The Arrival Siri 3 - Penguasaan Minda Kanak- Kanak

A+ A-
Sokongan anda sangat diperlukan. Sila 'like' dan 'share' kami.


Siri 3 - Penguasaan Minda Kanak- Kanak

Sinopsis 

Bahagian 3 ini menceritakan mengenai cara penguasaan minda kanak-kanak. Sekularisme merupakan sebuah ideologi yang pada mulanya berkembang di dunia Barat dan menyebar hampir ke seluruh penjuru dunia tak terkecuali dunia islam.

Fahaman ini mempunyai tujuan iaitu untuk memisahkan antara hak Tuhan dengan hak Manusia atau memisahkan antara urusan Manusia dengan urusan Tuhan.

Di dalam era perkembangan yang serba moden dan makin canggih ini, terlalu banyak cara dan teknik yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab lebih-lebih lagi musuh- musuh islam untuk mempengaruhi dan menguasai minda kanak- kanak terutamanya kanak- kanak Islam.

Pelbagai teknik dan cara yang dilakukan termasuklah lebih banyak menyalurkan maklumat-maklumat yang buruk berbanding yang baik.

Terlalu banyak info- info yang tidak berfaedah yang didedahkan kepada kanak- kanak untuk merosakkan pemikiran kanak- kanak.

Diantaranya didedahkan dengan budaya seks bebas, pemakaian yang menjolok mata, majalah- majalah yang menghairahkan, bahan- bahan lucah serta permainan yang melalaikan dan tidak berfaedah. Kesemua ini akan menyebabkan pemikiran kanak- kanak kian rosak.

Sebagai kesimpulannya, kita sebagai ibu bapa sewajarnya mengambil tahu serta mengambil berat dan sentiasa membuat pemantauan yang kerap agar pemikiran kanak- kanak tidak dikuasai oleh pengaruh budaya Barat yang sentiasa mencari idea dan cara terbaru yang lebih berkesan untuk menguasai minda kanak- kanak.

Siri 3 mengisahkan bagaimana pihak Freemason menguasai minda awal usia kanak-kanak melalui industri-industri perfileman yang berbentuk video-video porno dan cerita-cerita yang berkelakuan lucah dan tidak bermoral.

Ia dipaparkan dalam cerita-cerita kartun, lukisan-lukisan yang berbentuk lucah yang ditayangkan terus tanpa mendapat tapisan.

Pihak dajjal memang dengan sengaja mereka kisah-kisah tersebut yang berupaya mempengaruhi minda sedar dan bawah sedar kanak-kanak yang sekali gus akan membentuk sikap dan tingkah laku yang negatif.

Bagi memastikan golongan awal kanak-kanak ini terjaga dari anasir-anasir barat yang merosakkan, ibu bapa perlu memainkan peranan dengan bijak memilih bahan hiburan yang berlandaskan syariat dan sentiasa memantau aktiviti anak-anak mereka supaya tidak terus terjebak dengan anasir jahat ini tanpa disedari.

Anak-anak juga perlu diperteguhkan akidah dan akhlak bagi menjadi perisai daripada terus tenggelam dengan kesesatan dajjal.

Sumber; https://www.facebook.com/arrivals/?ref=page_internal
The Arrival dengan subtitle Bahasa Melayu

Related

The Arrival Siri 2 - Penguasaan Minda

Siri 2 - Penguasaan Minda Sinopsis George Carlin mendedahkan Freemason menggunakan media untuk mempengaruhi manusia dengan cara menguasai pemikiran dan kepercayaan secara sedar atau tidak sehingg...

The Arrival Siri 1 - Bukti Dari Al-Quran

Siri 1 - Bukti Dari Al-Quran Sinopsis Bahagian 1 ini merupakan Pengenalan kepada siri “The Arrivals” yang membawa maksud Ketibaan. Ia diterbitkan oleh Noreagaaa dengan kerjasama Achernahr. “Keti...

Pengenalan The Arrival

Pengenalan The Arrival The Arrival memaparkan 50 siri dokumentari yang mendedahkan konspirasi Yahudi atau yang lebih tepat lagi ialah Freemason / Illuminati ke atas dunia. Ada pro dan kontra kebe...

Peringatan/Makluman!

Semua informasi di dalam blog ini sekadar pengetahuan bersama untuk difikirkan. Rujuklah Al-Quran & Hadis dan yang sebaiknya dengan bimbingan guru yang mursyid.

Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam." - (Ibnu Majah dan Lain-lainnya).

Ahlus Sunnah Wal- Jamaa'ah


Ikuti kami dan 'Get Notification'


Sila LIKE dan tanda 'Get Notification' fanpage ini.

Jumlah Kunjungan

459,665

Artikel Terkini

PopularTerbaruArkib

Popular

Terbaru

Umar RA mengimpikan bidadari seperti ini dan diperkenankan Allah

Selamat datang ke blog Dakwah Maya Umar RA mengimpikan bidadari seperti ini dan diperkenankan Allah Kali ini kami akan menyampaikan kisah menarik tentang bidadari syurga yang Allah ciptakan khas...

Khutbah terakhir Rasulullah, pesanan istimewa sepanjang zaman

Selamat datang ke blog Dakwah Maya  Khutbah terakhir Rasulullah, pesanan istimewa sepanjang zaman Kesedihan yang tidak terkata. Amanat terakhir Rasulullah SAW, tanda perpisahan dunia dengan ...

Dakwah Maya Re-Active

Selamat datang ke blog Dakwah Maya Assalamuallaikum warahmatullahi wabarakatuhDakwah Maya Team mengucapkan jutaan terima kasih kepada para sahabat subscriber dan penonton yang dihormati sekalian k...

Hafalan QS Yaasin Ayat per Ayat (83 Ayat)

Projek Hafalan Al-Quran ; Surah Yaasin (QS : 36) Makkiyah Juz 22 & 23 83 (Ayat) 733 (Kata) 3,067 (Huruf) Video Literasi dan Terjemahaan (English dan Melayu) oleh Dakwah Maya Team 2017 No Copy...

Keutamaan Dan Fadhilat Membaca Surah Yassin

Ramai yang sudah mengetahui kelebihan Surah Yassin yang terkandung di dalam al-Quran merupakan sebuah surah yang selalu dibaca oleh umat Islam terutama pada malam Jumaat. Tetapi tahukah kita bahaw...

Langganan Kemaskini Terkini!

Nama Penuh

Alamat Email

Bersama Kami

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)." - Surah Ali `Imran: 110




item