Kubah Kiamat Di Norway

Ramai yang tahu masa depan umat manusia moden dihantui oleh realiti terjadinya perubahan iklim yang extreme, penggantian musim menjadi tida...

A+ A-
Sokongan anda sangat diperlukan. Sila 'like' dan 'share' kami.
Ramai yang tahu masa depan umat manusia moden dihantui oleh realiti terjadinya perubahan iklim yang extreme, penggantian musim menjadi tidak terurus, kuantiti hujan berkurangan disuatu tempat, dan banjir disertai badai dahsyat di kawasan-kawasan lain.

Gejala universal ini yang dijangkakan akan berlaku pada kesemua penjuru dunia tanpa terkecuali satu tempat pun.


Kesan paling teruk daripada perubahan iklim dunia akan dirasakan negara-negara membangun.

Ekosistem subur akan musnah menjadi kekeringan dan kekurangan air bersih, pengeluaran pertanian akan terganggu.

Sektor pertanian sebagai pembekal makanan bagi umat manusia akan terkena kesan parah kesan daripada perubahan iklim.

Petani² akan menghadapi banyak kesulitan dalam menentukan masa yang sesuai untuk memulakan proses bercucuk tanam kerana ketidakpastian musim yang sedang bercelaru.

Ummat manusia melalui pelbagai usaha untuk mengatasi kesulitan dan cabaran masa depannya yang telah banyak termusnah akibat bencana² alam musibah daripada perubahan suhu dunia.

Dengan alasan demi keprihatinan menghadapi masa depan umat manusia yang bakal berdepan dengan masalah diatas, sejak tahun 2006 Kerajaan Norway bekerjasama dengan Monsanto Corp., Yayasan Bill and Melinda Gates dan Yayasan Rockfeller, Yayasan Syngenta, mendirikan sebuah projek ‘ganjil’ di salah satu tempat yang paling terpencil di dunia iaitu pulau Svalbard- Norway.





Svalbard adalah sebuah tempat yang sejuk, tandus dan berais. Pulau ini dihuni oleh burung dan beruang, namun bagi tujuan menyelamatkan kelangsungan hidup manusia daripada bencana besar dunia maka ditubuhkan pelbagai kemudahan disana seperti airport, hotel dll.

Namun pastinya penempatan itu untuk golongan elit dunia sahaja. Maka telah dibina ‘Kubah Kiamat’-Svalbard Global Seed Vault di Spitsbergen salah satu pulau di kepulauan Svalbard.

Kubah Kiamat Svalbard dibina di dalam sebuah gunung di Spitsbergen berdekatan sebuah desa kecil di Longyearbyen.

Ia juga dikenali sebagai ‘Bank benih’ kerana mereka juga melakukan transaksi perniagaan pembenihan untuk simpanan kegunaan pada masa depan.

Pembinaan SeedBank Svalbard mempunyai pintu yang tahan gegaran apabila bumi dihentam meteor atau letupan nuklear.

Pintu pintunya juga dilengkapi dengan sensor pergerakan, dua kunci hawa (airlocks), dan dinding konkrit daripada baja berketebalan satu meter.

Gudang benih di dalamnya mampu memuatkan hingga 3 juta jenis benih berbeza dari seluruh dunia.

Sumber kerajaan Norway mengatakan bahawa Svalbard Seedvault ini akan memelihara kepelbagaian benih di bumi agar dapat digunakan untuk masa hadapan.

Benih-benih tersebut dibungkuskan secara khusus untuk mengeluarkan embun atau stim yang lembap.

Di bank benih ini tidak akan ada staff yang bekerja seharian, tetapi akibat kepayahan perjalanan untuk kesana akan memudahkan ‘mereka’ mengawasi apa sahaja kemungkinan daripada aktiviti manusia yang cuba mendekatinya disamping sistem surveillance Norway dan NATO yang akan mengawasinya secara automatik.


Kawasan Spitsbergen dianggap ideal kerana kurangnya aktiviti gempa tektonik dan Permafrost, yang akan membantu pemuliharaan benih secara semulajadi.

Bank Benih ini terhampar pada ketinggian 130 meter (430 kaki) di atas permukaan laut dan telah diyakini kawasan ini akan tetap kering meskipun puncak puncak gunung ais di Kutub Utara mencair kesemuanya.

Kemudahan ‘Kubah Kiamat’ Svalbard ini akan menyediakan kuasa untuk unit pendingin udara yang hebat sesuai dengan standard piawai antarabangsa yang disyorkan -18 ° C (0 ° F).

Bahkan jika peralatan tersebut gagal berfungsi misalnya kerana global warming, kepanasan bom nuklear thermal dan bencana dahsyat lain, tempat tersebut akan kekal selamat selama beberapa minggu sebelum suhu meningkat ke -3 ° C (27 ° F) kerana diakibatkan oleh batuan dasar pasir sekitarnya panas.

Global Crop Diversity Trust (GCDT) adalah syarikat pengelola kubah benih tersebut. Sementara untuk penghantaran sampel benih dikendalikan bersama-sama dengan Nordik Trust for Gen Center – Pusat Sumber Daya Genetik.

Mereka akan menyediakan sebahagian besar kos operasi tahunan untuk kemudahan tersebut.

Kerajaan Norway akan membantu penyelenggaraan strukturnya.

Dengan sokongan daripada Bill & Melinda Gates Foundation dan penderma lain, ia sekaligus dapat membantu genebanks GCDT dipilih di negara-negara membangun serta pusat-pusat penyelidikan antarabangsa pertanian dalam bungkusan dan penghantaran bimbit ke kubah benih.

Dewan Penasihat Antarabangsa sedang ditubuhkan untuk memberikan bimbingan dan nasihat. Ini akan merangkumi wakil-wakil dari FAO, CGIAR itu, Perjanjian Antarabangsa mengenai Sumber Daya Genetik Tanaman dan institusi lain.

Related

Kiamat 334172161861310724

Peringatan/Makluman!

Semua informasi di dalam blog ini sekadar pengetahuan bersama untuk difikirkan. Rujuklah Al-Quran & Hadis dan yang sebaiknya dengan bimbingan guru yang mursyid.

Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam." - (Ibnu Majah dan Lain-lainnya).

Ahlus Sunnah Wal- Jamaa'ah


Ikuti kami dan 'Get Notification'


Sila LIKE dan tanda 'Get Notification' fanpage ini.

Jumlah Kunjungan

Artikel Terkini

Popular

Terbaru

Arkib

Langganan Kemaskini Terkini!

Nama Penuh

Alamat Email

Bersama Kami

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)." - Surah Ali `Imran: 110




item