

Mengambil ilmu tentang kalimah ini dari sumber al-Quran dan al-Hadith.  

Kerana hanya kedua kitab ini sahaja dapat mengenalkan seseorang bahawa Allah adalah pemberi nikmat zahir dan batin, termasuklah nikmat keduniaan.  

Namun, nikmat yang paling besar ialah nikmat beragama Islam.  

Dengan mengenali Allah sebagai pemberi segala nikmat, pasti akan menyebabkan hati sentiasa bergantung denganNya, mencintaiNya dan hanya menyembah Dia yang tidak ada sekutu bagiNya.

Related

Panduan Mengenal Kalimah Tauhid 6471859984065747774

Peringatan/Makluman!

Semua informasi di dalam blog ini sekadar pengetahuan bersama untuk difikirkan. Rujuklah Al-Quran & Hadis dan yang sebaiknya dengan bimbingan guru yang mursyid.

Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam." - (Ibnu Majah dan Lain-lainnya).

Ahlus Sunnah Wal- Jamaa'ah


Ikuti kami dan 'Get Notification'


Sila LIKE dan tanda 'Get Notification' fanpage ini.

Jumlah Kunjungan

Artikel Terkini

Popular

Terbaru

Arkib

Langganan Kemaskini Terkini!

Nama Penuh

Alamat Email

Bersama Kami

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)." - Surah Ali `Imran: 110




item