Syarat Ketiga: PERCAYA

Antara pengertian kalimah percaya (الصدق) ialah: "Apa yang terbisik (tersemat) di hati, ianya berketepatan (tidak berbeza) dengan apa ...

A+ A-
Sokongan anda sangat diperlukan. Sila 'like' dan 'share' kami.
Antara pengertian kalimah percaya (الصدق) ialah: "Apa yang terbisik (tersemat) di hati, ianya berketepatan (tidak berbeza) dengan apa yang dinyatakan (dilahirkan)" 

Menurut ahli ilmu, kalimah iman bersinonim dengan percaya atau bertimbal-balik sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam Ibn Hajar Al-Asqalani apabila mensyarahkan kalimah iman:

اَنَّ الْمُرَادَ بِاْلاِيْمَانِ هُنَا التَّصْدِيْقُ.

"Sesungguhnya yang dimaksudkan dengan iman di sini ialah percaya" 

Apabila seseorang mengucapkan kalimah tauhid dengan berilmu dan dengan penuh keyakinan, kemudian apa yang diucapkan dilaksanakan sebagaimana yang difahami dan tersemat di hatinya, maka itulah yang dinamakan "Percaya"  atau .(التصديق)  

Setelah seseorang itu memahami kalimah tauhid melalu ilmu, maka ada dua syarat untuk membuktikan bahawa ia benar-benar telah menerima atau "Percaya" kepada kalimah ini, iaitu:

Pertama:  

Apabila seseorang yang telah percaya dan mengucapkan kalimah tauhid (dua kalimah syahadah) ini melaksanakan tuntutannya.  

Setelah itu barulah dapat diterima apa yang diucap atau dilaksanakan.  Firman Allah:

يَاَيُّهَا الَّذِيْنَ ءَامَنُوْا لِمَ تَقُوْلُوْنَ مَالاَ تَفْعَلُوْنَ كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللهِ اَنْ تَقُوْلُوْا مَالاَ تَفْعَلُوْنَ.

"Hai orang-orang yang beriman!  Mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?  Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan". Ash-Shaff, 61:2-3.

Kedua: 

Melaksanakannya dengan penuh keikhlasan, setelah itu tidak melaksanakan tuntutannya kecuali apa yang diketahui dan dipercayai benar dan yang hak.  

Tidak juga menambah dengan menerima pentakwilan (pendapat) orang-orang yang disesatkan oleh fikiran atau hawa nafsunya seperti menerima pentakwilan Ahli Kalam atau Ahli Sufi.

Related

Syarat Ketiga: PERCAYA 2024489180314428041

Peringatan/Makluman!

Semua informasi di dalam blog ini sekadar pengetahuan bersama untuk difikirkan. Rujuklah Al-Quran & Hadis dan yang sebaiknya dengan bimbingan guru yang mursyid.

Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam." - (Ibnu Majah dan Lain-lainnya).

Ahlus Sunnah Wal- Jamaa'ah


Ikuti kami dan 'Get Notification'


Sila LIKE dan tanda 'Get Notification' fanpage ini.

Jumlah Kunjungan

Artikel Terkini

Popular

Terbaru

Arkib

Langganan Kemaskini Terkini!

Nama Penuh

Alamat Email

Bersama Kami

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)." - Surah Ali `Imran: 110




item