Jom! hafal Surat Al-Kahf (The Cave) - Ayat 4
Projek Menghafal 10 Ayat Awal Surah Al-Kahfi Tafsir Surat Al-Kahf (The Cave) - Ayat 4 Dan supaya dengan Quran itu Nabi memberi a...
https://dakwahsecaramaya.blogspot.com/2015/03/jom-hafal-surat-al-kahf-cave-ayat-4.html
Projek Menghafal 10 Ayat Awal Surah Al-Kahfi
Tafsir Surat Al-Kahf (The Cave) - Ayat 4
Dan supaya dengan Quran itu Nabi memberi ancaman kepada orang-orang yang kata Allah mengambil anak; Iaitu ‘anak angkat’. Kerana kita telah tahu bahawa Allah memang tak beranak.
Tidak pernah beranak dan tidak mungkin akan beranak. Jadi anak yang dimaksudkan adalah ‘anak angkat’. Hendaklah kita dalam mengajar tafsir Quran ini memberi ancaman tentang mereka yang mengambil makhluk sebagai ‘anak angkat’ Allah.
Apakah maksudnya?
Manusia banyak yang memberi pangkat kepada seseorang atau sesuatu. Mereka akan mengatakan sekian-sekian orang itu adalah ‘pilihan’ Allah taala. Contohnya, mereka kata orang itu adalah wali. Itu seumpama mengatakan orang itu ‘anak angkat’ kepada seseorang.
Kerana kita tahu, kalau seseorang itu anak angkat kepada seseorang yang besar, tentulah dia boleh minta tolong kepada orang besar itu. Jadi, kita berkawan dengan dia kerana kita hendakkan kelebihan orang itu, kononnya.
Mereka sendiri yang memberi pangkat ‘anak angkat’ itu kepada makhluk itu walaupun Allah tak pernah cakap pun. ‘Anak angkat’ itu mereka gunakan dalam penyeruan, dalam doa dan dalam ibadat mereka. Kerana mereka rasa kalau mereka bodek ‘anak angkat’ Allah itu,
Allah akan beri apa yang mereka minta. Contoh perbuatan ini adalah orang-orang Musyrikin Mekah yang menyembah malaikat kerana mereka kata malaikat itu adalah anak perempuan Allah. Ini dipanggil ‘perantaraan’ atau dalam bahasa Arab dipanggiltawasul.
Allah tidak mungkin beranak seperti yang disebut dalam surah al Ikhlas.
“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
Dan Allah tidak mungkin mengambil anak angkat. Seperti yang disebut di dalam ayat 17:111.
Dan katakanlah: “Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya; dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!”
Begitu juga disebut dalam Az Zumar:4.
Kalaulah Allah hendak mempunyai anak, tentulah Ia memilih mana-mana yang dikehendakiNya dari makhluk-makhluk yang diciptakanNya; Maha Sucilah Ia (dari menghendaki yang demikian). Dia lah Allah, Yang Maha Esa, lagi Yang Mengatasi kekuasaanNya segala-galanya.
Ayat dari surah Zumar ini mengatakan kalaulah Allah nak ambil ‘anak angkat’, tentulah Allah sendiri akan beritahu siapakah anak angkatNya. Kalau Allah nak ambil ‘anak angkat’, tentulah Allah akan pilih sendiri.
Tapi tidak diberitahu di mana-mana sumber yang sahih bahawa Allah ada mengambil ‘anak angkat’. Jangan kita pandai-pandai nak beri pangkat ‘anak angkat’ Allah kepada sesiapa pun.
Jangan kita kata sesuatu makhluk itu Allah sayang sampai kita kata kalau kita minta doa melalui dia, Allah akan dengar cakap dia. Tidak sama sekali. Kita kena minta sendiri kepada Allah. Tidak boleh pakai perantaraan.
Orang-orang musyirikin juga menyembah malaikat kerana mereka kata malaikat adalah anak perempuan Allah.
Lebih khususnya, ayat ini memperkatakan tentang penganut Kristian yang memang terang-terang mengatakan bahawa Nabi Isa/Jesus itu adalah anak Tuhan. Dalam surah Isra’ sebelum surah Kahf ini, perbincangan banyak berkenaan Bangsa Yahudi. Sekarang, surah Kahf ini memperkatakan tentang Orang Kristian pula.
Download MP3 Surah Al-Kahf Ayat 4
Download MP3 Surah Al-Kahf Ayat 1-10 (satu fail)
Download MP3 Surah Al-Kahf Ayat 4
Download MP3 Surah Al-Kahf Ayat 1-10 (satu fail)