Kisah lima perkara aneh

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang mahsyur.  Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara nabi-nab...

A+ A-
Sokongan anda sangat diperlukan. Sila 'like' dan 'share' kami.
Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang mahsyur.  Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara nabi-nabi yang bukan rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

Maka salah seorang nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi,

Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki  berbuat :

Pertama :  Apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah.
Kedua: Engkau sembunyikan
Ketiga: Engkau terimalah
Keempat: Jangan Engkau putuskan harapan
Kelima: Larilah Engkau daripadanya.
Kisah lima perkara aneh
Pada keesokan harinya Nabi itupun keluarlah dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama yang dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam.

Nabi itu kebingungan sambil berkata “Aku diperintahkan memakan yang pertama aku hadapi tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan.” 

Maka nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya.  Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. 

Maka nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur ‘Alhamdulillah’.

Kemudian nabi itupun meneruskan perjalanannya dan bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan.  

Lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang dan ditanamkan mangkuk emas itu kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. 

Maka berkatalah nabi itu, “Aku telah melaksanakan perintahMu”. Lalu dia pun meneruskan  perjalanannya tanpa disedari oleh nabi itu yang mangkuk itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar burung kecil. 

Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, “Wahai Nabi Allah tolonglah aku.” Mendengar rayuan itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. 

Melihat keadaan itu, lantas burung helang datang menghampiri Nabi lalu berkata, “Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku.” 

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. 

Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pahanya dan diberikan kepada helang itu. 

Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, nabi itu meneruskan perjalanannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. 

Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, kembalilah nabi ke rumahnya. Pada malam itu, nabi pun berdoa. 

Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah melaksanakan perintahMu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T bahawa:

Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi  akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal iaitu menahannya maka marah itu akan menjadi lebih manis daripada madu.

Kedua, semua amal kebaikan (budi) walau disembunyikan maka ia tetap akan nampak jua.

Ketiga, jika sudah menerima amanah  seseorang, janganlah kamu khianat kepadanya.

Keempat, jika orang meminta kepadamu, usahakanlah  untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri  berhajat. 

Kelima, bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang) maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah.”

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, kerana kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan seharian kita. 

Perkara yang tidak dapat kita elakkan  setiap hari ialah mengata hal orang. Memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal  orang lain. 

Haruslah kita ingat bahawa kata mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita sebab ada sebuah hadis mengatakan bahawa diakhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. 

Lalu dia bertanya, “ Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu.” Maka berkata Allah S.W.T, “ Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu.”

Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walau apa pun yang kita kata itu memang benar, tetapi kata mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh itu, janganlah kita mengata hal keburukan orang walaupun ia benar.

Wallahu a’lam..

Related

Kisah & Teladan 3244054417792660491

Peringatan/Makluman!

Semua informasi di dalam blog ini sekadar pengetahuan bersama untuk difikirkan. Rujuklah Al-Quran & Hadis dan yang sebaiknya dengan bimbingan guru yang mursyid.

Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam." - (Ibnu Majah dan Lain-lainnya).

Ahlus Sunnah Wal- Jamaa'ah


Ikuti kami dan 'Get Notification'


Sila LIKE dan tanda 'Get Notification' fanpage ini.

Jumlah Kunjungan

Artikel Terkini

Popular

Terbaru

Arkib

Langganan Kemaskini Terkini!

Nama Penuh

Alamat Email

Bersama Kami

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)." - Surah Ali `Imran: 110




item