Sheikh Imran Hosein
Sheikh Imran Nazar Hosein dilahirkan di Pulau Caribbean, iaitu di Trinidad pada tahun 1942 dari ibu bapa yang berhijrah sebagai buruh kontr...


Beliau adalah lulusan dari Institut Aleemiyah Karachi dan telah belajar di beberapa institusi pengajian tinggi lain termasuk Universiti of Karachi, Universiti of West Indies, Universiti Al Azhar dan Institute of International Relations Geneva Switzerland. Sebelum menjadi pendakwah, Sheikh Imran telah bekerja selama beberapa tahun sebagai Pegawai Perkhidmatan Luar di Kementerian Luar Negeri Kerajaan Trinidad dan Tobago, tetapi pada tahun 1985 beliau meletakkan jawatan tersebut untuk mengabdikan hidupnya demi Islam.
Beliau memberi syarahan mengenai Islam dalam beberapa universiti, kolej, gereja, rumah-rumah ibadat, penjara, dewan orang ramai dan lain-lain tempat di sekitar Amerika Syarikat dan Kanada.
Beliau juga mengambil bahagian dalam berdialog antara agama dengan paderi Nasrani dan Rabbi Yahudi semasa mewakili Islam di Amerika Syarikat.
Beliau juga adalah Imam untuk Masjid Dar al-Qur'an di Long Island, New York. Beliau juga mengetuai solat Juma'at mingguan dan menyampaikan khutbah di Ibu Pejabat Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu di Manhattan sebulan sekali selama sepuluh tahun secara berterusan.

Setelah menamatkan pengajian dari Institut Pengajian Islam Aleemiyah Karachi pada tahun 1971, dibawah bimbingan gurunya iaitu Maulana Dr. Muhammad Fazlur Rahman al-Ansari al-Qaderi rahimahullah (keturunan Abu Ayyub al-Ansari radi' Allahu ‘anhu) yang merupakan seorang cendekiawan Islam, guru dan pembimbing rohani, berserta dengan berkat guru kepada gurunya iaitu Maulana Muhammad Abdul Aleem Siddiqui al-Qaderi radi'Allahu ‘anhu (keturunan Abu Bakr as-Siddiq radi' Allahu ‘anhu), Sheikh Imran berusia 29 tahun, telah mengembara ke seluruh pelusok dunia secara terus menerus untuk menyampaikan da'wah Islam dan mengadakan kuliah.
Sebahagian besar ucapannya, adalah memberi tumpuan kepada agenda perjuangan Zionisme dan juga tafsiran dan ta'wilan daripada ayat-ayat al Quran dan juga hadis mengenai akhir zaman. Selain itu, Sheikh Imran juga telah menulis pelbagai jenis buku berkaitan Islam.
Buku bertajuk "Jerusalem di dalam Al-Quran - Pandangan Islam Berkenaan Halatuju Jurusalem" telah menjadi 'best seller' dan telah diterjemahkan dan diterbitkan dalam berbagai bahasa dunia. Prof. Dr. Malik Badri, International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), IIUM (UIAM), Kuala Lumpur, Malaysia, menulis Kata Pengantar untuk buku ini, menurutnya:
Tidak mungkin dapat menghentikan bacaan buku ini apabila ia dimulakan. Ini adalah kualiti sebuah penulisan novel. Seorang pembaca akan membaca sekali sesebuah buku dan seterusnya mengenetepikannya - tetapi tidak kepada buku yang merangsang pemikiran seperti yang ditulis oleh Sheikh Imran ini.
Buku ini adalah rujukan yang perlu diteliti untuk kajian berulang-ulang kali. Saya percaya kebijaksanaan Sheikh Imran dalam berbahasa adalah hasil dari kebolehannya tersendiri yang disertakan dengan usaha keras tanpa penat lelah sebagai penceramah dan da’i, serta Rahmat Ilahi atas keikhlasannya. ['Jerusalem Di Dalam al-Quran', Masjid Dar al -Al-Quran, Long Island, New York. 2002. p. xvi]
Kebolehan Sheikh Imran merungkaikan sebab-sebab di sebalik kejadian di dunia hari ini menjadi sumber inspirasi buat golongan Islam kerana beliau menggunakan kaedah penafsiran ilmiah al-Quran dan hadith dengan meyakinkan dan menyatakan bahawa pertolongan Allah subhanahu wa ta'ala adalah hampir dan Tanah Suci akan dibebaskan dari cengkaman Yahudi dan Islam akan kembali sebagai negara pemerintah dunia kelak.
Pembaca buku ini akan kagum dengan tahap pemahaman penulis dalam aspek politik dunia. Jerusalem Di Dalam al Quran merupakan suatu sumber yang memberi cahaya kepada golongan Muslim dan suatu pembuka mata buat mereka yang digelar 'Ahli Kitab'.['Jerusalem Di Dalam al-Quran, Masjid Dar al-Qur'an, Long Island, New York. 2002.]
Buku yang memenangi pujian yang tertinggi dari ulama ulung seperti Naib Canselor Universiti Karachi dan ahli sejarah yang terkenal, Dr. Ishtiaq Husain Quraisy, ahli undang-undang Pakistan terkenal dan ahli falsafah, A.K. Brohi, dan ahli sosiologi Islam terkemuka, Dr. Basharat Ali. Ini adalah apa yang dikatakan oleh A.K. Brohi mengenai buku 'Islam and Buddha in the Modern World':
Dalam ratus halaman penulis telah kemukakan kepada kita anggaran perbandingan kedua-dua agama besar dunia seperti agama Buddha dan Islam, dan, apa yang jauh lebih penting, penulis telah melakukan analisis kritis terhadap agama Buddha secara etika dan metafizik.
Pada umumnya, perkara utama yang dibuat dalam buku ini cenderung menunjukkan pemikiran yang luar biasa dan hasil yang asli. Oleh kerana itu, buku ini disenaraikan sebagai salah satu sumbangan yang paling signifikan yang pernah dibuat terhadap kesusasteraan perbandingan agama...
['Islam and Buddhism in the Modern World'. World Federation of Islamic Missions, Karachi. 1972. Back cover]
Pendekatan yang selaras ini adalah berbeza lagi kontra dengan pendekatan yang bermotifkan sebaliknya yang selalu ditunjukkan oleh pihak Nasrani dan Arya Samaj dalam penulisan mereka mengenai Islam. Saya berdoa kepada Allah untuk memberkati buku ini dengan kejayaan, Amin!
['Islam and Buddhism in the Modern World'. World Federation of Islamic Missions, Karachi.]

Hal tersebut tidak boleh ditentukan oleh mereka yang bukan Muslim atau orang-orang Muslim yang melanggar perintah Ilahi di dalam al Quran (rujuk Surah al-Maidah, ayat ke-51) yang melarang umat Muslim bersahabat dan bersekutu dengan pakatan Nasrani-Yahudi (Zionist, Amerika, North Atlantic Treaty Organization dan Israel) yang sekarang menguasai dunia.
Sumber