Imam Habib Abdullah Haddad

Nama penuh Imam Habib Abdullah Haddad adalah Syed Abdullah bin Alwi al-Haddad.   Beliau dilahirkan di sebuah perkampongan di Kota Tarim...

A+ A-
Sokongan anda sangat diperlukan. Sila 'like' dan 'share' kami.
Nama penuh Imam Habib Abdullah Haddad adalah Syed Abdullah bin Alwi al-Haddad.  

Beliau dilahirkan di sebuah perkampongan di Kota Tarim, yang terletak di negeri Hadharamout pada 5 Safar 1044 Hijrah.  

Beliau telah dibesarkan dan mendapat pendidikan awal Al-Quran di kampongnya itu.

Sewaktu masih kecil, beliau telah diserang penyakit cacar sehingga menyebabkan dia buta penglihatan.  

Walaupun buta, beliau tidak putus asa. 

Dia dengan gigih meneruskan pelajaran ilmu agama Islam sehingga menjadi pandai dan jaguh di dalam selok belok agama.  

Disamping belajar, beliau sentiasa mendampingi para ulama yang tersohor di zaman itu,  sehingga dia mempunyai kekuatan menghafal ayat-ayat al-Quran yang amat menakjubkan serta memahami ilmu agama yang amat luarbiasa.

Sepanjang kehidupannya, dia tidak jemu-jemu menuntut ilmu agama.  

Segala ilmu yang dipelajarinya itu, diamalkannya di dalam menjalani kehidupan harian.

Beliau juga bergiat mendidik murid-muridnya serta membimbing orang ramai yang berminat untuk mempelajari tentang agama Islam secara lebih mendalam.  

Murid-muridnya bukan sahaja datang dari kawasan-kawasan berhampiran malahan dari seluruh pelusuk dunia.

Imam Habib Adullah al-Haddad juga gemar mengembara ke luar negara untuk tujuan berdakwah serta menyebarkan ilmu pengetahuan.  

Ini menyebabkan nama beliau menjadi terkenal di negara-negara yang dilawatinya itu. 

Lantaran itu, ilmu tentang agama Islam menjadi lebih tersebar luas.

Selain sebagai pendakwah, Imam Habib Abdullah juga adalah seorang penyair dan penulis yang tersohor. 

Tulisannya amat amat mengharu dan memikat hati orang ramai.

Diantara kitab-kitab terkenal yang ditulisnya ialah:-
  1. An Nashaaih Ad-Diniyah Wal-Washaaya al-Imaaniyah
  2. Ad-Da’wah At-Tammah
  3. Al-Mudzakarah Ma’al Ikhwan Wal-Muhibbin
  4. Al-Fushuul Al-Ilmiah
  5. Ittihaafus-Saail BiAjwibatil Musaail.
Imam Habib Abdullah Al-Hddad telah meninggal dunia pada 7 Zulqa’idah 1132 Hijrah.  

Jasadnya telah disemadikan di Kota Tarim.

Kitab An Nashaaih ad-Diniyah Wal-Washaaya al-Imaaniyah telah diterjemahkan oleh Tuan Syed Ahmad Semait di Singapura pada tahun 1981 dalam tulisan jawi. 

Nama kitab yang diterjemahkan itu di sebut sebagai “Kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman”. 

Edisi baru (dalam tulisan rumi ) kitab ini telah di terbitkan pada 1989. 

Edisi ini telah diulang cetak sebanyak 17 kali. Cetakan terbaru adalah pada tahun 2011.

Kitab yang terkenal ini telah menjadi kitab rujukan di dalam kelas Kuliah Subuh yang diadakan di masjid Sirajudin al-Anuar, Kg. Batu Belah, Klang. 

Kelas Kuliah Subuh  ini diadakan setiap dua Ahad, selepas sembahyang Subuh  Ahad adalah di bawah bimbingan Yang Berbahagia Ustaz Ali Tuah.

Related

Sejarah Islam 8019874508422060420

Peringatan/Makluman!

Semua informasi di dalam blog ini sekadar pengetahuan bersama untuk difikirkan. Rujuklah Al-Quran & Hadis dan yang sebaiknya dengan bimbingan guru yang mursyid.

Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam." - (Ibnu Majah dan Lain-lainnya).

Ahlus Sunnah Wal- Jamaa'ah


Ikuti kami dan 'Get Notification'


Sila LIKE dan tanda 'Get Notification' fanpage ini.

Jumlah Kunjungan

Artikel Terkini

Popular

Terbaru

Arkib

Langganan Kemaskini Terkini!

Nama Penuh

Alamat Email

Bersama Kami

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)." - Surah Ali `Imran: 110




item