Misteri Kehadiran Imam Mahdi Dalam Perang Besar Ini

Perang Armageddon  (2) Misteri Kehadiran Imam Mahdi Dalam Perang Besar Ini Dakwah Maya - Kementerian Pertahanan Russia memang mengiya...

A+ A-
Sokongan anda sangat diperlukan. Sila 'like' dan 'share' kami.
Perang Armageddon (2) Misteri Kehadiran Imam Mahdi Dalam Perang Besar Ini

Dakwah Maya - Kementerian Pertahanan Russia memang mengiyakan pengiriman  kapal perang baru ke Laut Mediteranian.

Namun, dia mengatakan pengiriman itu merupakan rutin biasa untuk melindungi kepentingan keamanan antarabangsa. 

Menteri Luar Negeri, Sergei Lavrov juga mengatakan Moskow tidak berniat terjun ke dalam konflik tentera di Syria.

Dalam laporan Huffingtonpost, Rusia menegaskan AS tidak berjaya membuktikan tuduhannya (penggunaan senjata kimia oleh Basyar Al-Assad) dan serangan senjata kimia tersebut mungkin dilakukan pihak pemberontak untuk memprovokasi campurtangan luar terhadap Syria.

Dan kerana itu, Putin mengeluarkan kata-katanya yang keras seperti berikut. Jika benar Syria menggunakan senjata kimia seperti yang didakwa AS, maka dia akan menyertai AS menyerang Syria.

Maka timbullah soalan demi soalan.

[1] Perang ini memang akan terjadi, tetapi di antara siapa dan siapa? Adakah AS melawan Russia? Atau bagaimana? Adakah Russia itu adalah “Negara dari belakang” sebagaimana yang tersebut dalam hadis berikutnya?

[2] Setengah pihak berpendapat, AS menentang China  sebab Russia dikatakan memihak kepada AS. Benarkah Blok AS akan melawan Blok China? Maka adakah China itu adalah “Negara dari belakang” sebagaimana yang tersebut dalam hadis berikutnya?

[3] Jika Blok China wujud dalam pertentangannya dengan AS, apakah akan wujud perang nuclear seperti yang diheboh-hebohkan?

Berikut kami sertakan petikan hadis Nabi SAW untuk kami member focus kepada maksud musuh dari belakang mereka.

Telah bersabda Nabi Muhamad SAW, “Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rum dalam kedaan aman, lalu kamu akan berperang bersama mereka melawan suatu musuh dari belakang mereka…”.

Berita terbaru, Kongress AS telah bersetuju dengan kemahuan Obama untuk menyerang Syria.

Sementara itu, Koresponden VOA Edward Yeranian, melaporkan dari Kaherah bahawa pemerintah Syria menyatakan mereka bertekad akan mempertahankan diri melawan apa yang mereka sebut sebagai "tindakan yang tidak adil."

Maka dari segala cerita di atas, fahamlah kita bahawa samada AS berjaya membuktikan adanya penggunaan senjata kimia atau tidak, maka serangan ke atas Syria adalah sesuatu yang PASTI.

MUSUH DARI BELAKANG MEREKA

Siapakah musuh yang dimaksudkan? Kalau anda biasa menggunakan globe peta dunia, maka setentang dengan AS adalah Negara Russia yang memanjang dari Timur ke Barat.

Itulah yang kami faham dari maksud musuh dari belakang mereka.

Maka dengan itu, perang nuclear itu tidak dapat dihindari lagi. Orang Islam akan bersama kaum Rom (AS & Eropah) menentang Russia dan bloknya.

BEBERAPA SOALAN PENTING

Maka timbullah beberapa soalan lagi.

[1] Kenapa Imam Mahdi berjuang di sebelah kaum Rom (AS dan Eropah), sedangkan kebanyakan mereka adalah agen-agen Dajjal dan bersama mereka pula adalah Yahudi?

Bukankah Al-Mahdi sangat membenci Yahudi?

[2] Adakah Perang Amargeddon ini akan mendahului kemunculan Al-Mahdi atau sebaliknya?

[3] Kalau Perang Amargeddon ini mendahului kemunculan Al-Mahdi, maka di manakah dia sekarang?

MARI MENDENGAR JAWAPAN KAMI

Kami hanya akan menjawab soalan (1) & (2) sahaja. Soalan  (3) akan dijawab pada post berikutnya. Insyaallah.

Melihat scenario yang berlaku sekarang, kami yakin perang Amargeddon tidak akan menunggu lama. AS sekarang seperti cacing kepanasan mahu segera menyerang Syria.

Dan Russia pun seperti tidak mahu mengalah. Dia tahu rahsia AS untuk mengaut kekayaan emas di sekitar Lembangan Syria, Lebanon & Israel.

Dan dia pun mahu mempertahankan Syria untuk menjadi hak miliknya.

ADA 3 SEBAB BESAR

Bila nanti Al-Mahdi muncul, maka dia melihat peperangan di depan matanya sebagai peperangan yang sangat menakutkan. Kepada siapa patut dia berpihak?

Sebelum ini saya pernah menyebut bahawa Al-Mahdi akan berpihak kepada kaum Rom (maksudnya AS & Eropah). 

Anda tentu ingin tahu sebabnya. Berikut saya jelaskan.

[1] Kaum Rom itu majoritinya beragama Nasrani (Kristian) sementara Russia itu majoritynya ateis (tidak bertuhan).

Maka Nasrani itu lebih dekat kepada Islam sebab kedua-duanya agama samawi. Maka atas sebab itulah, Al-Mahdi berpihak kepada kaum Rom.

[2] Russia akan menyerang Arab Saudi. Sebabnya banyak. Sekurang-kurangnya 3 sebab seperti berikut.

  • [1] Arab Saudi punca sebenar penggunaan senjata kimia di Syria (rujuk Putera Bandar), 
  • [2] keangkuhan Putera Bandar dalam mengugut Russia untuk menganggu Sukan Olimpik 2014, 
  • [3] Tawaran-tawaran yang tidak munasabah oleh Arab Saudi terhadap Russia.
[3] Jika perkara (2) berlaku, maka Haramain (Mekah dan Madinah) dalam bahaya. Maka jalan untuk menyelamatkan kedua-duanya adalah berpihak kepada kaum Rom.

KEPEDIHAN KAUM YAHUDI

Disebutkan dalam Kitab Zakharia (89/13), bahawa sebahagian besar bangsa Yahudi akan mati dalam perang Armageddon dan dua pertiga dari mereka akan musnah.

Sedangkan dalam kitab Zagiyal (12/39) disebutkan bahawa ”(Perang itu) Akan berlangsung selama tujuh bulan sehingga rumah Israel berhasil mengubur mereka (orang-orang mereka yang terbunuh) sebelum membersihkan bumi”.

Dari apa yang kita semua faham, jelas bahawa perang itu tidak lama. Tetapi dalam masa singkat itu, ia akan menghasilkan malapetaka dan kematian yang dahsyat.

Kalau anda membaca petikan kata-kata Syaidina Ali seperti tertulis dalam kitab Jufr Ahmar (Rujuk Perbahasan saya dalam siri Komet ISON, blog DIA YANG TERSEMBUNYI), anda akan dapati ayat terakhirnya ialah  MALAPETAKA DAN KEMATIAN.

Kalau anda mengatakan bahawa ini adalah hasil dari perang nuclear, maka kami sangat bersetuju dengan anda.

Kemudian hendaklah anda tahu bahawa nama Amargeddon itu tidak wujud dalam Al-Quran yang mulia atau kitab-kitab hadis yang sahih. Maka dari manakah nama itu terhasil? 

Dalam kitab Wahyu (revealation – 16:16) ” dan roh-roh syaitan mengumpulkan sekelian tentera dunia disebuah tempat bernama Armageddon  (Injil : ms 388 – Terbitan Darul Thaqafah , Mesir)

Dalam buku ” Dimensi Agama Dalam Politik Amerika Syarikat (AS) disebutkan bahawa 7 orang pemimipin AS mempercayai akan tercetusnya perang Armageddon (Buku janji yang benar dan janji yang dusta, ms 31)

Presiden AS yang lalu, Ronald Reagen pernah berkata, “Sesungguhnya generasi ini adalah generasi yang akan melihat Armageddon” (Buku Ramalan Dan Politik ms.66).

Oleh yang demikian, mari kita mencapai satu kefahaman berikut. Sebutan Armageddon sebenarnya tidak terdapat dalam Al-Quran atau mana-mana hadis. Ia hanya disebut dalam kajian-kajian sarjana Kristian dan Ahli Kitab.

Menurut bahasa Ibrani, Ar bermaksud gunung atau bukit. Mageddo pula adalah nama sebuah lembah di Palestin. Ia merupakan sebuah tempat yang cukup strategik dari segi peperangan.

Perang ini juga dikatakan sebagai perang habis-habisan dengan menggunakan seluruh kekuatan pelbagai peralatan senjata moden yang canggih.

Hancurnya bangsa Yahudi merupakan salah satu dari tanda-tanda datangnya hari kiamat.

Hal ini bermula dengan sebuah peperangan besar yang melibatkan banyak bangsa di dunia termasuk bangsa Israel.

Pertempuran dahsyat ini dikenali sebagai Armageddon, di mana lokasi utama perang ini adalah di lembah Megiddo/Mageddon, Palestin.

Mungkin ada yang menganggap Perang Armageddon hanyalah sebuah filem rekaan hollywood.

Memang benar, filem hollywood dokongan yahudi itu ingin memesongkan fakta tentang Armageddon ini melalui propaganda filem.

Padahal di kalangan para ahli kitab mereka telah mengkaji tentang peperangan ini dan senantiasa bersiap sedia untuk menghadapinya.

Mungkin perang itu adalah Perang Dunia ketiga yang disebut-sebut sebagai Perang Nuklear.

Kami mempunyai pendapat bahawa itu memang benar, yang akan menghasilkan pelbagai malapetaka & menyebabkan berjuta-juta kematian.

Ramai yang mengatakan bahawa bom nuclear akan digunakan dalam Perang Dunia Ketiga. Jika ini berlaku maka bandar-bandar besar di Asia Barat akan ranap semuanya.

Manusia, binatang ternakan dan segala pohon kayu kayan akan musnah tak tersisa.

Ada diceritakan juga dalam kitab Bahrul Mazi. Perang Dunia Ketiga itu diramal akan berlaku dalam tempoh yang singkat.

Tetapi, kemusnahannya amat dahsyat. Sehingga dikatakan dunia selepas itu akan kembali menjadi seperti Zaman Pertengahan di mana dalam siri peperangan seterusnya, bala tentera akan hanya menunggang kuda serta bersenjatakan pedang seperti dahulukala.

"Jika Perang Dunia Ketiga adalah berjuang dengan senjata nuklear, yang keempat akan diperjuangkan dengan busur dan anak panah." - Louis Lord Mountbatten

"Saya tidak tahu dengan senjata apa Perang Dunia Ketiga akan diperjuangkan, tetapi Perang Dunia Keempat akan diperjuangkan dengan kayu dan batu." - Albert Einstein.

Dari mana mereka mendapat sumber untuk bercakap demikian, maka kami dapati sumbernya tiada.

Tetapi kalau mereka mempercayai bahawa Perang Dunia Ketiga itu adalah perang nuclear, maka kata-kata mereka pastinya benar.

Mari kita dengar hadith Nabi SAW yang membicarakan tentang peperangan ini.

“Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rum dalam kedaan aman, lalu kamu akan berperang bersama mereka melawan suatu musuh dari belakang mereka. Maka kamu akan selamat dan mendapat harta rampasan perang yang banyak, kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit, maka berdirilah seorang leleki Rum. Lalu dia akan mengangkat tanda salib (tentera kristian) dan melaungkan salib telah menang, maka datanglah kepadanya seorang lelaki muslimin dan membunuh lelaki Rum tersebut , kemudian tentera Rum mengkhianati perdamaian dan terjadilah peperangan demi peperangan, dimana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera, dibawah setiap bendera terdapat 12 ribu tentera” Hadith sahih riwayat Imam Ahmad, Imam Abu Daud, Ibnu Majah dari Zu Makhmar RA. Disahihkan oleh Tafsir Al Albani dalam mentahkik hadis misyqat, ms 5424 dan kitab sahih al Jami’ dan ia mempunyai beberapa riwayat.

Hadith di atas dengan jelas menerangkan bahawa di sana ada 2 buah peperangan yang akan terjadi.

[1] PEPERANGAN AMARGEDDON

Perang Armageddon (Perang Dunia Ketiga) yang telah banyak diketahui oleh semua pihak

[2] PEPERANGAN TERBESAR

Akan wujud beberapa siri peperangan, yang di dalam sesetengah hadith tertentu disebut sebagai Peperangan Terbesar (Malhamah al Kubra).

Peperangan ini tidak diketahui ramai orang kecuali oleh pihak-pihak tertentu sahaja. Golongan yang berperang dalam pertempuran ini adalah kaum muslimin, yang  menghadapi tentangan dari Rum (maksudnya AS dan Eropah) setelah berlakunya perang Armageddon di mana pada awalnya kaum muslimin bersekutu dengan mereka tetapi akhirnya Rum mengkhianati kita dalam perang tersebut.

banggolpetaicom.blogspot.com

Related

Perang Armageddon 1872808599084938629

Peringatan/Makluman!

Semua informasi di dalam blog ini sekadar pengetahuan bersama untuk difikirkan. Rujuklah Al-Quran & Hadis dan yang sebaiknya dengan bimbingan guru yang mursyid.

Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam." - (Ibnu Majah dan Lain-lainnya).

Ahlus Sunnah Wal- Jamaa'ah


Ikuti kami dan 'Get Notification'


Sila LIKE dan tanda 'Get Notification' fanpage ini.

Jumlah Kunjungan

Artikel Terkini

Popular

Terbaru

Arkib

Langganan Kemaskini Terkini!

Nama Penuh

Alamat Email

Bersama Kami

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)." - Surah Ali `Imran: 110




item