Dengar Surah An-Nas terjemahan Melayu

114 Surat An-Nās (The Mankind ) - سورة الناس  Dakwah Maya Surah An-Nas adalah surah terakhir iaitu yang ke 114 setelah Surah Al Fala...

A+ A-
Sokongan anda sangat diperlukan. Sila 'like' dan 'share' kami.
114 Surat An-Nās (The Mankind ) - سورة الناس 
Dakwah Maya




Surah An-Nas adalah surah terakhir iaitu yang ke 114 setelah Surah Al Falaq, dalam Al Quran. 

Ia terdiri daripada enam ayat dan tergolong dalam surah Makkiyyah (turun sebelum hijrah). Nama ‘An-Nas’  yang bermaksud manusia, diambil dari perkataan ‘An-Nas’ yang disebut pada setiap akhir ayat surah ini.
 .
Surah ini pendek dan ringkas namun membawa erti mendalam tentang perlunya manusia kepada Allah sebagai pelindung mutlak daripada kejahatan syaitan durjana. 

Iaitu ia menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati. .
.
Fadhilat Surah An-Nas :

Surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah SWT dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin.

1.  Surah An-Nas merupakan salah satu ‘Al Mu’awwidzataini’, iaitu dua surah yang mengandungi permohonan perlindungan.

2.  Surah An-Nas ini juga adalah dianggap surah penenang dan penerang hati.

3.  Surah An-Nas, jika dibaca sebanyak 1000 kali, boleh menjadi pengasih dan daya penarik.
 .
Daripada Aisyah r.ha. katanya : “Nabi SAW apabila ke tempat hamparan tidur setiap malam baginda menatadah kedua tangannya kemudian menghambus kedua tapak tangan lalu membaca surah Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Nas kemudian baginda menyapu ke bahagian badan yang dapat dicapai oleh kedua tangan, baginda memulakannya dari kepala, muka, dan bahagian badan yang dapat dicapai. Baginda melakukan seperti demikian sebanyak tiga kali.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Related

Bacaan Al-Quran 6129828038205701593

Peringatan/Makluman!

Semua informasi di dalam blog ini sekadar pengetahuan bersama untuk difikirkan. Rujuklah Al-Quran & Hadis dan yang sebaiknya dengan bimbingan guru yang mursyid.

Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam." - (Ibnu Majah dan Lain-lainnya).

Ahlus Sunnah Wal- Jamaa'ah


Ikuti kami dan 'Get Notification'


Sila LIKE dan tanda 'Get Notification' fanpage ini.

Jumlah Kunjungan

459,659

Artikel Terkini

PopularTerbaruArkib

Popular

Terbaru

Umar RA mengimpikan bidadari seperti ini dan diperkenankan Allah

Selamat datang ke blog Dakwah Maya Umar RA mengimpikan bidadari seperti ini dan diperkenankan Allah Kali ini kami akan menyampaikan kisah menarik tentang bidadari syurga yang Allah ciptakan khas...

Khutbah terakhir Rasulullah, pesanan istimewa sepanjang zaman

Selamat datang ke blog Dakwah Maya  Khutbah terakhir Rasulullah, pesanan istimewa sepanjang zaman Kesedihan yang tidak terkata. Amanat terakhir Rasulullah SAW, tanda perpisahan dunia dengan ...

Dakwah Maya Re-Active

Selamat datang ke blog Dakwah Maya Assalamuallaikum warahmatullahi wabarakatuhDakwah Maya Team mengucapkan jutaan terima kasih kepada para sahabat subscriber dan penonton yang dihormati sekalian k...

Hafalan QS Yaasin Ayat per Ayat (83 Ayat)

Projek Hafalan Al-Quran ; Surah Yaasin (QS : 36) Makkiyah Juz 22 & 23 83 (Ayat) 733 (Kata) 3,067 (Huruf) Video Literasi dan Terjemahaan (English dan Melayu) oleh Dakwah Maya Team 2017 No Copy...

Keutamaan Dan Fadhilat Membaca Surah Yassin

Ramai yang sudah mengetahui kelebihan Surah Yassin yang terkandung di dalam al-Quran merupakan sebuah surah yang selalu dibaca oleh umat Islam terutama pada malam Jumaat. Tetapi tahukah kita bahaw...

Arkib

Langganan Kemaskini Terkini!

Nama Penuh

Alamat Email

Bersama Kami

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)." - Surah Ali `Imran: 110




item