Sejarah Hidup Imam Al-Ghazali

Imam Al-Ghazali Imam Al-Ghazali nama lengkapnya adalah Abu Hamid Muhammad Bin Muhammad Bin Muhammad Al-Ghazali, yang terkenal dengan Hu...

A+ A-
Sokongan anda sangat diperlukan. Sila 'like' dan 'share' kami.
Imam Al-Ghazali
Imam Al-Ghazali nama lengkapnya adalah Abu Hamid Muhammad Bin Muhammad Bin Muhammad Al-Ghazali, yang terkenal dengan Hujjatul Islam (argumentator Islam) kerana jasanya yang besar di dalam menjaga Islam dari pengaruh ajaran bid'ah dan aliran rasionalisme Greece.

Beliau lahir pada tahun 450 H, bertepatan dengan 1059 M di Ghazalah suatu kota kecil yang terlelak di Thus wilayah Khurasah yang waktu itu merupakan salah satu pusat ilmu pengetahuan di dunia islam.

Para ulama nasab berselisih pendapat dalam penyandaran nama Imam Ghazali ra.

Sebahagian mengatakan bahawa penyandaran nama beliau ra. kepada daerah Ghazalah di Thusi tempat kelahiran beliau ra. Ini dikuatkan oleh Al-Fayumi dalam Mishbahul Munir, penisbatan ini kepada salah seorang keturunan imam Ghazali iaitu Majdudin Muhammad bin Muhammad bin Muhyiddin Muhammad bin Abi Thohir Syarwan syah bin Abul Fadhl bin Ubaidillah.

Makam Imam Al-Ghazali
Anaknya Sitti Al-Mana Binti Abu Hamid Muhammad Al-Ghazali yang mengatakan: "Bahawa telah salah orang yang menyandarkan nama datuk kami tersebut dengan di tasydid (Al-Ghazali )".

Sebahagian lagi mengatakan penyandaran nama beliau kepada pencarian dan keahlian keluarganya yaitu menenun sehingga nisbatnya ditasydid (Al-Ghozzali) demikian pendapat Ibnu Atsir.

Dan dinyatakan Imam Nawawi: "Tasydid dalam Al-Ghozzali adalah yang benar".

Bahkan Ibnu Assam `ani mengingkari penyandaran nama yang pertama dan berkata: "Saya telah bertanya kepada penduduk Thusi tentang daerah Al-Ghozalah dan mereka mengingkari keberadaannya.

Wallohu A`lam.

Makam Imam Al-Ghazali
Tapi yang dijadikan sandaran Para Ahli Nasab Mutaakhirin adalah pendapat Ibnu Atsir dengan Tasydid.

Yaitu penyandaran nama kepada pekerjaan dan keahlian bapak dan kakeknya. (Thobaqot Asy-Syafi`i `yyah dan Siyar A`lam Nubala Adz Dzahabi )

Imam Abu Hamid Muhammad dilahirkan dari keluarga yang sangat sederhana. Ayahnya adalah seorang pengrajin wol sekaligus sebagai pedagang hasil tenunannya dan taat beragama.

Mempunyai semangat keagamaan yang tinggi seperti terlihat pada simpatiknya kepada 'ulama dan mengharapkan anaknya menjadi 'ulama yang selalu memberi nasehat kepada umat .

Itulah sebabnya ayahnya sebelum wafat menitipkan anaknya (Imam Al-Ghazali) dan saudarnya (Ahmad) ketika itu masih kecil dititipkan pada teman ayahnya seorang ahli tasawuf untuk mendapatkan bimbingan dan didikan.

Walaupun dibesarkan dalam keadaan keluarga yang sederhana tidak menjadikan beliau merasa rendah atau malas. Justru beliau semangat dalam mempelajari berbagai ilmu pengetahuan. Kemudian beliau menjelma menjadi seorang 'ulama besar dan seorang sufi .

Dan dijangka Imam Ghazali hidup dalam kesederhanaan sebagai seorang sufi sampai usia 15 tahun (450-456) .

Pendidikan dan Perjalanan Mencari Ilmu

Perjalanan imam Ghazali dalam memulakan pendidikannya di wilayah kelahirannya.

Kepada ayahnya beliau belajar Al-Qur'an dan dasar-dasar ilmu keagamaan yang lain. Di teruskan di Thus dengan mempelajari dasar-dasar pengetahuan.

Setelah beliau belajar pada teman ayahnya (seorang ahli tasawuf) ketika beliau tidak mampu lagi memenuhi keperluan keduanya, beliau mengajarkan mereka masuk ke sekolah untuk memperoleh selain ilmu pengetahuan .

Beliau mempelajari pokok islam (Al-Qur'an dan sunnah nabi ).

Diantara kitab - kitab hadist yang beliau pelajari , antara lain :
  • Sahih Bukhori , beliau belajar dari Abu Sahl Muhammad bin Abdullah Al Hafshi
  • Sunan Abi Daud , beliau belajar dari Al Hakim Abu Al Fath Al Hakimi
  • Maulid An Nabi , beliau belajar pada dari Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad Al Khawani
  • Sahih Al Bukhari dan Shahih Al Muslim , beliau belajar dari Abu Al Fatyan ' Umar Al Ru'asai.
Begitu pula diantarnya bidang-bidang ilmu yang di kuasai Imam Al-Ghazli (ushul al din) ushul fiqh, mantiq, flsafat, dan tasawuf.

Santunan kehidupan sebagaimana lazimnya waktu beliau untuk belajar fiqh pada imam Kharamain, beliau dalam belajar bersungguh-sungguh sampai mahir dalam madzhab, khilaf (perbezaan pendapat), perdebatan, mantik, membaca hikmah, dan falsafah, Imam Kharamain menyikapinya sebagai lautan yang luas .

Setelah Imam Kharamain wafat kemudian beliau pergi ke Baghdad dan mengajar di Nizhamiyah .

Beliau mengarang tentang mazhab kitab Al-Basith,  Al-Wasith, Al-Wajiz dan Al-Khulashoh .

Dalam usul fiqh beliau mengarang kitab Al-Mustasfa , kitab Al-Mankhul, Bidayatul Hidayah, Al-Ma'lud Filkhilafiyah, Syifaal Alil Fi Bayani Masa Ilit dan kitab-kitab lain dalam berbagai fan .

Antara tahun 465-470 H. Imam Al-Ghazali belajar fiqih dan ilmu-ilmu asas yang lain dari Ahmad Al-Radzaski di Thus dan dari Abu Nasral Ismailli di Jurjan. Setelah Imam Al-Ghazali kembali ke Thus, selama 3 tahun di tempat kelahirannya, beliau mengaji ulang pelajaran di Jurjan sambil belajar tasawuf kepada Yusuf Al-Nassaj (w - 487 H).

Pada tahun itu Imam Al-Ghazali berkenalan dengan Al-Juwaini dan memperoleh ilmu kalam dan mantiq .

Menurut Abdul Ghofur itu Ismail Al-Farisi, Imam Al-Ghazali menjadi pembahas paling pintar di zamannya.

Imam Haramain merasa bangga dengan pretasi muridnya .

Walaupun kemashuran telah diraih Imam Al-Ghazali beliau tetap setia terhadap gurunya sampai dengan wafatnya pada tahun 478H.

Sebelum Al-Juwani wafat, beliau memperkenalkan Imam Al-Ghazali kepada Nidzham Al Mulk, Perdana Mentrri Sultan Saljuk Malik Syah. Nidzham adalah pengasas Madrasah Al-Nidzhamiyah .

Di Naisabur ini Imam Al-Ghazali sempat belajar tasawuf kepada Abu Ali Al Faldl Ibn Muhammad Ibn Ali Al Farmadi (w.477 H/1084 M).

Setelah gurunya wafat, Al-Ghazali meninggalkan Naisabur menuju negri Askar untuk berjumpa dengan Nidzham Al-Mulk.

Di daerah ini beliau mendapat kehormatan untuk berdebat dengan ' ulama .

Dari perdebatan yang dimenengkan ini, namanya semakin popular dan disegani kerana keluadan ilmunya .

Pada tahun 484 H/1091M, Imam Al-Ghazali diangkat menjadi guru besar di Madrasah Nidzhamiyah. Ini dijelaskan dalam bukunya Al-Mungkiz Min Dahalal.

Selama mengajar di madrasah dengan tekunnya Imam Al-Ghazali mendalami falsafah secara otodidak, terutama pemikiran Al-Farabi, Ibnu Sina, Ibn Miskawih dan Ikhwan Al Safa .

Penguasaanya terhadap falsafah terbukti dalam karyanya seperti Al Maqasid Falsafah Tuhaful Al-Falasiyah.

Pada tahun 488 H/1095 M, Imam al Ghazali dilanda keraguan (ragu-ragu) terhadap ilmu-ilmu yang dipelajarinya (hukum teologi dan falsafah ).

Keraguan pekerjaanya dan karya-karya yang dihasilkannya sehingga beliau menderita penyakit selama dua bulan dan sukar dirawat.

Kerana itu, Imam Al-Ghazali tidak dapat menjalankan tugasnya sebagai guru besar di Madrasah Nidzhamiyah yang akhirnya beliau meninggalkan Baghdad menuju bandar Damsyik. Selama kira-kira dua tahun Imam Al-Ghazali di bandar Damsyik beliau melakukan uzlah, riyadah dan mujahadah .

Kemudian beliau pindah ke Bait Al Maqdis Palestin untuk melakukan ibadah sama.

Setelah itu tergerak hatinya untuk menunaikan ibadah haji dan menziarohi makam Rasulullah Saw .

Sebaik sahaja pulang dari tanah suci, Imam Al-Ghazali melawat bandar kelahirannya di Thus. Disinilah beliau tetap berkhalwat dalam keadaan ragu-ragu sampai berlangsung selama 10 tahun .

Pada tempoh itulah beliau menulis karyanya yang terkenal "ihya' 'ulumuddin al-din "the revival of the religious" (menghidupkan kembali ilmu agama).

Kerana disebabkan desakan pada Madrasah Nidzhamiyah di Naisabur tetapi berselang selam dua tahun .

Kemudian beliau madrasah bagi para fuqoha dan jawiyah atau khanaqoh untuk para mustafifah . Di bandar inilah (Thus) beliau wafat pada tahun 505 H/1 Desember 1111 M.

Kubur Imam al-Ghazali yang sebenar
telah dijumpai oleh para arkeologi Khurasan pada
tahun 1995 di Tus.
Abul Fajar Al-Jauzi dalam kitabnya Al-Asabat 'inda amanat mengatakan, Ahmad saudaranya Imam Al-Ghazali berkata pada waktu subuh, Abu Hamid berwudhu dan melakukan solat, kemudian beliau berkata : Ambillah kain kafan untukku kemudian ia mengambil dan menciumnya lalu meletakkan di atas kedua matanya, beliau berkata "Aku mendengar dan taat untuk menemui Al-Malik kemudian menjulurkan kakinya dan menghadap kiblat.

Imam al Ghazali yang bergelar Hujjatul Islam itu meninggal dunia menjelang matahari terbit di kota kelahirannya (Thus) pada hari Isnin 14 Jamadil Akir 505 H (1111 M).

Imam al Ghazali dikebumikan di Zhahir al Tabiran, ibu kota Thus.

Guru dan Panutan Imam Al-Ghazali

Imam al Ghazali dalam perjalanan menuntut ilmunya mempunyai banyak guru. Diantaranya guru-guru imam AlGhazali sebagai berikut :
  1. Abu Sahl Muhammad Ibn Abdullah Al Hafsi. Beliau mengajar Imam Al-Ghozali dengan kitab shohih Bukhori.
  2. Abul Fath Al Hakimi At Thusi. Beliau mengajar Imam Al-Ghozali dengan Kitab Sunan Abi Daud.
  3. Abdullah Muhammad Bin Ahmad Al Khawari. Beliau mengajar Imam Ghazali dengan Kitab Maulid An-Nabi .
  4. Abu Al Fatyan ' Umar Al Ru'asi. Beliau mengajar Imam Al-Ghazali dengan kitab Shohih Bukhori dan Sahih Muslim.
Dengan demikian guru-guru imam Al-Ghazali tidak hanya mengajar dalam bidang tasawuf saja akan tetapi beliau juga mempunyai guru-guru dalam bidang lain bahkan kebanyakan guru-guru beliau dalam bidang hadis.

Murid-Murid Imam Al Ghazali

Imam Al Ghazali mempunyai banyak murid karena beliau mengajar di madrasah Nidzhamiyah di Naisabur , diantara murid-murid beliau adalah :
  1. Abu Thahir Ibrahim Ibn Muthahir Al - Syebbak Al Jurjani ( w.513 H ).
  2. Abu Fath Ahmad Bin Ali Bin Muhammad Bin Burhan ( 474-518 H ) , semula beliau bermadzhab Hambali , kemudian setelah beliau belajar kepada imam Ghazali , beliau bermadzhab Syafi'i . Diantara karya - karya beliau al ausath , al wajiz , dan al wushul .
  3. Abu Talib , Abdul Karim Bin Ali Bin Abi Tholib Al Razi ( w.522 H ) , beliau mampu menghafal kitab ihya ' ' ulumuddin karya imam Ghazali . Disamping itu beliau juga mempelajari fiqh kepada imam Al Ghazali .
  4. Abu Hasan Al Jamal Al Islam , Ali Bin Musalem Bin Muhammad Assalami ( w.541 H ) . Karyanya ahkam al khanatsi .
  5. Abu Mansur Said Bin Muhammad Umar ( 462-539 H ) , beliau belajar fiqh pada imam Al Ghazali sehingga menjadi ' ulama besar di Baghdad .
  6. Abu Al Hasan Sa'ad Al Khaer Bin Muhammad Bin Sahl Al Anshari Al Maghribi Al Andalusi ( w.541 H ) . beliau belajar fiqh pada imam Ghazali di Baghdad .
  7. Abu Said Muhammad Bin Yahya Bin Mansur Al Naisabur ( 476-584 H ) , beliau belajar fiqh pada imam Al Ghazali , diantara karya - karya beliau adalah al mukhit fi sarh al wasith fi masail , al khilaf .
  8. Abu Abdullah Al Husain Bin Hasr Bin Muhammad ( 466-552 H ) , beliau belajar fiqh pada imam Al Ghazali . Dihantar karya - karya beliau adalah minhaj al tauhid dan tahrim al ghibah . [ 15 ]
Dengan demikian Imam Al-Ghazali mempunyai banyak murid. Diantara murid-murid beliau kebanyakan belajar fiqh. Bahkan diantara murid-murid beliau menjadi ulama besar dan pandai mengarang kitab .

Karya - Karya Imam Al-Ghazali

Imam Al-Ghazali termasuk penulis yang tidak terbandingkan lagi , kalau karyaImam Al-Ghazali diperkirakan mencapai 300 kitab di antaranya adalah :
  1. Maqhasid al falasifah ( tujuan para filasuf ) , sebagai karangan yang pertama dan mengandungi masalah - masalah filsafah .
  2. Tahaful al falasifah ( kekacauan fikiran para filusifi ) buku ini dikarang sewaktu berada di Baghdad di kala jiwanya di landa keraguan . Dalam buku ini Al Ghazali mengancam falsafah dan para filasuf dengan keras .
  3. Miyar al ' ilmi / miyar almi ( kriteria ilmu - ilmu ) .
  4. Ihya ' ulumuddin ( menghidupkan kembali ilmu - ilmu agama ) . Kitab ini merupakan karyanya yang terbesar selama beberapa tahun , dalam keadaan berpindah - pindah antara Damakus , Jerusalem , Hijaz , Dan Thus yang mengandungi panduan fiqh , tasawuf dan falsafah .
  5. Al Munqiz min al dhalal ( penyelamat dari kesesatan ) kitab ini merupakan sejarah perkembangan alam pikiran Al Ghazali sendiri dan mencerminkan sikapnya terhadap beberapa macam ilmu serta jalan mencapai tuhan .
  6. Al - ma'arif al - aqliyah ( pengetahuan yang nasional )
  7. Miskyat al anwar ( lampu yang bersinar ) , kitab ini berisi pembahasan tentang akhlak dan tasawuf .
  8. Minhaj al abidin ( jalan mengabdikan diri terhadap tuhan ) .
  9. Al iqtishad fi al i'tiqod ( moderisasi dalam aqidah ) .
  10. Ayyuha al walad .
  11. Al musytasyfa
  12. Ilham al - awwam an ' ilmal kalam .
  13. Mizan al amal .
  14. Akhlak al abros wa annajah min al asyhar (akhlak orang - orang baik dan kesalamatan dari kejahatan) 
  15. Assrar ilmu addin ( rahsia ilmu agama ) .
  16. Al washit ( yang pertengahan ) .
  17. Al wajiz ( yang ringkas ) .
  18. Az - zariyah ilaa ' makarim asy syahi'ah ( jalan menuju syariat yang mulia )
  19. Al hibr al masbuq fi nashihoh al mutuk (barang logam mulia huraian tentang nasehat kepada para raja).
  20. Al mankhul minta'liqoh al ushul ( pilihan yang tersaing dari noda - noda usul fiqh ) .
  21. Syifa al qolil fibayan alsyaban wa al mukhil wa masalik at ta'wil ( ubat orang dengki penjelasan tentang hal - hal samar serta cara - cara penglihatan ) .
  22. Tarbiyatul aulad fi islam ( pendidikan anak di dalam islam )
  23. Tahzib al ushul ( elaborasi terhadap ilmu ushul fiqiha ) .
  24. Al ikhtishos fi al ' itishod ( kesederhanaan dalam beri'tiqod ) .
  25. Yaaqut at ta'wil ( permata ta'wil dalam menafsirkan al qur'an ) .
Kesetiaan Imam Al Gazhali Kepada Gurunya

Walupun kemashuran telah diraih Imam Al-Ghazali beliau tetap setia terhadap gurunya dan tidak meninggalkannya sampai dengan wafatnya pada tahun 478 H.

Sebelum Al-Juwami wafat, beliau memperkenalkan Imam Al-Ghazali kepada Nidham Al Mulk, perdana mentri sulatan Saljuk Malik Syah, Nidham adalah pengasas madrasah al - Nidzamiyah.

Di Nashabur ini imam al Ghazali sempat belajar tasawuf kepada Abu Ali Al Fadl Ibn Muhammad Ibn Ali Al Farmadi ( w. 477 H/1084 M ) .

Setelah gurunya wafat , Al Ghazali meninggalkan Naisabur menuju negri Askar untuk berjumpa dengan Nidzham Al Mulk .

Di daerah ini beliau mendapat kehormatan untuk berdebat dengan para ' ulama .

Dari perdebatan yang dimenangi ini , namanya semakin popular dan desegani kerana keluasan ilmunya . Pada tahun 484 H/1091 M , imam al - Ghazali diangkat menjadi guru besar di madrasah Nidhzamiyah , ini dijelaskan dalam bukunya al mungkiz min al dahalal .

Selama mengajar di madrasah dengan tekunnya imam al Ghazali mendalami falsafah secara otodidak , terutama pemikiran al Farabi , Ibn Sina Ibn Miskawih dan Ikhwan Al Shafa.penguasaanya terhadap falsafah terbukti dalam karyanya seperti Falsafah Tuhfatul Al Falasifah .

Pada tahun 488 H / 1095 M , imam al Ghazali dilanda keraguan ( ekeptis ) trhadap ilmu - ilmu yang dipelajari ( hukum teologi dan falsafah ) .

Keraguan pekerjaannya dan karya - karya yang dihasilkannya , sehungga beliau menderita penyakit selama dua bulan.Wafatnya Imam al - Ghazali

Kubur Imam al - Ghazali yang sebenar telah dijumpai oleh para arkeologi Khurasan pada tahun 1995 di Tush.

Adik Imam al - Ghazali , Ahmad menceritakan saat menjelang ajal abangnya : " Pada waktu subuh hari Isnin, abangku Abu Hamid mengambil wuduk lalu bersolat .

Kemudian beliau berkata : " Bawakan kain kapanku, " lalu diambil dan dicium serta diletakkan di mata sambil berkata lagi : " Aku patuh dan taat untuk masuk kepada malaikat. "Kemudian al - Ghazali mengunjurkan kakinya dan menghadap ke kiblat dan wafat sebelum matahari terbit . "

Imam al - Ghazali wafat pada pagi Isnin, 14 Jamadilakhir 505H/19 Disember 1111M di Tus dengan kitab hadis atas dadanya.

Jenazah beliau dikebumikan di makam al - Tabaran, bersebelahan dengan makam penyair besar yang terkenal , Firdausi .

Diceritakan bahawa Syeikh Abul Hasan al - Syadzili bermimpi bahawa dia melihat Nabi saw menunjukkan Imam Al-Ghazali kepada Nabi Musa dan Isa, sambil bertanya kepada kedua mereka, "Adakah terdapat orang alim yang bijaksana dalam umat anda berdua ? "

Jawab keduanya tidak ada.

Sumber

Related

Sejarah Islam 6283190719206321778

Peringatan/Makluman!

Semua informasi di dalam blog ini sekadar pengetahuan bersama untuk difikirkan. Rujuklah Al-Quran & Hadis dan yang sebaiknya dengan bimbingan guru yang mursyid.

Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam." - (Ibnu Majah dan Lain-lainnya).

Ahlus Sunnah Wal- Jamaa'ah


Ikuti kami dan 'Get Notification'


Sila LIKE dan tanda 'Get Notification' fanpage ini.

Jumlah Kunjungan

Artikel Terkini

Popular

Terbaru

Arkib

Langganan Kemaskini Terkini!

Nama Penuh

Alamat Email

Bersama Kami

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)." - Surah Ali `Imran: 110




item