Surah Al-Quran Palsu: Al-Iman

Thequran (Quran Palsu) Surah Al-Iman saidinhasnam.blogspot.com Apa yang saya bimbangi selama ini telah berlaku..... Dan kini terseb...

A+ A-
Sokongan anda sangat diperlukan. Sila 'like' dan 'share' kami.
Thequran (Quran Palsu) Surah Al-Iman
saidinhasnam.blogspot.com

Apa yang saya bimbangi selama ini telah berlaku..... Dan kini tersebar ke seluruh Asia Tenggara.

Ia satu perancangan halus kafir Laknatullah Kristian untuk merosakkan akidah umat Islam dan seterusnya memurtadkan umat Islam.

15 tahun yg lepas saya menerima kitab injil Yahya bertulisan jawi yang tidak tahu siapa pengirimnya.

Baru-baru satu sms dihantar yang mengingatkan…berhati-hati membeli Al-Quran(Thequran).

Ia mengandungi 4 tambahan surah palsu iaitu

  1. Surah Al-Iman,
  2. Surah At-Tajasud,
  3. Surah Al-Muslimun
  4. Surah Al-Wasayya.

Dalam blog ini saya cuba menggarapkan intipati ayat dalam surah palsu tersebut. 

Bagi mereka yang tidak memahami bahasa arab mereka akan membacanya spt mana Al-Quran kerana ia ditulis dalam bahasa arab serta diletakkan baris ayat. Saya mulakan dengan intisari maksud Surah Palsu (Al-Iman)

Qur’an palsu surat Al-Iman :

Surah Al-Iman bermaksud (kepercayaan @ pegangan) Saya catatkan 10 ayat sahaja untuk menunjukkan betapa jahatnya mereka ini.

Ayat 1

Diceritakan tentang beberapa pengikut dalam kitab. Ketika saat ombak besar melanda ketika mereka berada dalam satu pelayaran

Ayat 2

kemudian mereka melihat bayangan Nabi Isa(Jesus) berjalan di atas air. Mereka lalu berkata
'Apakah Tuhan kita sedang mentertawakan kita? Atau adakah kita ini sudah gila?'

Ayat 3

Lalu terdengar satu suara dari langit berkata : jangan takut ini aku, apakah kamu tidak melihat ?

Ayat 4

Maka, satu dari mereka berteriak : Tuhanku, bimbinglah aku, jika Kau memang disini, untuk berjalan diatas air. Ya Allah jadikanlah keraguanku ini menjadi sesuatu yang kenyataan

Ayat 5

Dia (Allah) berkata padanya : kemarilah dan jadilah mu’jizat/keajaiban yang akan selalu diingat.

Ayat 6

Dan mulailah sang pengikut/umat tersebut berjalan, dia lalu melihat betapa kuatnya ombak yang datang sehingga dia menjadi takut akan tenggelam, lalu dia berteriak lagi kepada Tuhannya untuk minta pertolongan.

Ayat 7

Dan Dia mengeluarkan tangan-Nya dan mengangkatnya sambil berkata : Disebabkan keyakinan kamu amat sedikit (was-was tentang kebenaran) maka itulah ganjaran yang kamu dapati

Ayat 8

8. Dan segera setelah Dia pergi dengannya dengan kapal tersebut, Ombak menjadi reda dan si pengikut ini mengucapkan syukur pada-Nya dan berkata :

Ayat 9

Kau adalah benar-benar anak Tuhan; dalam dirimu kami percaya dan di depan-Mu kami bersujud

Ayat 10

Dia berkata : Kegembiraan adalah untuk mereka yang percaya tanpa mencampur adukkan kepercayaan mereka dengan sesuatu yang meragukan. Itulah hasil yang sebenarnya yang kamu perolehi

Related

Surah Palsu 4128780311035444195

Peringatan/Makluman!

Semua informasi di dalam blog ini sekadar pengetahuan bersama untuk difikirkan. Rujuklah Al-Quran & Hadis dan yang sebaiknya dengan bimbingan guru yang mursyid.

Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam." - (Ibnu Majah dan Lain-lainnya).

Ahlus Sunnah Wal- Jamaa'ah


Ikuti kami dan 'Get Notification'


Sila LIKE dan tanda 'Get Notification' fanpage ini.

Jumlah Kunjungan

Artikel Terkini

Popular

Terbaru

Arkib

Langganan Kemaskini Terkini!

Nama Penuh

Alamat Email

Bersama Kami

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)." - Surah Ali `Imran: 110




item