The Arrival Siri 2 - Penguasaan Minda

A+ A-
Sokongan anda sangat diperlukan. Sila 'like' dan 'share' kami.


Siri 2 - Penguasaan Minda

Sinopsis

George Carlin mendedahkan Freemason menggunakan media untuk mempengaruhi manusia dengan cara menguasai pemikiran dan kepercayaan secara sedar atau tidak sehinggakan kita menganggap mereka sebahagian dari kehidupan kita.

Senjata yang mereka gunakan telah pun berada di dalam rumah kita, menghibur setiap ahli keluarga kita dan secara tidak langsung, mempengaruhi kehidupan kita.
Dalam kehidupan hari kini, kita menghabiskan lebih banyak masa bersama televisyen, wayang gambar, permainan video, internet, cerita dongeng dan lagu lagu. Ia telah menjadi satu aspek penting dalam kehidupan kita.

Semua media-media ini menyalurkan maklumat yang banyak ke dalam minda kita secara sedar atau tidak sedar.

Setiap masa kita dilonggokkan dengan ledakan maklumat berkenaan moral dan perbezaan di antara baik dan buruk sehinggalah bagaimana sesebuah masyarakat dan ekonomi harus dibentuk.

Media-media ini memainkan peranan penting dalam menyediakan asas untuk menentukan pandangan dan hala tuju seseorang individu. Kita seolah-olah sedang dipukau dengan lakonan dan sandiwara mereka.

Mereka memiliki pegangan saham-saham di dalam syarikat-syarikat media massa, media elektronik dan teknologi maklumat secara langsung atau tidak langsung semata-mata untuk mengawal, mempengaruhi dan mencorakkan setiap populasi di bumi ini dengan cara mempengaruhi pemikiran.

Mereka menguasai industri muzik, wayang, hiburan dan bahan lucah untuk satu tujuan iaitu mempengaruhi kita melalui penguasaan minda.

Mereka telah merangka dengan baik satu pelan jahat untuk memesongkan pemikiran manusia kerana masyarakat yang tiada pedoman dan hilang arah,akan senang dikuasai dan masyarakat itulah yang sedang mereka bina untuk ketibaan dajjal.

Slot ini mengisahkan bahawa media massa zaman kini telah dikuasai oleh Freemanson bertujuan untuk melaksanakan agenda jahat bagi memesongkan pemikiran manusia.

Di samping itu mereka bijak memancing pemikiran manusia dengan mencipta pelbagai medium hiburan seperti televisyen, wayang gambar, video dan alat permainan bagi melalaikan manusia dari melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi.

Masyarakat juga di momokan dengan angan-angan kosong bahawa kita tidak perlu berusaha keras untuk mendapatkan apa yang dinikmati yang berupaya mempengaruhi para penontonnya bermula dari awal kanak-kanak, remaja, pemuda-pemudi dan merangkumi setiap lapisan golongan masyarakat.

Ia bertujuan supaya masyarakat akan menerima apa sahaja yang disampaikan oleh mereka walaupun perkara tersebut akan memudaratkan dan membinasakan mereka semula.

Masyarakat yang terbentuk akan menjadi masyarakat yang tidak dinamik dan terkongkong pemikirannya serta mudah dieksploitasikan dan dikuasai oleh pihak dajjal.

Sumber; https://www.facebook.com/arrivals/?ref=page_internal
The Arrival dengan subtitle Bahasa Melayu

Related

The Arrival Siri 3 - Penguasaan Minda Kanak- Kanak

Siri 3 - Penguasaan Minda Kanak- Kanak Sinopsis  Bahagian 3 ini menceritakan mengenai cara penguasaan minda kanak-kanak. Sekularisme merupakan sebuah ideologi yang pada mulanya berkembang di...

The Arrival Siri 1 - Bukti Dari Al-Quran

Siri 1 - Bukti Dari Al-Quran Sinopsis Bahagian 1 ini merupakan Pengenalan kepada siri “The Arrivals” yang membawa maksud Ketibaan. Ia diterbitkan oleh Noreagaaa dengan kerjasama Achernahr. “Keti...

Pengenalan The Arrival

Pengenalan The Arrival The Arrival memaparkan 50 siri dokumentari yang mendedahkan konspirasi Yahudi atau yang lebih tepat lagi ialah Freemason / Illuminati ke atas dunia. Ada pro dan kontra kebe...

Peringatan/Makluman!

Semua informasi di dalam blog ini sekadar pengetahuan bersama untuk difikirkan. Rujuklah Al-Quran & Hadis dan yang sebaiknya dengan bimbingan guru yang mursyid.

Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam." - (Ibnu Majah dan Lain-lainnya).

Ahlus Sunnah Wal- Jamaa'ah


Ikuti kami dan 'Get Notification'


Sila LIKE dan tanda 'Get Notification' fanpage ini.

Jumlah Kunjungan

459,665

Artikel Terkini

PopularTerbaruArkib

Popular

Terbaru

Umar RA mengimpikan bidadari seperti ini dan diperkenankan Allah

Selamat datang ke blog Dakwah Maya Umar RA mengimpikan bidadari seperti ini dan diperkenankan Allah Kali ini kami akan menyampaikan kisah menarik tentang bidadari syurga yang Allah ciptakan khas...

Khutbah terakhir Rasulullah, pesanan istimewa sepanjang zaman

Selamat datang ke blog Dakwah Maya  Khutbah terakhir Rasulullah, pesanan istimewa sepanjang zaman Kesedihan yang tidak terkata. Amanat terakhir Rasulullah SAW, tanda perpisahan dunia dengan ...

Dakwah Maya Re-Active

Selamat datang ke blog Dakwah Maya Assalamuallaikum warahmatullahi wabarakatuhDakwah Maya Team mengucapkan jutaan terima kasih kepada para sahabat subscriber dan penonton yang dihormati sekalian k...

Hafalan QS Yaasin Ayat per Ayat (83 Ayat)

Projek Hafalan Al-Quran ; Surah Yaasin (QS : 36) Makkiyah Juz 22 & 23 83 (Ayat) 733 (Kata) 3,067 (Huruf) Video Literasi dan Terjemahaan (English dan Melayu) oleh Dakwah Maya Team 2017 No Copy...

Keutamaan Dan Fadhilat Membaca Surah Yassin

Ramai yang sudah mengetahui kelebihan Surah Yassin yang terkandung di dalam al-Quran merupakan sebuah surah yang selalu dibaca oleh umat Islam terutama pada malam Jumaat. Tetapi tahukah kita bahaw...

Langganan Kemaskini Terkini!

Nama Penuh

Alamat Email

Bersama Kami

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)." - Surah Ali `Imran: 110




item