Sains membuktikan mukjizat Rasulullah dalam pembinaan Masjid Sana'a di Yaman

Masjid Agung Sana'a ialah sebuah Masjid yang terletak di Sana'a, Yemen, ianya terletak disebelah timur Istana Lama Ghumdan. Siap di...

A+ A-
Sokongan anda sangat diperlukan. Sila 'like' dan 'share' kami.
Masjid Agung Sana'a ialah sebuah Masjid yang terletak di Sana'a, Yemen, ianya terletak disebelah timur Istana Lama Ghumdan. Siap dibina pada abad ke-7 Masihi dengan menggunakan bahan-bahan runtuhan seperti blok batu dari Istana Ghumdan yang telah dihancurkan oleh Khalifah Uthman bin Affan.

Tujuan pemusnahan istana adalah untuk mengelakkan pihak musuh menjadikan tinggalan istana sebagai kubu pertahanan.


Arahan pembinaan Masjid oleh Nabi Muhammad

Masjid ini diyakini dibangun selama kehidupan Nabi Muhammad SAW pada tahun 6 Hijrah. Maka dengan ini Masjid Agung Sana’a merupakan Masjid paling awal yang dibangun dalam sejarah Islam setelah pembinaan Masjid Quba' dan Masjid Nabawi di Madinah.

Apabila arah kiblat telah diperintahkan Allah untuk ditukar dari menghadap Masjid Aqsa kepada Kaabah, di Makkah, sedangkan pada ketika itu Nabi Muhammad bersama kaum Muslimin sedang menunaikan solat di Masjid Qiblatain, di Madinah. Islam telah mula berkembang pesat ke seluruh Jazirah Arab sehinggalah ke Yemen.

Oleh itu, Nabi Muhammad telah mengirimkan Saidina Ali bin Abi Talib ke Hamdan, Muadz bin Jabal ke Janad dan sebilangan utusan ke Sana'a. Salah seorang utusan ke Sana'a itu ialah Wabr ibn Yuhannas Al-Khozaee.

Nabi Muhammad juga telah memerintahkan pembinaan masjid di Sana'a malah lokasi pembinaan telah ditentukan oleh Nabi adalah berdasarkan hadis berikut:
“ At-Tabarani meriwayatkan dari Al-Mu'jam Al-Awsat berkata, Wabr ibn Yuhannas Al-Khozaee berkata; Bahawa Nabi  bersabda kepadaku: "Jika kamu membina Masjid Sana'a, jadikan ia (terletak) di sebelah kanan gunung digelar Deyn. ”
Al-Hafez Al-Razey berkata dalam kitab karangannya "Sejarah Sanah": Nabi Muhammad  memerintahkan Wabr ibn Yuhannas Al-Ansarey, apabila baginda mengutuskan beliau (Wabr) sebagai pelindung kaum Muslimin di Sana'a, baginda bersabda "Ajak mereka kepada Iman (kebenaran), jika mereka patuh padanya, maka perintahkan mereka menunaikan Solat, jika mereka patuh pada kamu akan hal tersebut, maka pergi dan binalah Masjid di Taman Bathan, darimana diketemukan batu di Gamdan, dan halakan (akan batu tersebut) ke arah gunung yang dipanggil Deyn." Dan Al-Rahzey berkata: Dan Pesuruh Allah menulis (mengutuskan surat) kepada Wabir untuk membina Tembok Bathan Masjid, dan membuatkan ia dari posisi akar batu, dan halakan ia pada Deyn.

Mukjizat disebalik pembinaan Masjid Sana'a Yaman


Dengan jarak Makkah dan Sana'a yang begitu jauh, bagaimana Rasulullah dapat menentukan koordinat tepat pembinaan masjid di Sana'a. Tidak lain ini adalah wahyu dari Allah, pencipta alam ini. Manusia pada zaman tersebut belum pun mengetahui rupa bentuk bumi. Malah peta dunia masih belum dapat dilakar oleh manusia dengan tepat

Bertambah keyakinan dengan Al Quran

Keimanan kita kepada kebenaran risalah yang dibawa oleh Rasulullah akan bertambah apabila kita dapat mendapati mukjizat ini tidak mungkin dapat dibuat atau direka reka oleh manusia.

Related

Kisah Kecintaan Abu Bakar r.a Kepada Rasulullah

Kisah Kecintaan Abu Bakar r.a Kepada Rasulullah (ﷺ) Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari Pembimbing Majlis Ta'lim Darul Mujtaba

Bagaimana Cara Mengenali Seorang Sahabat Rasulullah SAW?

Dakwah Maya - Kita mengenali sahabat melalui salah satu dari hal-hal berikut:  1. Tawaatur (Pemberitaan tentangnya secara mutawatir alias mustahil terjadi kebohongan kerana banyaknya periwa...

Penghina Rasulullah SAW menunaikan haji

Penerbit Filem Hina Rasulullah Tunai Haji melurhasanah.com Arnold Fandor Dakwah Maya - RIYADH, Seorang penerbit filem Belanda yang memeluk Islam setelah mencetuskan kontroversi apabila menerbi...

Peringatan/Makluman!

Semua informasi di dalam blog ini sekadar pengetahuan bersama untuk difikirkan. Rujuklah Al-Quran & Hadis dan yang sebaiknya dengan bimbingan guru yang mursyid.

Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam." - (Ibnu Majah dan Lain-lainnya).

Ahlus Sunnah Wal- Jamaa'ah


Ikuti kami dan 'Get Notification'


Sila LIKE dan tanda 'Get Notification' fanpage ini.

Jumlah Kunjungan

459,665

Artikel Terkini

PopularTerbaruArkib

Popular

Terbaru

Umar RA mengimpikan bidadari seperti ini dan diperkenankan Allah

Selamat datang ke blog Dakwah Maya Umar RA mengimpikan bidadari seperti ini dan diperkenankan Allah Kali ini kami akan menyampaikan kisah menarik tentang bidadari syurga yang Allah ciptakan khas...

Khutbah terakhir Rasulullah, pesanan istimewa sepanjang zaman

Selamat datang ke blog Dakwah Maya  Khutbah terakhir Rasulullah, pesanan istimewa sepanjang zaman Kesedihan yang tidak terkata. Amanat terakhir Rasulullah SAW, tanda perpisahan dunia dengan ...

Dakwah Maya Re-Active

Selamat datang ke blog Dakwah Maya Assalamuallaikum warahmatullahi wabarakatuhDakwah Maya Team mengucapkan jutaan terima kasih kepada para sahabat subscriber dan penonton yang dihormati sekalian k...

Hafalan QS Yaasin Ayat per Ayat (83 Ayat)

Projek Hafalan Al-Quran ; Surah Yaasin (QS : 36) Makkiyah Juz 22 & 23 83 (Ayat) 733 (Kata) 3,067 (Huruf) Video Literasi dan Terjemahaan (English dan Melayu) oleh Dakwah Maya Team 2017 No Copy...

Keutamaan Dan Fadhilat Membaca Surah Yassin

Ramai yang sudah mengetahui kelebihan Surah Yassin yang terkandung di dalam al-Quran merupakan sebuah surah yang selalu dibaca oleh umat Islam terutama pada malam Jumaat. Tetapi tahukah kita bahaw...

Langganan Kemaskini Terkini!

Nama Penuh

Alamat Email

Bersama Kami

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)." - Surah Ali `Imran: 110




item