Al-Masih Ad-Dajjal
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Dari Abi Umamah Al-Bahiliy r.a., beliau berkata; Nabi Muhammad Sallallahu Alaih...


Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan menjaga orang-orang mukmin”

Sama juga halnya dgn Nabi Khidir a.s., para malaikat, dan iblis yang ditangguhkan kematian sehingga qiamat nanti.
Dari Hudzaifah r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

Menurut hadis riwayat Imam Muslim, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama iaitu diciptakan bersamaan diciptanya Nabi Adam a.s. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditemani oleh seekor binatang yang bernama 'Al-Jassasah' yang membawa maksud 'pengintip'. Terdapat hadis panjang mengenainya.
Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yang diizinkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala untuk keluar dari alam Samawat menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah di sebelah Timur bukan di Barat.
Ada pendapat Dajjal akan muncul di Iran kota Isfahan iaitu dari arah Khurosan.
Ada pendapat mengatakan sekarang Dajjal tinggal di kerajaan iblis dan jin di Segitiga Bermuda dan selalu keluar dengan menaiki kenderaan piring terbang yang dikenali umum sebagai UFO dan sentiasa berurusan dengan pemimpin-pemimpin besar dunia.
UFO sering kelihatan muncul dibandar Vatican (pusat Katolik dunia), Rome, Italy. (agama Kristian palsu kerana Rum yang sebenarnya telah dinyatakan di dalam al Quran Surah Ar Rum (30) dan dalam hadis-hadis yang membawa maksud kerajaan Byzantine atau Constatinople)

Hadis ini sangat panjang dan izinkan saya untuk meringkaskan hadis ini dalam bentuk cerita. Pada suatu hari, selepas menunai solat fardhu, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam naik ke atas mimbar dan berkata kepada semua para sahabat baginda yang berada di dalam masjid itu.
Cerita yang disampaikan oleh Tamim ad-dari sangat bertepatan dengan apa yang dikisahkan oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam kepada para sahabat sebelum ini.
Setelah dilambung badai selama 1 bulan, mereka akhirnya bertemu dengan sebuah pulau misteri yang berada di tengah-tengah lautan dan mereka berlabuh di pulau itu dengan menaiki perahu kecil.
(Sheikh Imran Hosein berpendapat bahawa pulau tersebut adalah Britain dan laut yang dilayari oleh mereka adalah Laut Mediterranean bukannya Laut Merah kerana berdasarkan tempoh yang panjang untuk menjumpai daratan)
Sehingga mereka tidak dapat membezakan yang mana satu bahagian belakang dan depan binatang itu.
Kedua tangannya dibelenggu di lehernya. Kaki dan lututnya diikat dengan besi hingga buku lalinya.
Akulah Al Masih Ad Dajjal. Rasanya sudah hampir diizinkan aku untuk keluar. Bila aku keluar nanti aku akan berjalan ke serata permukaan bumi sehinggakan tiada sebuah kampung pun yang terkecuali.
Aku akan berada selama 40 hari kecuali Makkah dan Tahibah (Madinah). Kedua kota ini diharamkan ke atasku.
Aku dihalang oleh Malaikat dengan pedang yang terhunus. Mereka mengawal kedua-dua kota itu daripadaku dan sesungguhnya pada setiap Malaikat yang menjaganya”, terang makhluk yang bernama AL MASIH AD DAJJAL itu.

Dajjal mempunyai dua misi utama iaitu misi umum dan misi spesifik. Misi umum ialah untuk menguji semua manusia iaitu menguji tahap keimanan umat Islam.
Mereka yang gagal dalam ujian Dajjal akan menuju ke dalam api neraka. Ujian Dajjal merupakan satu ujian yang sangat susah dan ia diberi perkhabaran oleh setiap Nabi dan Rasul sejak dari penciptaan Adam a.s lagi.
Fitnah Dajjal merupakan fitnah yang paling besar dalam sejarah peradaban manusia sejak dari zaman umat Nabi Adam a.s hingga zaman umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Misi spesifik Dajjal pula ialah untuk menyamar sebagai al-Masih (The Messiah) dalam usahanya untuk menyakin Bani Israel bahawa dialah al-Masih (The Messiah) iaitu 'penyelamat'. Di antara kemampuan Dajjal ialah:
Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung.
Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian.
Maka daerah mana yang percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur.
Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada orang yang bersekutu dengan Dajjal.
Manakala penduduk yang tidak mahu bersukutu dengan Dajjal, mereka akan tetap berada dalam kebuluran dan kesusahan.
Dalam hal ini, para sahabat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bertanya:
Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman orang Islam kerana hakikat yang sebenar adalah sebalik dari apa yang kelihatan.
Apa yang dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yang dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.
Dan mereka yang terpengaruh dengannya akan berseronok dan puas dengan hiburan-hiburan tersebut seperti hidup di dalam syurga.
Juga keluarnya bermacam alat–alat canggih seperti komputer, handphone, mp3 player, video player dan lain-lain.
Menunjukkan semua ini ibarat syurga dunia, yang sebenarnya adalah jalan ke neraka jika kita terlampau leka dan terpesona dengannya.
Sehinggakan mereka yang sudah biasa berseronok akan merasa boring dan tidak puas hati jika tidak dapat berhibur, berseronok dan menikmati kemewahan duniawi.
Sedangkan kehidupan yang seperti neraka dunia itu lah yang boleh membuka jalan ke syurga iaitu kehidupan yang serba sederhana, qana’ah dan zuhud dengan dunia.
Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yang digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam satu jam.
Dalam sebuah hadis..
Mengikut gambar-gambar yang dapat dirakam oleh NASA dan bukti-bukti dari banyak pihak, memang mereka dapat bergerak selaju cahaya dan menghilang dengan sekelip mata.
Dan gerakan yang mewakili syaitan-syaitan dari kalangan manusia ini dikenali sebagai gerakan Illuminati yang pecahan-pecahannya terdiri dari banyak kumpulan seperti Skull and Bones, Freemasons, Bohemian Grove, The Bilderberg Group, The Trilateral Commission, The Council on Foreign Relations dan beberapa lagi pertubuhan-pertubuhan rahsia.
Selepas Bani Israel telah tinggal dan menghuni di Tanah Suci dan selepas Nabi Daud a.s. menubuhkan Negara Israel (Nabi Daud merupakan seorang Muslim dan negara Israel ini adalah Islamik) juga selepas Nabi Sulaiman a.s. mengangkat Negara ini sehingga menjadi sebuah negara yang terunggul yang pernah disaksikan dalam sejarah dan juga selepas Bani Israel melalui Zaman Kegemilangan atau Zaman Keemasan.
Namun Bani Israel kemudiannya telah melakukan kemungkaran iaitu melanggar perintah Allah Subhanahu Wa Ta'ala dengan melakukan banyak dosa terhadap-Nya. Lantas, Allah Subhanahu Wa Ta'ala menghalau mereka keluar dari Tanah Suci. Surah Israa' (17) dalam al Quran menceritakan tentang ini:
Jadi, Zaman Kegemilangan (I) telah berakhir dan Bani Israel telah meratapi kesedihan di Sungai Babylon.
Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah mengutuskan para Nabi dan Rasul dan di kalangan para Nabi itu bernama Nabi Daniel yang merupakan tokoh yang amat penting.
Dan apabila Nabi ini diutuskan, Fungsi Nabi ini adalah untuk mengembalikan Zaman Kegemilangan dan seterusnya memerintah Dunia dari Jerusalem.
Nabi yang istimewa ini yang akan diutuskan untuk Bani Israel ialah al-Massih. Di dalam usaha untuk mengembalikan Zaman Kegemilangan (II) Bani Israel, terdapat 4 implikasi untuk membolehkan janji itu tercapai ialah:
Terdapat sesetengah Yahudi yang menerimanya dan ada juga yang menentangnya. Punca penolakan Isa a.s sebagai al-Massih adalah kerana Bani Israel menganggap bahawa Isa a.s adalah anak luar nikah (wa'iyazubillah) kerana kononnya ibu Nabi Isa a.s, Maryam melahirkannya tanpa suami. Bani Israel telah menolaknya kerana mendakwa bahawa kononnya anak luar nikah tidak boleh menjadi al-Massih.
Dan apabila mereka melihat kononnya Isa a.s mati disalib, segala-galanya telah pasti bahawa walaupun beliau sendiri mendakwa diri beliau sebagai al-Masih tetapi Rabbi Yahudi telah menolaknya, Bani Israel percaya bahawa beliau (Isa a.s) bukanlah al-Masih kerana,
Pada pandangan mereka Nabi Isa a.s telah mati sedangkan Tanah Suci belum dimerdekakan lagi di bawah pemerintahan empayar Rom.
Pada pandangan mereka Nabi Isa a.s telah mati sedangkan Negara Israel belum dibangunkan semula.
dan kerana ucapan mereka : "Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih, 'Isa putra Maryam, Rasul Allah", padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan 'Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih paham tentang (pembunuhan) 'Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahawa yang mereka bunuh itu adalah 'Isa. (Surah An Nisaa' : 157)
Memandangkan mereka masih menanti-nanti kedatangan al-Masih, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah memaklumkan kepada kita bahawa Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan menghantar suatu makhluk (manusia luar biasa) pada akhir zaman nanti yang akan menyamar sebagai al-Masih dan menyakinkan kepada kaum Yahudi bahawa dia akan mengembalikan Zaman Kegemilangan (III) kepada Bani Israel.
Walaubagaimanapun, mereka (Bani Israel) telah ditipu oleh makhluk tersebut kerana dia bukan al-Masih yang sebenar. Makhluk itu sebenarnya adalah Dajjal.
Dari Hudzaifah r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
"Dajjal ialah orang yang 'buta' matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga (sungai) dan Neraka (api). Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka
(Hadis Riwayat Muslim)
Setiap rasul utusan Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah memberi amaran kepada kaumnya tentang Dajjal. Tapi tiada seorang Rasul yang pernah berbicara tentang Dajjal secara fizikal. Ia 'disimpan' sehinggalah kepada Rasul yang terakhir untuk memberitahu rupa dan fizikal Dajjal.
Dajjal seorang lelaki yang kelihatannya masih muda, berbadan besar dan tegap, agak kemerah-merahan, rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yang rimbun.
Mata kanannya 'buta' kelihatan seperti anggur yang terbonjol keluar. Apakah kepentingan tentang lelaki bermata satu ini?
Lelaki bermata satu boleh melakukan perkara yang luar biasa. Dajjal mempunyai perkataan kafir ditulis diantara matanya dan dahinya.
Setiap mukmin akan mampu membacanya samada mereka boleh membaca dan menulis atau mereka tidak boleh membaca dan menulis, mereka pasti dapat membacanya.
Sekarang sudah jelas, mereka bukannya membaca dengan mata fizikal kita. Adakah kita mempunyai mata lain selain mata fizikal dikepala..?
Apabila kalian mampu menjawab soalan ini maka kalian akan mampu memahami asas strategi Dajjal. Dajjal melihat dengan satu mata, menandakan bahawa Dajjal hanya mempunyai penglihatan luaran.
Oleh itu, apa yang kita tahu hanya datang dari apa yang kita lihat. Dajjal buta mata kanannya sebenarnya menandakan bahawa Dajjal 'buta hati'. al-Quran pernah menyatakan bahawa:
"apabila hati seseorang yang beriman dan Allah akan menitipkan cahaya kepadanya, hati itu mampu melihat dan mendengar"
Apabila Dajjal melaksana misinya (4 Peringkat yang saya nyatakan tadi), tugasnya ialah membawa manusia kepada penyakit buta hati.
Mereka hanya melihat dengan penglihatan luaran. Dajjal datang dengan sungai dan api, tetapi sungainya adalah apinya dan apinya adalah 'air sungai yang sejuk'.
Barangsiapa yang 'jatuh' ke dalam sungainya, akan bertambah dosanya dan barangsiapa yang 'jatuh' ke dalam apinya, akan dilepaskan dari beban dosa.
Dengan kata lain, zaman Dajjal zaman di mana penampilan dan realiti adalah berlainan sama sekali antara satu sama lain.
Sekiranya penilaian dibuat berdasarkan kepada pemerhatian luaran, tetapi realiti dalamannya adalah sesuatu yang berlainan.
Jadinya penilaian yang dibuat itu boleh jadi salah. Berdasarkan apa yang kalian lihat melalui penampilannya, pada zaman Dajjal, kalian akan tersilap dan tertipu kerana realiti adalah bertentangan dengan penampilan.
Tetapi pada akhir zaman ini lah, golongan yang mampu 'menembusi' penampilan luaran sesuatu perkara, untuk mengenalpasti realiti sebenarnya dan dengan itu mereka tidak akan tertipu adalah mereka yang hatinya berada dalam keadaan itu.
Perumpamaannya, samada berjanggut, berserban, mungkin berada di masjid 5 kali sehari, tetapi mereka juga mungkin tidak mempunyai apa-apa langsung di dalam hatinya, jadinya dia juga tidak mampu melihat.
Tetapi apabila hati kembali kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala, apabila hati berserah kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan apabila hati berkata 'Aku hidup kerana-Mu! Aku mati kerana-Mu. (al-Quran, 6:162)' ... maka Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan menitipkan Nur kedalam hati itu. Dan apabila orang itu melihat dengan Nur.
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,
"Bertaqwalah mengikut firasat mukmin yang sejati kerana apabila dia melihat, dia melihat dengan Nur Allah"
(Hadis Riwayat at Tirmidzi)
Jadinya, ini adalah strategi Dajjal untuk membawa manusia kepada penyakit buta hati. Jadinya, mereka akan tertipu dan penilaian yang mereka buat juga salah. Mereka diuji dan mereka gagal dalam ujian Dajjal.
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
"Golongan terakhir yang akan keluar kepada Dajjal adalah wanita. Dan lelaki terpaksa pulang ke rumah dan perlu 'mengikat' isteri, adik-beradik dan anak mereka untuk menyelamatkan dan melindungi mereka dari Dajjal."
Sumber