Dajjal Laknatullah - Siri 4

Rupa Bentuk Dajjal Di akhir zaman, akan berlakunya peperangan yang besar, yang berlaku pada zaman pemerintahan Imam Mahdi. Pertempuran ...

A+ A-
Sokongan anda sangat diperlukan. Sila 'like' dan 'share' kami.
Rupa Bentuk Dajjal

Di akhir zaman, akan berlakunya peperangan yang besar, yang berlaku pada zaman pemerintahan Imam Mahdi. Pertempuran ketika itu antara Beliau dan as Sufyani. Setelah itu, muncullah Dajjal Laknatullah. Perkara ini akan dijelaskan lagi dalam plot-plot akhir zaman, insya Allah.

Daripada Ibnu Umar RA, bahawasanya Nabi SAW bersabda : “Ketika aku tertidur, aku bermimpi sedang tawaf di Kaabah …” Kemudian Baginda SAW mengatakan bahawa Baginda SAW bermimpi melihat Nabi Isa AS, kemudian bermimpi pula melihat Dajal Laknatullah, lalu Baginda SAW menyifatkannya : “Dia (Dajal) adalah seorang lelaki yang bertubuh besar, kemerah-merahan, rambut yang kerinting, cacat matanya, seolah-olah matanya seperti anggur yang timbul” (Shahih Bukhari : 6595)

Daripada Ibnu Umar RA, bahawa Nabi SAW menyebut tentang Dajal Laknatullah di khalayak ramai : “Sesungguhnya Allah SWT tidak cacat matanya, tetapi Dajal Laknatullah cacat mata kanannya seolah-olah biji matanya seperti anggur yang timbul (terapung)” (Shahih Bukhari : 5218)

Daripada Nuwwas bin Sam’an RA, Nabi SAW bersabda ketika menyifatkan rupa bentuk Dajal Laknatullah : “Dia adalah seorang pemuda yang kerinting rambutnya (yang pendek), biji matanya timbul, seperti aku mengumpamakan seperti Abdul Izzi bin Qatni ” (Shahih Muslim : 5228)

Daripada Ubadah bin Shamit RA, Nabi SAW bersabda : “Sesungguhnya Dajal Laknatullah adalah seorang lelaki yang (kelihatan) pendek yang menjengkelkan, berambut kerinting, cacat yang tertutup matanya, tidak terkeluar (biji matanya) dan tidak pula berada di dalam soketnya (soket mata). Sekiranya dia (Dajal) berada di zaman kamu, ketahuilah bahawa Tuhan kamu (Allah SWT) tidaklah cacat matanya” (Sunan Abi Daud : 4322)

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda : “…. Manakala al Masih (Dajal) yang sesat, sesungguhnya dia mengalami kecacatan mata, luas dahinya, besar lehernya dan terdapat bonjol (bongkok) (Musnad Imam Ahmad : 8124)

Daripada Huzaifah RA, Nabi SAW bersabda : “Dajal Laknatullah cacat mata kirinya, lebat rambutnya” (Shahih Muslim : 5222)

Daripada Anas RA, Nabi SAW bersabda : “… Dan sesungguhnya di antara kedua matanya tertulis perkataan kafir” (Shahih Bukhari : 6598)

Rumusan beberapa hadis di atas dan beberapa hadis lain dan tafsiran ulama’, Dajal Laknatullah boleh disifatkan dengan sifat-sifat berikut :

1. Seorang Manusia Berbangsa Yahudi dan Mandul

Dajal Laknatullah adalah seorang manusia yang berketurunan Nabi Adam AS, bukanlah jin sepertimana yang dikatakan oleh beberapa pandangan. 

Dajal Laknatullah juga berbangsa Yahudi dan mandul, tidak boleh melahirkan anak.

2. Seorang Yang Pendek dan Gemuk

Dajjal adalah seorang yang pendek dan bertubuh besar (gemuk). Tubuh badannya agak pelik berbanding manusia yang lain.

3. Berkepala dan Berleher Besar

Kepalanya juga bersaiz besar tidak seperti saiz kepala manusia biasa. Dia juga memiliki leher yang besar, iaitu sehingga menutup bentuk dagunya. 

Seolah-olah kepalanya bersambung terus ke tubuhnya, kerana lehernya terlalu gemuk. Tidak kelihatan bentuk dagu, bawah kepalanya dan kawasan di atas dada.

4. Berwarna Putih Kemerah-merahan

Kulit tubuhnya berwarna putih, kelabu atau kemerah-merahan seperti warna pipinya. Warna coklatnya tidak terlalu kelihatan dan warna pada tubuhnya agak berbeza dengan warna kulit manusia biasa.

5. Rambutnya Lebat dan Kerinting

Rambut Dajal Laknatullah lebat dan kerinting, tetapi pendek. Kerinting tersebut agak berlainan dengan kekerintingan manusia biasa dan ia kelihatan agak kasar. (tidak lembut)

6. Botak Di Bahagian Atas Kepala

Di bahagian atas kepalanya adalah botak, iaitu kawasan satu perdua di bahagian atas. 

Seolah-olah mengalami keguguran rambut. Manakala sepertimana yang diceritakan sebelum ini, bahagian satu perdua di sebelah bawah agak lebat dan kerinting.

7. Sebelah Matanya Buta, dan Sebelah Lagi Cacat

Mata kanannya buta, bahkan bentuk matanya yang buta agak mencacatkan. Ia seolah-olah anggur yang timbul, mungkin biji matanya yang buta tersembul keluar atau sebagainya. 

Manakala mata kirinya yang dapat melihat berwarna kehijauan dan menjegil. Sangat buruk rupa bentuk matanya.

8. Tertulis “kafir” Di Antara Kedua Matanya

Selain itu, di antara kedua-dua belah matanya tertulis “kafir” dan tulisan tersebut tidak boleh dihilangkan. 

Tulisan tersebut juga dapat dilihat dengan jelas oleh mereka yang beriman dan turut difahami oleh mereka yang buta huruf. 

Ia tertulis dalam tulisan Arab iaitu Huruf Kaf, Fa dan Ra, yang bermaksud “kafir”.

9. Jarak Di Antara Kedua Betisnya Lebar

Jarak di antara dua betisnya agak lebar dan ada yang mengatakan kedua-dua kangkangnya agak lebar, jauh di antara satu sama lain. 

Seolah-olah kedua-dua kakinya sentiasa mengangkang dan tidak dirapatkan. Mungkin dengan sebab inilah, cara berjalannya kurang stabil.

10. Menunggang Seekor Keldai Yang Gagah dan Pantas

Dajal Laknatullah juga menunggang seekor keldai yang luar biasa. Di sana terdapat juga yang mengatakan bahawa ia adalah Kapal Terbang, atau Jet. 

Namun, apa yang disifatkan oleh Nabi SAW adalah sebuah kenderaan yang sangat ajaib yang boleh bergerak dalam kelajuan yang pantas ke seluruh dunia. 

Perkara ini telah dijelaskan di dalam bab kenderaan Dajjal.

11. Bersamanya Beberapa Ekor Syaitan Yang Bercakap Dalam Pelbagai Bahasa

Syaitan yang bersama-sama dengan Dajal Laknatullah berfungsi sebagai pengalih bahasa, atau membantu kefahaman bagi mereka yang mendengarnya. 

Setiap bangsa yang terdapat di dunia ini mampu memahami bahasa yang dituturkannya kerana kewujudan syaitan-syaitan ini. 

Walaupun bahasa isyarat sekalipun bagi mereka yang tidak mendengar.

12. Terdapat Dua Orang Malaikat Yang Memberi Peringatan Sebelum Ketibaannya

Sebelum ketibaan Dajal Laknatullah di sesebuah tempat, terdapat dua orang malaikat yang akan memberi peringatan kepada penduduk kawasan tersebut tentang kehadiran Dajal Laknatullah. 

Mereka adalah pemberi peringatan kepada penduduk kawasan tersebut supaya tidak terpedaya dengan tipu daya Dajal Laknatullah.

13. Mempunyai Ramai Pengikut Di Kalangan Yahudi Dan Pelbagai Kaum Lain

Kebanyakan pengikutnya adalah Yahudi, iaitu sekitar 70,000 orang, dan selebihnya adalah pelbagai kaum. 

Mereka memakai pakaian yang disangkut pada bahu, menutup tubuh dan tidak berjahit. Mereka juga dibekalkan dengan senjata dan kelengkapan-kelengkapan lain. 

Kesimpulan

Demikianlah beberapa ciri-ciri Dajjal yang ditemui di dalam hadis-hadis Nabi SAW. Hakikatnya inilah rupa makhluk yang dapat dikenali. 

Ia jelas kelihatan apabila tertulis perkataan KAFIR di dahinya. Sekiranya dia mengaku sebagai tuhan, kenapakah dia tidak dapat menghilangkan tulisan KAFIR tersebut?

Selain itu, sepertimana hadis Nabi SAW, sekiranya terdapat seseorang mengaku sebagai tuhan, maka ketahuilah bahawa tuhan itu tidak dapat dilihat ketika kita masih hidup. 

Orang beriman akan diberi peluang melihat Allah SWT di dalam syurga.

Daripada Ubadah bin Samit, Rasulullah SAW bersabda : Ketahuilah bahawa Tuhan kamu bukanlah buta, dan kamu tidak akan melihat tuhan kamu sehinggalah kamu mati (Musnad Imam Ahmad : 21701) 

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil

Related

Dajjal Laknatullah 1728475268290208672

Peringatan/Makluman!

Semua informasi di dalam blog ini sekadar pengetahuan bersama untuk difikirkan. Rujuklah Al-Quran & Hadis dan yang sebaiknya dengan bimbingan guru yang mursyid.

Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam." - (Ibnu Majah dan Lain-lainnya).

Ahlus Sunnah Wal- Jamaa'ah


Ikuti kami dan 'Get Notification'


Sila LIKE dan tanda 'Get Notification' fanpage ini.

Jumlah Kunjungan

Artikel Terkini

PopularTerbaruArkib

Popular

Terbaru

Umar RA mengimpikan bidadari seperti ini dan diperkenankan Allah

Selamat datang ke blog Dakwah Maya Umar RA mengimpikan bidadari seperti ini dan diperkenankan Allah Kali ini kami akan menyampaikan kisah menarik tentang bidadari syurga yang Allah ciptakan khas...

Khutbah terakhir Rasulullah, pesanan istimewa sepanjang zaman

Selamat datang ke blog Dakwah Maya  Khutbah terakhir Rasulullah, pesanan istimewa sepanjang zaman Kesedihan yang tidak terkata. Amanat terakhir Rasulullah SAW, tanda perpisahan dunia dengan ...

Dakwah Maya Re-Active

Selamat datang ke blog Dakwah Maya Assalamuallaikum warahmatullahi wabarakatuhDakwah Maya Team mengucapkan jutaan terima kasih kepada para sahabat subscriber dan penonton yang dihormati sekalian k...

Hafalan QS Yaasin Ayat per Ayat (83 Ayat)

Projek Hafalan Al-Quran ; Surah Yaasin (QS : 36) Makkiyah Juz 22 & 23 83 (Ayat) 733 (Kata) 3,067 (Huruf) Video Literasi dan Terjemahaan (English dan Melayu) oleh Dakwah Maya Team 2017 No Copy...

Keutamaan Dan Fadhilat Membaca Surah Yassin

Ramai yang sudah mengetahui kelebihan Surah Yassin yang terkandung di dalam al-Quran merupakan sebuah surah yang selalu dibaca oleh umat Islam terutama pada malam Jumaat. Tetapi tahukah kita bahaw...

Arkib

Langganan Kemaskini Terkini!

Nama Penuh

Alamat Email

Bersama Kami

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)." - Surah Ali `Imran: 110




item