Kisah Putera Raja Dan Cincin Permata

Gambar Hiasan Mengkhabarkan kepadaku Muhammad bin Al Husain aku mendengar Abu Bakar bin Abi Thayyib berkata, telah sampai kepadaku dari...

A+ A-
Sokongan anda sangat diperlukan. Sila 'like' dan 'share' kami.
Gambar Hiasan
Mengkhabarkan kepadaku Muhammad bin Al Husain aku mendengar Abu Bakar bin Abi Thayyib berkata, telah sampai kepadaku dari Abdullah bin Faraj (beliau seorang ahli ibadah) yang berkata, Aku memerlukan seorang kuli yang akan bekerja untukku, maka aku pergi ke pasar melihat-lihat kuli. 

Tiba-tiba dibahagian akhir aku melihat seorang remaja berkulit kuning langsat tangannya membawa bungkusan besar. Dia lewat dengan mengenakan jubah serta kain dari bulu kambing  biri-biri kasar. 

Aku berkata padanya, “Kamu mahu kerja juga ?”.Dia menjawab, “Iya”.
Aku katakan, “Berapa upah yang kamu minta ?”.
Dia menjawab, “Satu dirham dan satu daniq (Jumlah tujuh daniq)”.
Aku katakana, “Berdirilah, dan bekerja padaku”.
Dia berkata, “Dengan satu syarat”.
Aku katakan, “Apa itu ?”.
Dia menjawab, “Jika telah datang waktu zuhur aku akan keluar wudhu solat kemudian kembali bekerja, dan jika datang waktu asar demikian pula”.
Aku katakan, “Ya”.

Kemudian ia mengikuti aku sampai rumah dan aku perintahkan untuk mengangkut barang dari satu tempat ke tempat lain. Ia pun mengencangkan tali pinggang dan bekerja serta tidak berbicara sepatah katapun sampai tiba waktu zuhur dan berkata kepadaku, “Wahai Abdullah muadzin telah mengumandangkan azan zuhur”.

Aku menjawab, “Terserah engkau saja”.
Kemudian dia keluar solat dan kembali bekerja dengan giat sampai ketika telah tiba waktu asar, ia berkata lagi kepadaku, “Wahai Abdullah muadzin telah mengumandangkan azan asar”.
Aku menjawab, “terserah engkau saja”.

Kemudian ia keluar solat asar dan kembali bekerja sampai senja hari. Akupun memberikan upahnya dan ia bergegas pulang.

Sampai setelah beberapa hari setelahnya aku memerlukan kuli kembali, maka isteriku berkata kepadaku, “Suruh saja kuli muda yang kemarin itu, kerana ia bekerja dengan sangat bagus !”. Akupun mendatangi pasar akan tetapi aku tidak melihat remaja itu. 

Lantas aku bertanya pada orang-orang dan mereka menjawab, “Kamu bertanya tentang remaja kuning langsat yang tidak muncul kecuali pada hari sabtu saja dan ia senantiasa duduk sendirian di bahagian belakang”. Akupun pulang dan kembali ke pasar pada hari sabtu, aku mendapatinya dan bertanya kepadanya, “Kamu mahu bekerja lagi ?”.

Dia menjawab, “Kamu telah mengetahui upah serta syarat yang aku ajukan”.
Aku berkata, “Aku memohon petunjuk Allah”.

Ia pun bangkit dan bekerja dengan baik sebagaimana waktu yang lalu. Ketika ia telah selesai dari pekerjaannya, aku memberikan upah dan menambahinya, akan tetapi ia tidak mahu menerima tambahan upah tersebut.

Aku pun memujuknya agar mahu menerimanya. Akan tetapi ia justru marah dan meninggalkanku sendirian. Aku merasa sedih kerananya dan berusaha menyusulnya. Aku berhasil menyusulnya dan memujuknya, akhirnya ia mahu mengambil upahnya saja dengan tanpa tambahan.

Setelah berlalu beberapa waktu lamanya, aku memperlukan kuli lagi, maka aku menunggu sampai tiba hari sabtu, akan tetapi aku tidak mendapati remaja tadi di pasar. Aku lantas bertanya pada orang-orang tentang keadaannya. Dikatakan kepadaku bahawa remaja itu sakit.

Ada seseorang yang memberikan khabar mengenai keadaan remaja tadi bahawa ia bekerja dari hari sabtu ke hari sabtu yang lain, dan ia makan setiap harinya dengan satu daniq dan ia sekarang sakit (maknanya ia hanya bekerja satu hari saja dan mendapatkan tujuh daniq, setiap harinya ia gunakan satu daniq untuk makan, sisa hari yang lain 6 hari ia gunakan untuk belajar agama).

Akupun bertanya tentang lokasi rumahnya dan mendatanginya, rupanya ia tinggal dirumah seorang nenek tua. Aku bertanya pada nenek tadi, “Apakah disini tinggal seorang remaja yang bekerja sebagai kuli ?”.

Nenek tua tadi menjawab, “Ia sakit sejak beberapa hari yang lalu”.

Aku kemudian masuk menemuinya, ia benar-benar sakit dan dibawah kepalanya terdapat batu bata sebagai bantal. Aku mengucapkan salam padanya dan berkata, “Apakah engkau memerlukan bantuan?”.

Ia menjawab, “Iya, jika tidak menyusahkanmu”.
Aku berkata, “Tidak menyusahkan insya’Allah”.

Ia berkata, “Apabila aku mati nanti maka juallah ini, dan cucilah jubahku serta kain bulu kambing ini kemudian kafanilah aku dengannya !. Bukalah saku jubahku kerana di dalamnya ada sebuah cincin, ambillah cincin itu kemudian perhatikanlah kapan Harun Ar Rasyid lewat di suatu jalan, dan berdirilah di lokasi yang memungkinkan bagi dia untuk melihatmu. 

Panggilah ia dan perlihatkan cincin itu maka ia akan memanggilmu. Setelah itu serahkanlah cincin itu kepadanya ! dan jangan kamu melakukan semua ini kecuali setelah aku mati”.

Aku menjawab, “Ya”.

Setelah ia meninggal dunia aku melaksanakan apa yang ia perintahkan, dan aku memperhatikan hari dimana Harun Ar Rasyid lewat di suatu jalan. Aku pun duduk dipinggir jalan, ketika ia lewat aku memanggilnya, “Wahai amirul mukminin aku memiliki titipan untuk engkau”, sambil aku memperlihatkan cincin permata. 

Ia pun memerintahkan untuk membawaku bersamanya, ketika ia memasuki rumahnya ia menyuruh orang yang bersamanya agar keluar lantas bertanya kepadaku, 
“Siapa engkau ini ?”.

Aku menjawab, “Abdullah bin Al Faraj”.

Ia bertanya lagi, “Cincin ini dari mana engkau mendapatkannya ?”.
Kemudian aku menceritakan kisah remaja yang aku temui. Tiba-tiba ia berlinangan air mata dan menangis terisak-isak sampai aku merasa iba kepadanya. Setelah ia agak tenang aku bertanya kepadanya, “Wahai amirul mukminin, siapakah remaja itu sebenarnya ?”.
Ia menjawab, “Ia adalah anakku”.

Aku bertanya kembali, “Bagaimana hal ini boleh terjadi ?”.

Ia menjawab, “Ia dilahirkan sebelum aku menjabat sebagai khalifah, dan ia tumbuh menjadi anak yang soleh, ia menghafal al qur’an dan mempelajari ilmu syar’i. Ketika aku diangkat menjadi khalifah ia meninggalkan aku dan tidak mahu menikmati harta dunia yang aku miliki sedikitpun juga.

Maka aku menyerahkan cincin ini kepada ibunya, ia adalah permata yang sangat mahal harganya.

Aku berkata kepada ibunya, serahkan cincin ini kepada anak kita dan mintalah agar ia membawanya agar ia boleh memanfaatkannya suatu hari kelak, Ia adalah seorang anak yang sangat berbakti kepada ibunya. Semenjak ibunya meninggal aku tidak pernah lagi mendengar kabarnya kecuali kabar yang telah engkau sampaikan kepadaku”.

Kemudian Harun Ar Rasyid berkata lagi kepadaku, “Malam ini keluarlah bersamaku menuju kuburan anakku”.

Ketika malam telah tiba ia keluar bersamaku menuju kuburan anaknya, manakala kami sampai dikuburan anaknya ia duduk disamping kuburan dan menangis terisak-isak, sampai ketika fajar telah terbit kami bangun dan kembali lagi.

Harun Ar Rasyid berkata kembali, “Berjanjilah kepadaku untuk senantiasa menemaniku setiap malam untuk berziarah ke kuburan anakku !”.

Aku pun berjanji untuk senantiasa menemaninya berziarah setiap malam. Berkata Abdullah bin Al Faraj, “Aku sungguh tidak mengetahui bahawa remaja itu anak khalifah sampai Harun Ar Rasyid memberitahuku”.

Berkata Abu Bakar Muhammad bin Al Husain, “Dan sungguh telah mengkhabarkan kepadaku Abu Abdillah bin Mikhlad Al Athar tentang berita Abdullah bin Al Faraj di dalamnya disebutkan riwayat ini dan disebutkan pula bahawa Harun Ar Rasyid kemudian menawarkan harta yang sangat banyak kepadanya akan tetapi ia menolaknya.

Abu Bakar juga mengatakan bahawa ketika Abdullah bin Al Faraj meninggal dunia istrinya tidak memberitahukan kematiannya kepada saudara-saudaranya Abdullah yang duduk-duduk di depan pintu menunggu untuk diijinkan masuk rumah. Kemudian ia memandikannya dan mengkafaninya dengan kain kisa’ miliknya lalu menuju pintu dan menutup dirinya lalu mengatakan kepada saudara-saudara Abdullah, “Abdullah telah mati dan aku telah selesai dari menyiapkan jenazahnya”.

Saudara-saudaranya lantas masuk dan membawa jenazahnya menuju kuburan dan isterinya menutup pintu dari belakang mereka. (Saudara-saudara Abdullah tidak boleh melihat isteri Abdullah).

Di alihbahasakan secara bebas dari Ghuroba’ minal Mukminin : 41 Oleh Al Imam Al Aajurry rahimahullahu ta’ala, Maktabah Syamilah).

Bayat, 8 Rajab 1433H/29 Mei 2012M.
Oleh: Abul Aswad Al-Bayaty

Sumber

Related

Kisah & Teladan 3065602208066558222

Peringatan/Makluman!

Semua informasi di dalam blog ini sekadar pengetahuan bersama untuk difikirkan. Rujuklah Al-Quran & Hadis dan yang sebaiknya dengan bimbingan guru yang mursyid.

Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam." - (Ibnu Majah dan Lain-lainnya).

Ahlus Sunnah Wal- Jamaa'ah


Ikuti kami dan 'Get Notification'


Sila LIKE dan tanda 'Get Notification' fanpage ini.

Jumlah Kunjungan

Artikel Terkini

Popular

Terbaru

Langganan Kemaskini Terkini!

Nama Penuh

Alamat Email

Bersama Kami

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)." - Surah Ali `Imran: 110




item