Kesempurnaan Iman Adalah Kesempurnaan Agama

Keimanan atau akidah tidak boleh dipisahkan dengan persoalan agama.  Akidah adalah asas agama, ia berhubung kait secara langsung dengan sem...

Keimanan atau akidah tidak boleh dipisahkan dengan persoalan agama.  Akidah adalah asas agama, ia berhubung kait secara langsung dengan semua tuntutan agama, malah akidah meliputi apa sahaja yang dinamakan agama secara keseluruhannya.  

Tidak boleh dianggap beragama bagi sesiapa yang tidak beriman, begitu juga tidak boleh dianggap beragama bagi sesiapa yang ingkar untuk melaksanakan segala amal yang dituntut oleh keimanannya.  

Keterangan ini  telah dijelaskan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam melalui sabda baginda dari riwayat Wafdi Abdul Qais:

آمُرُكُمْ بِاْلاِيْمَانِ بِاللهِ وَحْدَهُ قَالَ : اَتَدْرُوْنَ مَااْلاِيْمَانُ بِاللهِ وَحْـدَهُ ؟ قَالُوْا : اَللهُ وَرَسُــوْلُهُ اَعْلَمُ . قَالَ : شَـهَادَةُ اَنْ 
لاَاِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَاَنَّ مُحَمَّدًا رَسُـوْلُ اللهِ وَاِقَامُ الصَّلاَةِ وِايْتَاءُ الزَّكَاةِ وَاَنْ تُؤَدُّوْا مِنَ الْمَغْنَمِ الْخُمُسِ.

"Aku perintahkan kamu hanya beriman kepada Allah sahaja.  Rasulullah seterusnya bersabda: Tahukah kamu apa makna beriman kepada Allah yang satu?  Mereka menjawab:  Allah dan RasulNya yang lebih tahu.  Baginda bersabda lagi:  Syahadatu an laa ilaaha illallah, wa anna Muhammadan rasulullah, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan menunaikan seperlima harta ghanimah".

Seseorang yang mengakui beriman kepada agama Allah (Islam) tidak boleh mempunyai dua keimanan (akidah), kepercayaan atau ideologi yang lain di hatinya, sesiapa yang berbuat demikian telah melakukan kesyirikan terhadap Allah.  Allah berfirman:

مَا جَعَلَ اللهُ لِرَجُلٍ مِّنْ قَلْبَيْنِ فِى جَوْفِهِ.

"Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seorang (insan) dua buah hati dalam rongganya (tubuhnya)". Al-Ahzab, 33:4.

Dari semua hujah-hujah di atas jelas menunjukkan bahawa iman itu boleh bertambah dan boleh berkurangan. 

Bertambahnya iman melalui ketaatan (amal soleh) dan juga dengan bertambahnya ilmu.  

Berkurangnya pula akibat banyaknya melakukan kemaksiatan dan kejahilan.  

Iman juga terangkum dalam makna amal soleh terutamanya sembahyang, kerana dalam mengamalkan sembahyang terkumpul amalan hati, pengucapan dan pengikraran di lisan serta pembuktian melalui anggota badan (عمل الجوارح).

Related

Kesempurnaan Iman Adalah Kesempurnaan Agama 4415242059530672437

Peringatan/Makluman!

Semua informasi di dalam blog ini sekadar pengetahuan bersama untuk difikirkan. Rujuklah Al-Quran & Hadis dan yang sebaiknya dengan bimbingan guru yang mursyid.

Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam." - (Ibnu Majah dan Lain-lainnya).

Ahlus Sunnah Wal- Jamaa'ah


Ikuti kami dan 'Get Notification'


Sila LIKE dan tanda 'Get Notification' fanpage ini.

Jumlah Kunjungan

459,672

Artikel Terkini

PopularTerbaruArkib

Popular

Terbaru

Umar RA mengimpikan bidadari seperti ini dan diperkenankan Allah

Selamat datang ke blog Dakwah Maya Umar RA mengimpikan bidadari seperti ini dan diperkenankan Allah Kali ini kami akan menyampaikan kisah menarik tentang bidadari syurga yang Allah ciptakan khas...

Khutbah terakhir Rasulullah, pesanan istimewa sepanjang zaman

Selamat datang ke blog Dakwah Maya  Khutbah terakhir Rasulullah, pesanan istimewa sepanjang zaman Kesedihan yang tidak terkata. Amanat terakhir Rasulullah SAW, tanda perpisahan dunia dengan ...

Dakwah Maya Re-Active

Selamat datang ke blog Dakwah Maya Assalamuallaikum warahmatullahi wabarakatuhDakwah Maya Team mengucapkan jutaan terima kasih kepada para sahabat subscriber dan penonton yang dihormati sekalian k...

Hafalan QS Yaasin Ayat per Ayat (83 Ayat)

Projek Hafalan Al-Quran ; Surah Yaasin (QS : 36) Makkiyah Juz 22 & 23 83 (Ayat) 733 (Kata) 3,067 (Huruf) Video Literasi dan Terjemahaan (English dan Melayu) oleh Dakwah Maya Team 2017 No Copy...

Keutamaan Dan Fadhilat Membaca Surah Yassin

Ramai yang sudah mengetahui kelebihan Surah Yassin yang terkandung di dalam al-Quran merupakan sebuah surah yang selalu dibaca oleh umat Islam terutama pada malam Jumaat. Tetapi tahukah kita bahaw...

Arkib

Langganan Kemaskini Terkini!

Nama Penuh

Alamat Email

Bersama Kami

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)." - Surah Ali `Imran: 110




item