Kenapa Yahudi Kuat

Oleh Fuqaha     Pernahkah kita terfikir mengapa bangsa Yahudi menjadi bangsa yang begitu kuat pada hari ini?  Walhal mereka adalah...

A+ A-
Sokongan anda sangat diperlukan. Sila 'like' dan 'share' kami.
Oleh Fuqaha  

 

Pernahkah kita terfikir mengapa bangsa Yahudi menjadi bangsa yang begitu kuat pada hari ini? 

Walhal mereka adalah bangsa yang dikutuk dan dihina bukan sekadar dalam al-Quran, malah turut tersebut dalam kitab-kitab lain sehingga dianggap sebagai bangsa perosak. 

Dalam sejarah dunia, Yahudi pernah dianggap parasit sehingga Jerman di bawah Nazi pimpinan Adolf Hitler tidak teragak-agak melakukan penyembelihan enam juta umat Yahudi ketika Perang Dunia Kedua melalui peristiwa Holocoust.

Sekalipun ada pihak yang mendakwa peristiwa ini dakyah Yahudi tetapi perlu diingat bahawa tidak pernah dalam sejarah moden sesebuah bangsa dihina sebegitu hebat.  

Dianggarkan terdapat 14 juta Yahudi di seluruh dunia pada hari ini.

Tujuh juta berada di Amerika Syarikat, lima juta di Asia dan dua juta di Eropah manakala 100 000 lagi di Afrika.

Umat Islam pula dianggarkan 1.4 bilion yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum di atas muka bumi ini.

Ini bermakna bagi setiap Yahudi terdapat 100 umat Islam tetapi mengapa Yahudi hari ini beratus kali ganda kuat berbanding semua kekuatan umat Islam yang ada di dunia?
  • Albert Enstine, saintis berketurunan Yahudi dinobatkan sebagai Person of The Century oleh Time.
  • Sigmund Frud yang menemui teori Psikoanalisis juga seorang Yahudi.
Karl Marx, Paul Samuelson, Milton Friedman dan beribu lagi sarjana tersohor serta manusia popular di dunia adalah berbangsa Yahudi.  

Selain itu beratus lagi sarjana dan cendekiawana Yahudi telah memberi sumbangan dalam peradaban dunia.
  • Benjamin Rubin mencipta jarum vaksin moden (picagari), 
  • Albert Sabin membangunkan vaksin polio yang pertama, 
  • Gertude Elion menemui dadah melawan leukemia, 
  • Baruch Blumberg membangunkan vaksin untuk Hapititis B, 
  • Paul Ehrlich menemui rawatan penyakit siflis, 
  • Elie Metcnikoff memenangi hadiah Nobel melalui kajiannya mengenai penyakit berjangkit.
  • Benard Katz memenangi hadiah Nobel melalui kajian transmisi meuromuskular, 
  • Andrew Schally memenangi hadiah Nobel melalui indocrinology (kegagalan sistem indokrin yang menyebabkan diabetis dan hyperthyroidism)
  • Aaron Beck menemui terapi kognitif (terapi merawat pesakit mental), 
  • Gregory Pincus membangunkan pil kontraseptif pertama, 
  • George Wald memenangi hadiah Nobel hasil penemuan lanjut mengenai mata manusia. 
  • Stanley Cohen memenangi hadiah Nobel hasil kajiannya mengenai embriologi (kajian janin manusia) 
  • Willem Kolf mencipta mesin dialisis buah pinggang.  
Untuk tempoh 150 tahun lalu, 14 juta Yahudi telah memenangi sedozen hadiah Nobel tetapi umat Islam yang hanya berjumlah 1.4 bilion hanya 3 hadiah Nobel.

Mengapa Yahudi begitu berkuasa?  
  • Stanley Mezor mencipta cip pemprosesan data yang pertama, 
  • Leo Szilard membangunkan rektor nuklear yang pertama, 
  • Peter Schultz mencipta kabel fiber optik, 
  • Charles Adler mencipta lampu isyarat, 
  • Benno Strauss menemui besi keluli, 
  • Isador Kissee menghasilkan filem bersuara, 
  • Emile Berliner mencipta telefon moden
  • Charles Ginsburg mencipta perakam video. 
Ahli perniagaan tersohor dunia berketurunan Yahudi adalah seperti
  • Ralph Lauren dengan jenama Polo, 
  • Levis Strauss, 
  • Howard Schultz (Starbuck), 
  • Sergey Brin (Goggle), 
  • Michael Dell (Dell Computers),
  • Larry Ellison (Oracle), 
  • Dona Karan (DKNY), 
  • Irv Robbins (Baskin & Robbins) 
  • Bill Rosenberg (Dunkin Donuts)
  • Presiden Universiti Yale, 
  • Richard Levin Yahudi
  • Henry Kessinger (Setiausaha Negara Amerika Syarikat), 
  • Alan Greenspan (Penasihat Presiden Amerika Syarikat), 
  • Joseph Lieberman dan Madeline Albright (Setiausaha Negara Amerika Syarikat), 
  • Casper Weinberger (Mantan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat), 
  • Maxim Litvinov (Mantan Menteri Luar Kesatuan Soviet/USSR) , 
  • Isac Issacs (Gabenor Janeral Australia), 
  • Benjamin Disraeli (Penulis British Tersohor), 
  • Yevgeny Primakov (Mantan Perdana Menteri Rusia), 
  • Bary Goldwater 
  • serta kumpulan penyelidikkan saintis di seluruh dunia majoritinya adalah diketuai Yahudi.  
  • Walter Annenberg juga seorang Yahudi yang membina ratusan perpustakaan sehingga mencecah nilai RM 7.2 bilion. 
  • Dalam sukan Olimpik, Mark Spitz mencipta sejarah memenangi tujuh pingat emas acara renang dalam satu pertandingan, 
  • Lenny Krayzelburg memenangi tiga pingat emas. 
  • Spitz Krayzelburg dan Boris Becker kesemuanya adalah Yahudi asli.  
Tidak cukup dengan itu tahukah anda juga bahawa
  • Harrison Ford, 
  • George Burns, 
  • Tony Curtis, 
  • Charles Bronson, 
  • Sandra Bullock, 
  • Billy Crystal, 
  • Woody Allen, 
  • Paul Newman, 
  • Peter Sellers, 
  • Dustin Hoffman, 
  • Michael Douglas, 
  • Ben Kingsley, 
  • Kirk Douglas, 
  • Goldie Hawn, 
  • Cary Grant, 
  • William Shatner, 
  • Jerry Lewis dan 
  • Peter Falk 
kesemuanya juga adalah artis dan bintang popular Hollywood berketurunan Yahudi. Malah dunia perfileman dan industri Hollywood itu sendiri dibuka oleh Yahudi.  
Tambahan lagi
  • Steven Spielberg, 
  • Mel Brooks, 
  • Oliver Stone, 
  • Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), 
  • Neil Simon (The Old Couple), 
  • Andrew Vaina (Rambo) 
  • Michael Man (Starsky and Hutch), 
  • Milos Forman (One flew over the Cuckoo's Nest), 
  • Douglas Fairbanks dan 
  • Ivan Reitman (Ghostbusters) 
adalah semuanya Yahudi.  
Malah yang menguasai dan menjadi pelobi utama Kongres Amerika Syarikat adalah Suruhanjaya Hal Ehwal Amerika Israel (AIRPAC).

Jika Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert menemui teori bumi ini rata, AIPAC sudah pasti akan menghantar resolusi menekan Dewan Kongres Amerika Syarikat untuk menghantar ucapan tahniah kepada Israel atas penemuan tersebut.  

William James antara manusia terbijak di dunia dengan IQ antara 250 hingga 300 juga berketurunan Yahudi.

Persoalannya mengapa mereka begitu hebat? Kerana Yahudi menikmati pendidikan terbaik.

Mengapa pula umat Islam terus mundur? Kerana kita umat Islam kurang mementingkan ilmu dalam pembinaan peradaban dan kemajuan yang kita kecapi pada hari ini.  

Daripada 1, 476 233 470 umat Islam di dunia pada hari ini iaitu satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta lagi di Amerika, semuanya Islam dan dari setiap satu penganut Hindu dan Buddha ada dua umat Islam serta bagi setiap satu Yahudi ada 100 umat Islam.

Namun mengapa umat Islam lemah? Benar sabda Rasulullah bahawa umat Islam akhir zaman ibarat buih di lautan sekalipun banyak tetapi hanya mengikut arus ke mana ia pergi.  

Terdapat 57 negara OIC dan dijumlahkan kesemuanya terdapat lebih kurang 500 universiti yang dimiliki umat Islam bersamaan tiga universiti untuk setiap tiga juta penduduk.

Di Amerika Syarikat terdapat 5758 universiti dan India 8407 universiti.

Namun pada tahun 2006 kajian oleh Universiti Jiao Tong yang membuat perangkaan akademik bagi seluruh universiti di dunia.

Tidak ada satu pun universiti umat Islam berada di tangga 500 teratas dan terbaik dunia.  

Data yang dikumpulkan oleh Program Pembangunan PBB (UNDP) pula menunjukkan kadar celik huruf di negara yang majoritinya penduduk beragama Kristian berada pada paras 90 peratus dengan 15 daripadanya memiliki kadar 100 peratus.

Bagi negara yang majoritinya umat Islam pula adalah sekitar 40 peratus dan tiada negara Islam yang mencatatkan kadar celik huruf sepenuhnya sedangkan wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah di Jabal Nur, Gua Hira adalah Iqraa (bacalah!).  

Sebanyak 98 peratus penganut Kristian yang celik huruf menamatkan sekolah menengah, Cuma 50 peratus umat Islam yang berbuat sedemikian.

Sekitar 40 peratus umat Kristian yang celik huruf ini pula melanjutkan pengajian sehingga ke universiti tetapi tidak lebih dua peratus umat Islam yang berbuat sedemikian.  

Negara Islam mempunyai 230 saintis bagi setiap juta umat Islam. Amerika Syarikat pula memiliki 4000 saintis bagi sejuta penduduk sementara Jepun memiliki 5000 saintis bagi setiap juta rakyatnya.

Di seluruh Arab dianggarkan terdapat 35 000 penyelidik sepenuh masa dan 50 juruteknik bagi setiap juta penduduknya tetapi penganut Kristian memiliki 1000 juruteknik bagi sejuta penduduknya.  

Bagi setiap negara Islam kita hanya membelanjakan sekitar 0.2 peratus KDNK bagi tujuan Penyelidikkan dan Pembangunan (R& D) dan ini memberikan isyarat yang jelas betapa pembudayaan ilmu yang lemah dalam dunia Islam menyebabkan kita tidak memiliki keupayaan untuk menjadi pendominasi lapangan ilmu pengetahuan.  

Akhbar dan buku boleh dijadikan pengukur dalam menentukan sama ada ilmu pengetahuan dihayati masyarakat dengan berkesan atau tidak.

Di Pakistan terdapat 23 syarikat akhbar bagi 1000 rakyatnya sedangkan di Singapura terdapat 360 syarikat akhbar bagi 1000 penduduknya.

Jika di United Kingdom (Britain) terdapat 2000 judul buku bagi setiap juta penduduknya dengan 20 judul bagi setiap angka yang sama di Mesir pula tidak ada.

Kesimpulannya dunia Islam gagal menguasai ilmu pengetahuan dengan baik.  

Hasil eksport produk berteknologi tinggi (termasuk bioteknologi) digunakan pula sebagai pengukur sama ada ilmu pengetahuan berjaya diaplikasikan dalam dunia Islam atau tidak.

Pakistan mengeksport produk teknologi tinggi sekitar satu peratus. Manakala Arab Saudi, Kuwait, Maghribi dan Algeria pula mengeksport sekitar 0.3 peratus.

Singapura pula mengeksport 58 peratus produk berteknologi tingginya ke seluruh dunia.

Kesimpulannya kita masih lemah dan kurang berjaya dalam mengaplikasaikan penguasaan ilmu bagi peningkatan kualiti hidup kita.  

Mengapa kita tidak berkuasa? Kerana kita gagal menguasai ilmu pengetahuan dengan baik.

Mengapa tidak berkuasa? Kerana kita gagal meningkatkan kesedaran dan penghayatan kita terhadap ilmu, hikmah dan pedoman dalam kehidupan seharian kita.

Mengapa kita lemah bagaikan buih dilautan seperti sabda Rasulullah? Kerana kurangnya keupayaan dan kesungguhan mengaplikasikan ilmu pengetahuan dalam kehidupan seharian sedangka kita sedar betapa masa depan dunia dan peradaban baru yang hendak kita bina adalah dengan ilmu pengetahuan yang kita sia-siakan selama ini.  

Sesuatu yang menarik tentang KDNK 57 negara OIC hanyalah berjumlah RM 7.2 trilion tetapi Amerika Syarikat secara peribadi memiliki penghasilan produk perkhidmatan bernilai RM 432 trilion, China RM 28.8 trilion, Jepun RM 14 trilion tetapi negara-negara seperti Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait dan Qatar secara puratanya menghasilkan produk dan perkhidmatan bernilai RM 1.8 trilion sementara Spanyol menghasilkan produk bernilai RM 3.6 trilion, Poland RM 1.7 trilion dan Thailand RM 9.1 trilion.

Jadi, mengapakah umat Islam yang terbina dan bermula dengan wahyu Iqraa masih tidak berkuasa?

Jawapannya kerana kita tidak mengendahkan dan menghayati kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan seharian kita berbanding bangsa-bangsa lain teramsuklah musuh kita Yahudi.  

Membongkar Talmud : Mitos Yahudi Dan Pengaruh Israiiliyat  

Sekarang kita singkap pula kisah pendustaan dam pembohongan bangsa Yahudi yang kita lihat kuat ini mengenai kitab suci mereka.

Menurut kepercayaan Yahudi, sepanjang 40 hari penerimaan wahyu di Gunug Sinai, Tuhan telah mengurniakan Nabi Musa The Ten Commandment (Batu Bersurat) yang tertulis atasnya pokok ajaran agama, perintah bertulis (written law) atau Taurat yang lebih dikenali sebagai Bokk of Moses di samping perintah lisan (Oral Law).  

Terdapat juga riwayat Yahudi lain mengatakan perintah bertulis Taurat diterima dalam bentuk wahyu bukannya tekstual dan kemudian ditulis sepenuhnya oleh Nabi Musa (sebelum kewafatannya) di tebing sungai Jordan bukannya di Sinai.  

Perintah lisan ini menjadi panduan untuk mempraktikkan The Ten Commandment (Taurat) yang diajar oleh Nabi Musa melalui kaedah praktikal (kata-kata isyarat dan perlakuan yang kita kenali sebagai sunnah).

Pada asalnya perintah lisan ini tidak pernah ditulis tetapi diwariskan melalui hafalan secara lisan oleh Rabbi (Pendita Yahudi) kepada waris mereka seterusnya dan perintah lisan ini menjadi panduan dalam mengamalkan agama Yahudi.  

Pada era pemerintahan Empayar Rom di bawah Maharaja Traianus Hadrianus (Hadrian) pada 135 SM, kaum Yahudi telah ditindas dan memberontak ke atas empayar tersebut.

Takkala inilah seorang Rabbi yang berpengaruh, Yehudah HaNasi bersama sekumpulan Rabbi yang lain (sekitar 1700-200 SM) memutuskan untuk membukukan (menulis) perintah lisan kerana bimbang tradisi ini akan luput dan tidak dapat dipertahankan dengan sempurna kepada generasi Yahudi mendatang akibat ramainya cerdik pandai Yahudi mati dan tekorban dalam penindasan oleh Empayar Rom ketika itu.  

Dalam usaha ini, Yehudah HaNasi telah mengunjungi ramai Rabbi lain bagi mencatat hafalan lisan ini dan berusaha memastikan aplikasi ajaran ini benar-benar berasal daripada praktik Nabi Musa dan kesemua catatan ini dikompilasi dan disemak berdasarkan persepsi Yehuda HaNasi semata-mata dengan dinamakan Misyna.  

Setelah beliau menyempurnakan Misyna. Para Rabbi lain merasakan kitab ini tidak memberikan penjelasan yang tulen dan asli tentang ajaran Nabi Musa kerana ditulis secara tergesa-gesa.

Para Rabbi kemudiannya bersepakat membahas, mengupas dan mentafsir (syarah) dengan lebih meluas lagi isi kandungan Misyna dan terhasilah Gemara.  

Teks-teks Misyna berupa kata-kata dan ucapan para Rabbi yang hidup antara 100-200 SM yang dikenali sebagai Tanaim (Sang Guru).

Manakala Gemara pula berupa penafsiran kepada ucapan Tanaim yang dikenali sebagai Amoraim (Si Penjelas).

Ringkasnya dokumentari perintah lisan dinamakan Misyna dan syarah kepadanya dikenali sebagai Gemara.

Kombinasi kedua kitab inilah yang dikenali sebagai Talmud yang jauh menyimpang dan dianggap lebih penting dalam sejarah kitab suci Yahudi berbanding ajaran Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa.  

Talmud secara ringkasnya adalah kitab yang meriwayatkan segalan perbincagan dan syarahan serta intepretasi para Rabbi mengenai undang-undang, etika, tradisi dan sejarah agama Yahudi (Kitab Syarah) kepada Taurat (Ten Commandment) menurut fatwa para Rabbi yang berautoritatif.  

Apa yang ingin ditekankan di sini adalah kitab syarah ini yang dianggap sesuci Taurat dan lebih tinggi maqamnya dari kitab Taurat tidak lebih karangan Rabbi Yehudah HaNasi dalam menentukan arah dan bentuk pentafsiran serta penjelasan agama Judaisme dalam Talmud.  

Hanya atas sebab beliau dianggap paling tinggi ilmunya ketika itu, pemimpin Yahudi yang disegani dan tersohor, mempunyai banyak harta sehingga mempengaruhi orang Yahudi dan para pegawai Rom untuk menurut kata-katanya di samping bersahabat dengan Maharaja Rom yang kuat menindas orang Yahudi sendiri khususnya Marcus Aurelius (Selepas Hadrian).  

Diskusi perintah lisan yang dikompliasikan oleh Rabbi Babilonia dinamakan Talmud Babilonia dan yang dijilidkan di Tibras dinamakan Talmud Juruselem.

Talmud Bibilonia lebih mutawatir kerana penjelasannya lebih meluas disebabkan para Rabbi memiliki banyak masa untuk menokok tambah dan mencipta kitab suci ini di samping ia disiapkan dalam keadaan aman kerana Babilonia (Iraq Purba) berada jauh di luar cengkaman Empayar Rom.  

Namun tiada siapa yang dapat menafikan bahawa Talmud sebahagian besarnya adalah lebih kepada pentafsiran Rabbi (manusia) yang kadang kala saling bercanggah antara satu sama lain akibat perbezaan pemahaman dan dibanjiri dengan cerita dongeng yang ditokok tambah terhadap firman Tuhan dalam Taurat.

Dalam pentafsiran mereka sudah pasti ia tidak lari daripada unsur sogokkan, rasuah, sokongan politik, kuasa, situasi, kepentingan tersendiri yang condong kepada aliran pemahaman manusia yang jauh menyimpang dan sesat dari ajaran Tuhan.  

Akhirnya, dalam sejarah Israel Moden, Talmud telah menjadi kitab paling suci dan penting untuk setiap penganut Yahudi mengamalkannya mengatasi Taurat yang datangnya dari Tuhan.

Samalah dengan keadaan kita meletakkan ketinggian kitab syarah ulama empat mazhab fiqah dan perbezaan fikrah tauhid seperti Syiah, Muktazillah, Imam Syafii, Hambali dan sebagainya mengatasi kitab suci al-Quran.  

Tanpa Talmud, Taurat mungkin sukar difahami dan akan dianggap sesat kerana tradisi pengajian Yahudi yang tidak membenarkan sebarang usaha pentafsiran baru ke atas Taurat dilakukan kontemporari ini.

Mengkaji Talmud lebih utama daripada mengkaji Taurat kerana Talmud ini yang menjadi tunjang pegangan rejim Zionis menghalalkan pembunuhan umat Palestin ketika ini.  

"Adalah lebih utama mempelajari ajaran Talmud berbanding Taurat" (Tafsir catatan Erubin 21b).  

"Sesiapa yang menyibukkan dirinya dengan Talmud memperolehi kemuliaan, tidak ada sumber lain yang lebih baik daripada ini" (Talmud, Shabbat 15c dan Baba Metzia 33a)  

Malah menolak Talmud dihukum sebagai murtad dan masuk neraka seluruh keturunannya berdasarkan tafsiran Rosh Hashanah 17a. Perintah Rabbi juga ditegaskan dalam Talmud harus mengatasi perintah Tuhan. Dalam Talmud Babilonian, Baba Mezia 59a-59b dinyatakan:  

"Tuhan telah tunduk kepada keputusan Rabbi walaupun pada mulanya tuhan tidak bersetuju dengannya."

Sesunguhnya perbuatan ahli kitab Yahudi ini secara sejarahnya adalah melampaui batas sebagaimana yang telah difirmankan oleh Allah dalam al- Quran:  

"Mereka menjadikan orang- orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan selain Allah" (at- Taubah: 31).  

Agama Yahudi yang menjadi praktik majoriti orang Yahudi pada hari ini bukanlah agama sebagaimana yang diwahyukan Allah melalui taurat kepada Nabi Musa tetapi lebih berlandaskan suatu sistem kepercayaan hasil inovasi manusia (Talmud) yang dicemari dengan korupsi (penyelewengan) dan tahyul. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 79:  

"Maka kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis al- Kitab dengan tangan mereka sendiri lalu dikatakannya: "

Ini dari Allah (dengan makusd) untuk memperolehi keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan yang besar bagi mereka akibat daripada apa yang mereka kerjakan"  

"Sesunguhnya diantara mereka ada segolongan yang memutarbelitkan lidahnya membaca al- Kitab supaya kamu menyangka apa yang dibacanya itu sebahagian al-Kitab padahal ia bukan dari al-Kitab dan mereka mengatakannya: "

Ia (yang dibaca itu datang) dari sisi Allah," padahal ia bukan dari sisi Allah. Mereka berkata dusta terhadap Allah sedangkan mereka mengetahuinya" (Ali Imraan: 78).  

Namun, menarik juga untuk kita ketahui bahawa dalam pengamalan agama Yahudi ini ada bangsa Yahudi yang menolak Talmud sebagai kitab suci mereka dan golongan yang menolak ini dikenali sebagai Samaritans (muncul sekitar 721 M) dan Karaites (muncul sekitar 1500 M).

Kedua-dua mazhab dalam agama Yahudi ini menganggap Talmud tidak mewakili teks asal wahyu Tuhan tetapi telah dicemari tangan-tangan para Rabbi yang menyeleweng dan banyak menyimpang daripada tunggak ajaran tauhid Nabi Musa yang sebenar semasa Taurat mula- mula diturunkan di Sinai.  

Ditegaskan dalam buku To Pray as a Jew: A guide to a prayer book and the synagogue service karya Donin Hayim, kaedah sembahyang orang Yahudi yang asal dan tulen mempunyai banyak persamaan dengan orang Islam seperti membersihkan diri (berwuduk), menunggu panggilan sembahyang (azan) serta sujud mencecah lantai.

Walaupun praktik sembahyang ini tidak diamalkan lagi oleh Yahudi Talmudian tetapi ia masih lagi diamalkan oleh Yahudi bermazhab Karaites dan Samaritans sehingga ke hari ini.  

Pada hari ini Talmud banyak mengandungi dan diresapi kisah dongeng, mistik, khurafat serta lagenda Persia, Babilonia, Greek dan India oleh para Rabbi yang menghasilkannya ketika itu kerana suasana persekitaran tempat tinggal para Rabbi yang menghasilkan kitab ini adalah berada dalam zaman kemuncak popularnya cerita dongeng dan mitos- mitos ini.  

Ini terjadi apabila para Rabbi ini lari meninggalkan tempat asal mereka dan lari ke serata dunia termasuk Semenanjung Arab (Hijaz) sewaktu kempen penindasan dan pembersihan etnik Yahudi giat dilangsungkan oleh Empayar Rom.

Kesudahannya sukar untuk dikenal pasti sama ada riwayat- riwayat ini benar- benar Talmud, Taurat ataupun kisah dongeng bangsa serta agama lain yang meresap masuk dalam agama Yahudi.  

Namun apa yang menyedihkan mengenai kesesatan orang Yahudi ini, para Rabbi mereka bangun mempertahankan petikan-petikan Talmud dengan mendakwa bahawa ia adalah asli dari Taurat dan telah disalahtafsirkan oleh ramai tanpa penjelasan yang sebenar.

Bagi Rabbi ini ajaran Talmud tersebut perlu difahami menurut perspektif sejarah dan situasinya ketika itu.

Jika benar begitu kenapa ia masih diajarkan pada zaman kini yang situasinya jauh berbeza? Bolehkah para rabbi memberi jaminan bahawa tidak ada langsung remaja Yahudi yang membesar dengan kebencian, kepercayaan songsang dan penyelewengan akibat pengaruh Talmud?  

Kini, tidak cukup setakat itu, pengaruh Yahudi bukan sekadar menyesatkan agama mereka tetapi juga mulai meresap ke dalam ajaran Islam melalui kisah Israiliyyat.

Israiliyyat menurut az-Zahabi bermaksud pengaruh kebudayaan Yahudi (dan Nasrani) terhadap pentafsiran al-Quran dan hadis.

Manakala menurut Abdullah Ali Jaafar pula Israiliyyat adalah informasi- informasi yang berasal dari ahli kitab yang menjelaskan nas-nas hadis dan al-Quran.  

Umumnya, ulama Islam mengkategorikan Israiliyyat kepada tiga bahagian (Ibnu Taimiyah, Muqadimmah fi Usul at-Tafsir) iaitu pertama, yang selaras dengan ajaran Islam.

Kedua, yang tidak selaras dengan ajaran Islam dan ketiga, yang tidak termasuk dalam kategori pertama dan kedua. Ini berdasarkan hadis:  

"Janganlah kamu membenarkan Ahli Kitab dan jangan pula kamu mendustakannya, tetapi katakanlah bahawa kami beriman kepada Allah dan apa- apa yang diturunkan kepada kami" (Sahih Bukhari).  

Walaupun begitu tokoh-tokoh Islam yang lain seperti Muhammad Abduh, Rasyid Redha, Mahmud Syaltut dan Abu Zahrah (hampir sebahagian besar ulama Salafi) amat memusuhi Israiliyyat kerana berpendapat Yahudi telah melakukan penyelewengan terhadap kitab suci mereka sebagaimana yang dijelaskan dalam al-Quran:  

"(Orang-orang Yahudi itu) amat suka mendengar (berita-berita) bohong dan amat suka mendengar perkataan- perkataan orang lain yang belum pernah datang kepadamu: mereka merubah perkataan (Taurat) dari tempat- tempatnya" (al- Maidah: 41)  

Mahmud Syaltut (dalam fatwa-fatwa) merasakan Israiliyyat telah menghalang umat Islam daripada mencari dan mempelajari petunjuk- petunjuk al-Quran dan Islam itu tidak perlu rujukan ajaran Yahudi dan Nasrani kerana ia telah lengkap seperti yang dijelaskan dalam al- Quran:  

"Pada hari ini orang-orang Kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepadaKu. Pada hari ini telah kusempurnakan agamamu dan telah Kucukupkan kepadamu nikmatKu dan telah Kuredhai Islam itu jadi agamamu" (al-Maidah: 3)  

Terdapat banyak sumber Islam yang mungkin memiliki perkaitan secara langsung dengan Talmud tanpa kita sedari namun terpulanglah kepada penilaian kita semua untuk menilai hal ini secara terbuka kerana ini bukan satu ketetapan yang dipersetujui oleh semua ulama sekadar tatapan kita sahaja.  

Pertama, kisah popular dan sering kita dengan dalam sirah hijrah Rasulullah bagaimana bagindan dan Saidina Abu Bakar yang bersembunyi di Gua Thur dari kaum Quraisy.

Bila kaum Quraisy hampir di gua mereka melihat gua itu dilitupi sarang labah-labah yang tidak terusik dan beranggapan tiada orang yang masuk ke gua tersebut.  

Kisah yanag sama dapat di lihat dalam komentar Kitab Suci Yahudi (Midrash Alpha Beta Acheres d'Ben Sira, 9) dan dalam Lagenda Yahudi karya Louis Ginzberg. Kisah ini lanjutan Nabi Daud (David) dan Thalut (King Saul).

Thalut pada suatu hari telah menghantar tenteranya bagi memburu Nabi Daud, baginda berlari bersembunyi dalam gua dan ketika para tentera menghampirinya, seekor labah-labah besar telah membuat sarang di pintu masuk gua dan oleh kerana melihat sarang itu tidak terusik mereka menyimpulkan tiada orang di dalamnya dan berlalu pergi.  

Kedua, mengenai hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hirairah yang bermaksud: "Malaikatulmaut datang menemui Musa dan dia berkata kepadanya: Sahutlah seruan Tuhanmu. Katanya: maka Musa menumbuk mata (ain) malaikat maut sehingga terkeluar biji matanya. Malaikat maut kembali kepada Tuhan dan berkata: Sesunguhnya Engkau (Tuhan) mengutuskan aku kepada hambaMu yang tidak mahu mati maka dia telah menumbuk mataku sehingga terkeluar. Allah telah memulihkan mata malaikat tadi seraya befirman " Pergilah kembali kepada hambaKu dan katakan kepadanya, kalau engkau mahu terus hidup, cekupkanlah tanganmu di belakang badan lembu sebanyak mana bulu yang engkau genggam dengan tanganmu maka sebanyak itulah bilangan tahun umurmu dilanjutkan"

(Hadis ini ditolak oleh Muhammad al- Ghazali, Muhammad Abduh dan yang sealiran walaupun sebahagian ulama lain menerimanya) .  

Kisah dari hadis ini ada persamaan dengan The Legend of The Jews Volume III – Bible and The Characters From the Exodus To the Death of Moses (Louis Ginzberg) dan The Confounding of the Angel of Death Orpheus, Myth of the World (Padraic Colum).

Kisah yang mirip diceritakan dengan lebih panjang dan terperinci. Setelah Tuhan memerintahkan malaikat maut untuk mencabut nyawa Nabi Musa, Malaikat Gabriel (Jibril) dan Michael (Mikhail) tidak mampu menjalankan tugas tersebut yang juga disambut oleh Samael (Izrael) tapi gagal.

Tuhan murka dan memerintahkan mereka turun kali kedua. Selanjutnya terjadilah bagaimana Nabi Musa membutakan mata Samael dengan cahaya dari muka baginda dan sewaktu Musa bersedia membunuhnya maka terdengarlah suara Tuhan befirman melarang baginda berbuat sedemikian.

Motifnya adalah strategi dan propaganda Yahudi melalui Talmud yang mahu meninggikan darjat Nabi Musa sehingga ke tahap yang mustahil untuk malaikat maut tidak mampu mencabut nyawanya bagi melegemitasikan ketinggian kedudukan bangsa Yahudi paling mulia di dunia kerana menjadi pengikut dan mewarisi ajaran Nabi Musa kononnya.  

Jelasnya! Kita diwajibkan beriman dengan setiap kitab yang diwahyukan Allah sebagaimana yang dinyatakan dalam al-Quran: "Aku beriman dengan semua kitab yang diturunkan Allah" (as- Syura: 15)  

Informasi dan riwayat Israiliyyat harus diterima sebagaimana ia merupakan intipati ajaran dari kitab Allah yang terdahulu sebelum al-Quran.

Akan tetapi keharusan dan keperluan ini menjadi terbatal bila mana datang penjelasan lain dari al-Quran mengenai perlakuan Ahli Kitab yang telah merubah dan menyelewengkan ayat Allah sebagaimana yang terjadi dalam penjilidan Talmud oleh Rabbi Yahudi.  

Takkala seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah: "Ahli Kitab membacakan kitab Taurat dengan bahasa Ibrani dan mentafsirkannya dalam bahasa Arab untuk orang Arab".

Mendengar hal itu Rasulullah mengingatkan, " Janganlah kamu membenarkan Ahli Kitab dan janganlah pula kamu mendustakannya tetapi katakanlah kami beriman kepada Allah dan apa-apa yang telah diturunkan Allah kepada kami" (Sahih Bukhari).  

Sikap kita pula apabila berhadapan dengan dua situasi ini adalah dengan mengimani setiap kitab Allah dan pada masa yang sama berwaspada dengan Israiliyyat.

Allah telah menjelaskan hal ini dalam al-Quran:  

"Dan Kami turunkan kepadamu al- Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, iaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab- kitab yang lain itu: maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu" (al-Maidah: 48)  

Menerima dan mengabsahkan maklumat Ahli Kitab mengenai kitab terdahulu perlu mendapat penelitian dan pengesahan dari al-Quran dan sunnah Rasulullah yang sahih dan muktabar.

Mungkin kisah dalam al-Quran tidak dijelaskan secara terperinci tetapi pengajaran dan hikmah itulah yang perlu dititikberatkan untuk menjadi panduan dan pedoman kita pada hari ini.

Kisah Israiliyyat yang tidak berupaya merungkai tafsiran al-Quran tidak perlu dijadikan asas sandaran mahupun rujukan lebih-lebih lagi apabila kisah Israiliyyat ini tidak sesuai dengan akal yang waras. (as-Syarbashi, Qishshat at-Tafsir).

Related

Yahudi 95047827630737574

Peringatan/Makluman!

Semua informasi di dalam blog ini sekadar pengetahuan bersama untuk difikirkan. Rujuklah Al-Quran & Hadis dan yang sebaiknya dengan bimbingan guru yang mursyid.

Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam." - (Ibnu Majah dan Lain-lainnya).

Ahlus Sunnah Wal- Jamaa'ah


Ikuti kami dan 'Get Notification'


Sila LIKE dan tanda 'Get Notification' fanpage ini.

Jumlah Kunjungan

Artikel Terkini

Popular

Terbaru

Arkib

Langganan Kemaskini Terkini!

Nama Penuh

Alamat Email

Bersama Kami

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)." - Surah Ali `Imran: 110




item