Kalau aku orang sufi - Ustaz Abdul Halim Abas
Dakwah Maya - KALAU AKU ORANG SUFI, aku ingin menyimpan bekal seperti Nabi Yusuf a.s menyimpan makanan untuk tujuh tahun. Padaku, ahli su...
https://dakwahsecaramaya.blogspot.com/2014/07/kalau-aku-orang-sufi-ustaz-abdul-halim.html
Dakwah Maya - KALAU AKU ORANG SUFI, aku ingin menyimpan bekal seperti Nabi Yusuf a.s menyimpan makanan untuk tujuh tahun. Padaku, ahli sufi adalah orang yang sanggup mengumpul pengikut seperti Musa a.s mengumpul pengikut untuk melawan Firaun.
JIWA SUFI, dalam pandanganku adalah seperti jiwa Salman Al Farisi, yang berzikir dan berwirid tetapi pedang telah dicabut dari sarungnya dan diletakkan di atas ribanya, sedangkan matanya liar melihat kalau-kalau ada musuh melintas.
ILMU BAGI ORANG SUFI hendaklah luas seperti lilmu al Ghazali. Keberanian orang sufi hendaklah setanding dengan keberanian Salahuddin Al Ayyubi. Strategi orang sufi hendaklah seperti Saidina Umar al Khattab yang dapat menumpaskan Rom dan Parsi.
ORANG SUFI bukanlah orang yang diam di dalam gua batu. Orang sufi adalah seperti Ibnu Battutah yang menjelajah dunia.
Orang sufi bukanlah orang yang berjalan dengan mata tunduk ke bumi tetapi orang sufi berjalan gagah seperti Saad Abi Waqqas r.a.
Gertaknya seperti gertak Sultan Muhammad Fateh. Lemah-lembutnya seperti lemah-lembutnya Saidina Uthman r.a.

ORANG SUFI bukanlah golongan yang membujang sampai ke tua. Mereka mengikut jejak para sahabat. Yang layak berumah tangga, mereka membinanya.
Yang belum layak, sabar menanti waktu. Yang mampu, sampai empat isteri dan sahaya-sahaya sebagai hadiah perjuangan mereka.
Yang belum layak, sabar menanti waktu. Yang mampu, sampai empat isteri dan sahaya-sahaya sebagai hadiah perjuangan mereka.
ORANG SUFI di dalam penjara berteman dengan Tuhannya. Di tengah masyarakat bersahabat dengan manusia dan tabah menghadapi ragam mereka.
AKU TIDAK MENGERTI, mengapa hari ini manusia menggambarkan orang sufi dengan gambaran yang serba miskin, serba dhaif, serba pengecut dan serba takut.
Sedangkan itu bukan hakikat sufi, itu adalah ekstrim. Orang yang sudah tidak laku lagi di tengah masyarakat, orang yang cuba menarik perhatian manusia dengan berpura-pura berpakaian pakaian orang soleh.

ORANG SUFI tidak akan membiarkan pakaiannya compang-camping. Orang sufi tidak akan membiarkan akal tanpa ilmu. Orang sufi tidak mahu makan daripada hadiah dan sedekah.
Tetapi orang sufi suka memberi hadiah dan sedekah kepada manusia.
Tetapi orang sufi suka memberi hadiah dan sedekah kepada manusia.
OLEH ITU MEREKA BANGUN BERJUANG, mereka tidak pernah tunduk kepada sebarang sistem toghut. Orang sufi berjiwa besar dan penuh tenaga membangunkan ummah.
Oleh Ustaz Abdul Halim Abas